myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Thursday, December 16, 2010

Peace, no war


Otot-otot sy berasa begitu letih sekarang. Vertebra belakang ini .. . menuntut haknya untuk direbahkan. Tidakpun disandarkan pada sesuatu. Saat ini, mata ini sebenarnya sangat menuntut kerehatannya. Kelmarin, 3 jam setengah. Malam tadi 4 jam. Sudah bertahun lamanya sy kehilangan malam-malam yang tidur awal dan cukup sepertimana dulu kala. Zaman-zaman sekolah yang jauh ditinggalkan. Dunia apakah hari ini? Masanya begitu cepat sekali...

Kerana memikirkan masa yang terasa begitu semakin memendek ini, maka sy sanggup menangguhkan sesi rehat mata ini. Kerana sy terasa terlalu ingin meluahkan. Sy berfikir hari-hari sy terlalu pendek. Sy berfikir dunia sy seperti semakin kecil. Sy berfikir mungkinkah sy yang sedang membesar?

Ini adalah hari-hari yang sedang kami lalui dengan exam dunia. Dunia perubatan. Semalam sy mendapat satu konklusi, bahawa sekiranya ada sesiapa yang bertanya pada sy bagaimana dunia medikal? Sy amat teringin menjawab, 'apabila anda ingin memilih untuk menjadi seorang pelajar perubatan, maka anda harus memastikan anda mempunyai mental dan kekuatan yang benar-benar cukup, kerana di dalam bidang pembelajaran ini, secara automatik anda HARUS menjadi sesiapa sahaja. Anda bukan hanya seorang bakal doktor.

Anda kena menjadi setiap watak-watak yang berikut:

-anda lah pesakit yang sedang menghadapi penyakit
-anda lah ahli patologi yang mengkaji tentang sakit-sakit hingga ke rupa, molekul genetik dan segala konsep-konsep pelik tentang sesuatu kejadian penyakit
-anda lah pakcik lab yang mesti tahu cara-cara nak diagnosa penyakit dan mahkluk-makhluk halus apa yang menjadi dalang kejadian
-anda lah ahli farmasi yang harus tahu nama-nama pelik dadah untuk pelbagai jenis penyakit dan makhluk halus yang banyak kerenah
-anda lah orang yang mengkaji setiap jenis penyakit dan setiap gerak-geri kejadian penyakit, tak boleh miss satu gerakan pun
-anda lah orang yang mengkaji tentang awal-awal kejadian penyakit
-anda jugalah orang yang terpaksa mengingati hasil kajian setiap orang dulu kala yang telah beribu-ribu meninggalkan nama hasil setiap penyakit dan simptom yang mereka konon mula-mula perasan

Ok sekarang taknak tulis dah tentang perasaan-perasaan itu. Cukuplah senarai kat atas tu. Pastikan anda betul-betul mampu nak menjadi watak-watak tersebut, sebab itu adalah semua benda-benda yang harus bersama anda di tepi kertas jawapan. Kerana itu, sy ingin katakan sy tak mampu... Di luar kemampuan otak sy untuk menyelam setiap watak-watak di atas dan menjadikannya diri sy. =(

Hrm, untuk melalui satu hari exam, bermakna, nak tak nak kena habiskan 2jam sebelum dan 2jam selepas untuk tempoh perjalanan memasuki dewan exam sahaja. Tempoh 2jam, untuk menunggu, berjalan, sebelum kehilangan otak untuk menjawab soalan tentang diri-diri anda di atas. Tapi pelik, 2jam bagai tiada apa-apa buat sy di sini. Sedangkan kalau di malaysia, 2jam sy sudah boleh sampai bandar MELAKA yang jauhnya pun sy fikir 10kali kalau nak pergi dan minta kebenaran penjaga. 2jam, sangat tak terasa. Bayangkan anda menunggu sebuah bas secara percuma 45minit. SEJUK!

Peliklah dunia hari ini. Sy merasakan jam-jam terlalu cepat berlalu. Hari-hari semakin pendek. Kalau dahulu, 1jam untuk menulis karangan macam sudah terlalu lama. Hari ini 2jam untuk menulis karangan juga, tapi dalam bahasa dan tulisan yang entah apa-apa tapi masih tak menang tangan. Tangan sy kejang! Terasa masih ketegangannya.

Dunia sedang berlalu....

Sudah terlalu lama berlalu....



4 orang berpergian
rasa seperti ketinggalan

1 comment:

  1. betul maznah...ak akui medic susah...engine pon xkurang juga...hehehehehehehe....skng ak dh abes exam siap leh lupe term2 die..terbaek....
    truskn perjuangan mu maznah...~~

    ReplyDelete

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial