myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Tuesday, November 30, 2010

mungkin tak sesuai untuk sekarang..


Antara perkara yang mampu dilakukan ketika tidak boleh buat kerja :
- lap habuk-habuk atas meja
- berus carpet lantai yang tersimpan banyak rahsia kotoran
- menulis di sini (sebenarnya rasa tak mampu dengan kesuntukan masa, tapi... )

Hurm. Tak taulah, tak boleh nak fokus buat kerja sekarang. =( Lama juga memikirkan puncanya. Fizikal terasa tidak enak, tengkuk rasa seperti lenguh. Mungkinkah kesan aktiviti semalam, pulang separuh jalan ke san lorenzo dalam butir-butir salji. Dan kilat! Urm, julung-julung kalinya beberapa hari ini kilat dan guruh wujud di bumi Dublin. Pelik tapi benar. Mungkin kilat itu yang menyambar plug heater roomate semalam. Hurm.

Sy rasa hampir seperti ala-ala demam, sejak pagi tadi. Demam kerana meredah salji mungkin. Ya, Dublin sedang diliputi salji. Turun sejak kelmarin lagi. Sangat sejuk! Mujur pulang lewat malam tadi, sy merasakan suhunya lebih tinggi berbanding siangnya. Pelik kan? Tapi itulah hakikat seperti yang tertera pada suhu yang diwartakan di alam maya. Siang mencecah -8 degree, tapi bila malam boleh jadi 0 degree (seperti malam tadi). Buktinya, sy berjalan kaki 25minit pada pukul 10lebih, tapi kaki tidak terasa begitu sejuk. Bahkan pagi itu, kaki rasa hampir nak beku walaupun baru berjalan 5-10minit. Huhuu. Musim sejuk oh musim sejuk. Bagaimanalah agaknya nanti nak menulis di kala final exam... T T

Tapi best! Salji kalau turun sehari dua sangat best. Sudah memadai untuk kami. Tak tahulah bila snow dublin ni akan berhenti. Bukan menolak. Hhee. Terima kasih Allah turunkan snow untuk kami. =) Tapi, sesungguhnya kesejukan dan kepayahan nak berjalan-jalan di atas salji yang licin mampu menghentikan niat kami untuk menghadiri kelas di minggu terakhir. Huhuu. Final exam semakin mendekat. Bagaimana sy ini... =(




Sebenarnya mood bufday nie sudah lama habis. CUMA baru hari ni dapat kesempatan dan 'kekuatan' untuk menampalkan edisi tambahan ulang tahun lahir kali ini. Inilah yang diraikan oleh rakan-rakan seusrah. Huhu. Kejutan di akhir usrah. Tak taulah nak kata apa.. saja tampal di sini sebagai kenang-kenangan di bumi Dublin. Al-maklumlah mungkin ini tahun terakhir akan meraikannya di sini. Kek nie sungguh cantik kan. Putih suci... sangat sayang nak makan. hhe, tapi sedap. Ya Allah, murahkanlah rezeki insan-insan yang murah hati ini...amin =)


singa ni sangat sedap dipeluk. dia sangat bun*** =p


Mereka telah menghadiahi sy seekor singa. Motif? hurm, macam ada makna tersirat jer di sebalik singa ni. hrm. Mahu sy jadi seperti singa agaknya. Singa di siang hari. huhu.. Sy faham niat rakan-rakan sy yang baik. Jazakumullah khairan kathiran... kawan-kawan. Anda sangat baik! (tidak seperti diri ini..T T)



Ini juga hadiah dari teman rapat. Baru dapat semalam, di kala menyambut bufday housmate sy yang lain, sy juga dapat kad dan hadiah kan. Menarik ;)

Madah di dalam kad tersebut sangat sangat ekslusif. Khas dari Aya Chan =)



ini sejenis perfume dari housemates yang baru pulang dari Paris, france
maaf ya dua tiga hari kemudian baru dapat



Comel kan! bekas kaca cupcake ini pemberian Elle
boleh isi barang dalam dia
COMEY SANGAT!


Ok yang dibawah adalah keadaan-keadaan kini, November di bumi Dublin, suatu suasana yang tidak pernah berlaku sebelum-sebelum ini. Salji tebal! dan awal. Bak kata pakcik bas, "you will never get this weather in november"


hasil kerja tangan kawan-kawan yang terpaksa melayan kehendak mazuna san


salji jatuh dari dahan di pagi yang cerah! ^^


cantik...cantik...subhanallah..alhamdulillah


pemandangan dari tingkap bilik sy (belakang rumah)


Hurm.. cuba tengok singa ni. Dulu mula-mula tengok dia macam baru bangun tidur. Tak menakutkan langsung singa ni. Tapi, tengok mood singa ni, itu juga situasi sy sekarang ni. Huhu.TT


tak tahu bagaimana nak tenangkan situasi ni.. ='(



antara kelemahan sy
='(


No comments:

Post a Comment

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial