myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Tuesday, February 1, 2011

sakit dan nikmat, semua nikmat =)


Alhamdulillah. baru sahaja habis makan maggie kari letup yang dibubuh kiub tomyam + telur + sayur campur. Hehee. Nikmat...nikmat.. huhu. Sekian lama sejak hari tu berangan nak makan maggie.. tapi baru hari ini menjadi kenyataan. Terima kasih Tuhan :)

Hmm.. bila takde orang masak lauk dan nasi.. baru boleh makan maggie kan. Kalau dulu-dulu..angan-angan je jadinya sebab kena makan nasi. Takkan nak telan banyak2, dah nasi, maggie pulak. Best! Masih ada macam banyak je lagi stok maggie ni. Kena habiskan sebelum pulang ke Malaysia ni! (tiba-tiba terasa..kalau makan semua tu dalam masa minggu-minggu terakhir ni, macam melahirkan insan yang kurang sihat jer..huhu) -.-'

Hmm! Sebenarnya pagi tadi bangun pagi terasa amat-amat penat sangat. Sketttttttttt je lagi boleh ikut 'setan' supaya tak pergi kelas pagi ni. Ouh, serius penat. Bila fikir akan berjalan kaki 40minit pergi dan 40minit pulang hanya untuk kelas yang 45minit... goyah segala semangat. Mujur ada orang message (housemate je pun..hhi) supaya sy buang sampah dalam tandas sebelum lori Panda datang kutip sampah. Rasanya kalau tak berbunyi handphone tu macam takde gaya orang akan kejut bangun je. Orang yang tidur sebelah sy malam tadi dah bersiap cantik...kita je elok bawah duvet. Dengan baju-baju wangi segumpal atas duvet kat hujung kaki yang xsempat nak dilipat malam tadi. Syahid terusssss. Serius badan penaaaaaaaaaaaaat sangat lah.. T T

Mujur, masih ternampak nikmat berjalan-jalan ke UCD di pagi hari.. kalau gerak awal, boleh buat sesi persiaran..insyaAllah boleh hilangkan penat tak habis ni. Hhi. Terima kasih Tuhan kerana memberi sy kekuatan untuk bangun dan bersiap dalam 10minit terus hayun kaki sorang-sorang..

Malam tadi sampai rumah selepas pukul 1200 tengah malam. Petang semalam, habis workshop pulang kerumah. Lepas Zuhur dan alas perut, sy bergerak ke city centre... mencari hadiah untuk orang dan seterusnya pergi ke rumah seorang kawan di Merrion. Ada majlis farewell gadis-gadis PMC dan tukar-tukar hadiah di sana. Hehee. So majlis start lambat sebab ramai datang lewat.. Pukul 11 lebih, disebabkan kami dah berazam tak nak stay overnight, bergegas melarikan diri ke jalan raya dengan harapan ada bas. Tapi jalan lengang, tak nampak tanda-tanda bas akan muncul. Jadi, kami menapak lebih ke depan ke jalan yang lebih besar lintas segala termasuk Hospital Vincent. Jauh ok! Semua gara-gara nak kejar bas terakhir yang belum tentu ada.

Sakit tapak kaki ni walkathon dalam kasut B.U.M. yang kurang indah khabar dari rupa. Huhu.. Kasut buruk Clark sy juga yang masih berwibawa. Biarpun telah ke Tursina menapak segala macam batu di sana. Kekal anggun di mata sy. Hhee.

Hmm. so malam tadi lepas dapat bas dekat jalan besar menuju arah stillorgan tu. Sampai sana, dengan dukacitanya menatap jadual bas 75 yang dah tamat servis awal. Pukul 11 bas terakhir dia yang akan lalu situ buat kali terakhirnya jam 1120pm. Sekarang, hanya dua pilihan. Pulang jalan kaki atau naik taxi. Taraa... kawan sy sanggup naik taxi. Terpaksa la korek segala cash yang ada.. seluk semua poket baju. Huhu..memang mahal naik taxi. Sampai juga ke rumah walau sudah lewat malam. Kutip baju dari laundry, syahid!

Oh yea... sy dapat sekotak coklat sedap malam tadi sebagai tukaran hadiah. ^^


share gambar je lah dengan kamu ^^

byk benda lain nak cerita
tp penat je dah satu cerita
=p

Saturday, January 29, 2011

Di sini


Bismillah... Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagiMu Ya Allah. KurniaanMu.. nikmat-nikmat pemberianMu.. Ujian-ujian tanda kasih sayangMu.. Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur. Jadikanlah kami hamba-hamba yang beriman dan bertaqwa kepadaMu..

Subhanallah.. terlalu pantas masa berlalu. Semenjak ziarah bumi Mesir, hampir sebulan sudah. Baru hari ini dapatku menggunakan jemari pemberianMu ini untuk menemui teman-temanku di sini. Masa. Terlalu kehilangan dengan kehidupan. Meski hari-hari berlalu dengan hati yang selalu ingin menulis di sini. Tapi takdirNya mengatasi segala perancangan. Dan DIAlah sebaik-baik perancang dan penentu kehidupan kita. Terima kasih Tuhan...

Terlalu banyak yang telah berlaku sepanjang tempoh ini. Ziarah Mesir dengan cerita-ceritanya yang masih belum kesampaian. Peperiksaan akhir yang ditangguhkan. Permulaan Tahun baru bagi kami para pelajar perubatan, Tahun peralihan ke dunia hospital. Sakit sendu teman-teman... dan bermacam-macam lagi yang mungkin takkan tertulis di sini.

Kehidupan. Begitu banyak ragam dan rianya. Bersama jatuh dan bangun. Begitu juga iman. Jatuh dan naik... Jauh dan dekat dengan Pencipta. Ya Allah, selamatkanlah kami, peliharakanlah kami... T T

Janji sy dengan teman-teman semua untuk bercerita tentang Mesir, insyaAllah sy cuba dari semasa ke semasa. Maaf, kerana sy benar-benar ketandusan masa yang aman untuk mencatat sesuatu di sini. Tapi alhamdulillah, sekarang minggu-minggu hospital sy sudah berlalu. Sy lebih banyak masa kini. ^^ Sekurang-kurangnya tidak terlalu 'hectic' sepertimana dua minggu yang sudah. Tiada lagi keluar awal pagi, balik begitu lewat petang. Dengan kepenatan. Serius, dalam masa 2minggu yang lepas boleh bilang berapa kali sahaja laptop ini terusik. Kemudian hujung minggu lepas pula sangat sibuk dengan sesi mengemas dan mengepos kotak2. Tinggallah beberapa helai baju kini. Bersama 'sedikit' barang-barang dan souvenir. Tak sabar nak pulang ke Malaysia! hee

Sy tidak boleh celoteh lama-lama di sini. Tuhan sudah memanggil. Hamba yang banyak dosa ini harus belajar untuk lebih beradab denganNya. Ok kawan2.. nanti sy sambung lagi. Banyaaaaaaaaaaaaak sangat yang ingin dikongsikan. Ketemu lagi.. insyaAllah



mana boleh bersangka buruk
it's going to be better insyaALLAH


sy mahu kamu kamu semua
jaga diri semua baik-baik
=)

Wednesday, December 29, 2010

Epilog Seorang Teman


Entahlah... sy tidak bijak bertindak barangkali. Telah kehilangan semua 'hari-hari'. Bukan salah kamu, bukan salah dia. Tapi salah sy. Salah diri ini yang tidak pandai menggunakannya. Menunggu-nunggu hingga tibanya hari sulit. Maka akan jadi seperti ini. Silalah belajar wahai diri. Belajar melalui saat-saat yang sudah.

Entahlah... sy hilang 'excited' untuk memulakan jelajah biarpun hanya tinggal sehari sahaja lagi. Rasa kalau boleh minta tarikh 31Dec dijauh-jauhkan lagi ke depan. Belum bersedia fizikal dan mental untuk itu. No preparation. No determination. No...hurm. Tak semangat. Hanya rasa penat yang tidak bermanfaat.

Kalau dalam ayat-ayat cinta ada sebaris kata 'segersang pemikiran hati'. Agaknya mungkin begitulah rasanya saat ini. Rasa hati terlalu kering. Tidak mampu ketawa mahupun menangis. Just hanging in between. Boleh faham tak agak-agaknya. Huh, entahlah...

Tak boleh nak dihuraikan apakah bebanan yang sebenarnya. Just everything blended together and I got nothing. So hard to say. So difficult to feel...

Mohon maaf. Maaf, kerana terlalu banyak kurangnya.



Aku bersyukur menjadi temanmu
Banyak yang telah ku pelajari erti kehidupan
Ukhuwah yang sekian lama terjalin
Semurni embunan pagi

Perjalanan kita masih jauh
Rentasi segala ranjau serta onak berduri
Hanya ketabahan dan keimanan di hati
Mengatasi segalanya

Ku cuba memahami dirimu
Agar persahabatan kekal utuh bersatu
Ku sedar betapa cekalnya hatimu
Menghadapi ujian Allah Yang Satu

Akal budi sinar peribadi
Madah indahmu tidak akan daku lupakan
Kau sering mengingatkan diri ini
Tiada kemanisan hidup tanpa keimanan

Ya Allah.. Oh Tuhan kami
Seiringkanlah perjalanan ini
Mengharungi hidup penuh pancaroba
Mencari kasih Mu

Berkatilah persahabatan kami ini
Buat selamanya





O Allah, I know You are near...
but it was me who is too far away.
Far far away :'(


Saturday, December 18, 2010

sudahkah hati ini memiliki DIA?




Ya Allah
Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu

Ya
Allah
Engkau sumber bahagia
Engkaulah Sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya

Ya
Allah
Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezekiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan

Ya
Allah
Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku




"Dan tidakkah mereka memperhatikan bahawa Allah yang melapangkan rezeki bagi siapa yang DIA kehendaki dan Dia yang membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki). Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang beriman."
[surah arRum : 37]


Thursday, December 16, 2010

Peace, no war


Otot-otot sy berasa begitu letih sekarang. Vertebra belakang ini .. . menuntut haknya untuk direbahkan. Tidakpun disandarkan pada sesuatu. Saat ini, mata ini sebenarnya sangat menuntut kerehatannya. Kelmarin, 3 jam setengah. Malam tadi 4 jam. Sudah bertahun lamanya sy kehilangan malam-malam yang tidur awal dan cukup sepertimana dulu kala. Zaman-zaman sekolah yang jauh ditinggalkan. Dunia apakah hari ini? Masanya begitu cepat sekali...

Kerana memikirkan masa yang terasa begitu semakin memendek ini, maka sy sanggup menangguhkan sesi rehat mata ini. Kerana sy terasa terlalu ingin meluahkan. Sy berfikir hari-hari sy terlalu pendek. Sy berfikir dunia sy seperti semakin kecil. Sy berfikir mungkinkah sy yang sedang membesar?

Ini adalah hari-hari yang sedang kami lalui dengan exam dunia. Dunia perubatan. Semalam sy mendapat satu konklusi, bahawa sekiranya ada sesiapa yang bertanya pada sy bagaimana dunia medikal? Sy amat teringin menjawab, 'apabila anda ingin memilih untuk menjadi seorang pelajar perubatan, maka anda harus memastikan anda mempunyai mental dan kekuatan yang benar-benar cukup, kerana di dalam bidang pembelajaran ini, secara automatik anda HARUS menjadi sesiapa sahaja. Anda bukan hanya seorang bakal doktor.

Anda kena menjadi setiap watak-watak yang berikut:

-anda lah pesakit yang sedang menghadapi penyakit
-anda lah ahli patologi yang mengkaji tentang sakit-sakit hingga ke rupa, molekul genetik dan segala konsep-konsep pelik tentang sesuatu kejadian penyakit
-anda lah pakcik lab yang mesti tahu cara-cara nak diagnosa penyakit dan mahkluk-makhluk halus apa yang menjadi dalang kejadian
-anda lah ahli farmasi yang harus tahu nama-nama pelik dadah untuk pelbagai jenis penyakit dan makhluk halus yang banyak kerenah
-anda lah orang yang mengkaji setiap jenis penyakit dan setiap gerak-geri kejadian penyakit, tak boleh miss satu gerakan pun
-anda lah orang yang mengkaji tentang awal-awal kejadian penyakit
-anda jugalah orang yang terpaksa mengingati hasil kajian setiap orang dulu kala yang telah beribu-ribu meninggalkan nama hasil setiap penyakit dan simptom yang mereka konon mula-mula perasan

Ok sekarang taknak tulis dah tentang perasaan-perasaan itu. Cukuplah senarai kat atas tu. Pastikan anda betul-betul mampu nak menjadi watak-watak tersebut, sebab itu adalah semua benda-benda yang harus bersama anda di tepi kertas jawapan. Kerana itu, sy ingin katakan sy tak mampu... Di luar kemampuan otak sy untuk menyelam setiap watak-watak di atas dan menjadikannya diri sy. =(

Hrm, untuk melalui satu hari exam, bermakna, nak tak nak kena habiskan 2jam sebelum dan 2jam selepas untuk tempoh perjalanan memasuki dewan exam sahaja. Tempoh 2jam, untuk menunggu, berjalan, sebelum kehilangan otak untuk menjawab soalan tentang diri-diri anda di atas. Tapi pelik, 2jam bagai tiada apa-apa buat sy di sini. Sedangkan kalau di malaysia, 2jam sy sudah boleh sampai bandar MELAKA yang jauhnya pun sy fikir 10kali kalau nak pergi dan minta kebenaran penjaga. 2jam, sangat tak terasa. Bayangkan anda menunggu sebuah bas secara percuma 45minit. SEJUK!

Peliklah dunia hari ini. Sy merasakan jam-jam terlalu cepat berlalu. Hari-hari semakin pendek. Kalau dahulu, 1jam untuk menulis karangan macam sudah terlalu lama. Hari ini 2jam untuk menulis karangan juga, tapi dalam bahasa dan tulisan yang entah apa-apa tapi masih tak menang tangan. Tangan sy kejang! Terasa masih ketegangannya.

Dunia sedang berlalu....

Sudah terlalu lama berlalu....



4 orang berpergian
rasa seperti ketinggalan

Tuesday, December 7, 2010

antara semalam dan hari ini





Semalam kian beransur tua
Menyingkap hari-hari muka
Amat sayup semua di seberang sana
Hanya kuntum doa penawar nostalgia

Kutabahkan hati memendam perasaan
Hanya kerna menuntut ilmu Tuhan
Kubenam dalam jiwa sebongkah kesabaran
Hanya kerna mengharap redha Tuhan

Biarku menempuhi
semua dugaan ini
demi Nya...
Biarku ditangisi
Biarku menangisi
demi Nya...

Kenangan semalam
Bagai menggoyah sabar
Yang mengusik di memori
Kerinduan ku tercabar
Apakah harus kini
Menghenti langkah murni
Dari meniti perjuangan
Cita-cita suci

Duhai ayah bonda
Kirimkanlah doa
Biar teguh keimanan
Dalam jiwa

Janjikan kukota
Sebagai puteri berjasa
Padamu berdua
Dan pada agama

Bukan mengharap nama
Bukan menagih dunia yang fana
Hanya sebagai abdi
Pejuang kalimah suci Ilahi


Wednesday, December 1, 2010

nasihat untuk diriku





Ketika Anda tidak tekun dalam beribadah. Tidak khusyuk dalam shalat. Tidak menyimak dalam membaca Al-Qur’an. Melamun dalam doa. Semua dilakukan sebagai rutin dan refleksi hafal kerana kebiasaan saja. Tidak berkonsentrasi sama sekali. Beribadah tanpa ruh. Ketahuilah! Rasulullah saw. berkata, “Tidak akan diterima doa dari hati yang lalai dan main-main.” (Tirmidzi, hadits nombor 3479)

Ketika Anda terasas malas untuk melakukan ketaatan dan ibadah. Bahkan, meremehkannya. Tidak memperhatikan shalat di awal waktu. Mengerjakan shalat ketika injury time, waktu shalat sudah mau habis. Menunda-nunda pergi haji padahal kesehatan, waktu, dan biaya ada. Menunda-nunda pergi shalat Jum’at dan lebih suka barisan shalat yang paling belakang. Waspadalah jika Anda berprinsip, datang paling belakangan, pulang paling duluan. Ketahuilah, Rasulullah saw. bersabda, “Masih ada saja segolongan orang yang menunda-nunda mengikuti shaff pertama, sehingga Allah pun menunda keberadaan mereka di dalam neraka.” (Abu Daud, hadits nomor 679)


Allah swt. menyebut sifat malas seperti itu sebagai sifat orang-orang munafik. “Dan, apabila mereka berdiri untuk shalat, mereka berdiri dengan malas.”

Jadi, hati-hatilah jika Anda merasa malas melakukan ibadah-ibadah rawatib, tidak antusias melakukan shalat malam, tidak bersegera ke masjid ketika mendengar panggilan azan, enggan mengerjakan shalat dhuha dan shalat nafilah lainnya, atau mengentar-entarkan hutang puasa Ramadhan. huhu T.T


Ketika hati Anda tidak merasa lapang. Dada terasa sesak, perangai berubah, merasa sumpek dengan tingkah laku orang di sekitar Anda. Suka memperkarakan hal-hal kecil lagi remeh-temeh. Ketahuilah, Rasulullah saw. berkata, “Iman itu adalah kesabaran dan kelapangan hati.” (As-Silsilah Ash-Shahihah, nombor 554)


Ketika Anda tidak tersentuh oleh kandungan ayat-ayat Al-Qur’an. Tidak bergembira ayat-ayat yang berisi janji-janji Allah. Tidak takut dengan ayat-ayat ancaman. Tidak sigap kala mendengar ayat-ayat perintah. Biasa saja saat membaca ayat-ayat pensifatan kiamat dan neraka. Hati-hatilah, jika Anda merasa bosan dan malas untuk mendengarkan atau membaca Al-Qur’an. Jangan sampai Anda membuka mushhaf, tapi di saat yang sama melalaikan isinya.


Ketika Anda melalaikan Allah dalam hal berdzikir dan berdoa kepada-Nya. Sehingga Anda merasa berdzikir adalah pekerjaan yang paling berat. Jika mengangkat tangan untuk berdoa, secepat itu pula Anda menangkupkan tangan dan menyudahinya. Hati-hatilah! Jika hal ini telah menjadi karakter Anda. Sebab, Allah telah mensifati orang-orang munafik dengan firman-Nya, “Dan, mereka tidak menyebut Allah kecuali hanya sedikit sekali.” (An-Nisa:142)


“Maukah kalian kuberitahu siapa penghuni neraka?” tanya Rasulullah saw. Para sahabat menjawab, “Ya.” Rasulullah saw. bersabda, “Yaitu setiap orang yang kasar, angkuh, dan sombong.” (Bukhari, hadits 4537, dan Muslim, hadits nomor 5092)


Seharusnya seorang mukmin itu pribadi yang ajaib. Jiwanya stabil. “Alangkah menakjubkannya kondisi orang yang beriman. Karena seluruh perkaranya adalah baik. Dan hal itu hanya terjadi bagi orang yang beriman, yaitu jika ia mendapatkan kesenangan maka ia bersyukur dan itu menjadi kebaikan baginya; dan jika ia tertimpa kesulitan dia pun bersabar, maka hal itu menjadi kebaikan baginya.” (Muslim)

inilah jawapan-jawapan kepada masalah hati ini
yang sebenar-benarnya...
Ya Allah ampunkanlah aku

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial