Hmm...
Lama teringin nak mengupdate di sini, tapi ketiadaan notebook peneman sy menjadikan eid dan milad sepertinya sepi tanpa kemeriahan. Maaf ya, ia sudah berlalu beberapa hari.
Maka sy sertakan ini...
Ia merupakan pagi yang indah, sekalipun kami terpaksa menghadiri kelas (lecture) pada pukul 900 pagi. Ada antara rakan-rakan yang sudahpun menghilangkan diri langsung dari lecture hall dan menzahirkan jasad mereka di Malaysian Hall bertakbir, bersolat raya dan menikmati juadah raya. Tapi, sy telah memilih untuk wujud di lecture hall secara zahir. Namun, batinnya hanya Dia yang tahu. Sy langsung tak dapat concentrate melihat dadah-dadah apakah yang didendangkan oleh sang guru. Apatah lagi notes yang telah di'print' semalam tersalah bawa. Maka otak sy kosong sepanjang lecture. Hanya menanti detik-detik itu tamat!
Lebih melayan saat-saat meng'iron' baju sambil mendengar takbir daripada kuliyah hepatic toxicology. Anyway, sy terlambat untuk lecture yang pertama. Maka sy hanya mengelamun 1 jam sahaja di UCD. hehee
Maka, tamat sahaja 1jam yang panjang itu, sekalian kanak-kanak UCD pun bertebaran keluar dengan gembiranya. Dengan tak malunya memfotokan diri beramai-ramai di hadapan bangunan Health Science. Sy tahu, mereka mungkin pelik dengan perarakan warna warni oleh kami, kanak-kanak Malaysia! hehee.. biarlah, ini tahun terakhir kami di sini. =p
Maka, terus kami menaiki bas menuju Malaysian Hall. Dengan segunung harapan untuk menikmati juadah rendang, nasi himpit, paling tidak kuih-kuih raya ker. Al-maklum, juadah di rumah adalah TIADA.. langsung tiada. Kelas pun habis lewat malam sebelumnya. Maka tidak mempunyai suasana raya. T T
Tapi, segunung yang dicita, hanya sebutir rezeki kami. Rendang sudah disambar 'helang'. Tinggallah nasi himpit dan kuah kacang. Alhamdulillah, masih rezeki kami. Terima kasih Tuhan atas nikmat kuah kacang ini...
Ya, kami beraya lebih awal sehari dari Malaysia. Ramai yang bertanyakan kepada sy kenapa jadi begitu, namun sy yang kurang arif ini sudah tentu lebih-lebih lagi tidak tahu.
Tamat menikmati kehampaan itu, sy bersiar-siar di city centre
Agenda utama adalah mencari rawatan untuk laptop sy
Macam best pulak kan sekian lama tak berjalan-jalan, di hari raya merayau-rayau. Kamera pula ikut sekali kan hari ni. So, sy rakam itu dan ini. Hmm, burung-burung putih dekat tepi Liffey river ni pun bukan selalu ada. Kebetulan sahaja hari ini. Ada seorang pakcik Irish sedang membaling-baling makanan pada mereka. Sebab tulah burung-burung ni ramai hari ini..hehe. Video? Hanya yang istimewa boleh dapat...
cheese cake 2 jenis (coklat dan strawberi)
Hurm, yang ini bukan aktiviti hari raya. Ini berlaku pada hari ketiga raya di sini (hari kedua raya di Malaysia). Inilah jamuan yang disediakan oleh teman-teman serumah yang baik hati. Sebenarnya langsung tak terfikir pun ada makan-makan ni. Sy pulang lewat dr city centre memindahkan laptop ke pusat rawatan lain... Dan kerana amat lapar, sy telah pun makan nasi tomyam semalam. Nasib baik tak makan dulu lauk kari yang menarik yang sy lihat di atas dapur. Rupa-rupanya itu daging kambing korban yang dimasak oleh kak Sholehah dan antara lain bertujuan untuk meraikan hari lahir sy. hehee. Kalau tak, mungkin sy lah orang pertama yang makan lauk tu sedangkan mereka sanggup bertahan dari makan kerana menunggu kami yang lain-lain pulang. Terima kasih semua. Kari itu memang sangat sedap! Dan kek-kek juga amat-amat sedap! Kek keju memang antara idaman sy, tapi di Malaysia selalu dengar di telinga sahaja. Huhuu. Terima kasih Tuhan untuk semua ini.. =)
serius SANGAT comel (orang yang beri siap berhajat sy bagi bekasnya semula kepada dia..)
haha..apakah
lihat bekas comel ini, hadiah dari teman-teman serumah (^^)
Dalam dia ada alat-alat mandian. Hehee. Dapat mandi wangi2 lagi lepas ni
Ini pula khas dari roomate sy, sebuah mug comel di dalam tin
SANGAT WANGI! Sy suka bau rose dia...
hehe..sayangnya ada amaran cawan ini tidak boleh digunakan T T
terima kasih roomate!
Hmm..itu sahaja lah ceritanya... sy lupa nak ambil gambar kad bufday kali ini. Tapi kan... dalam banyak-banyak yang comel ini, sy tahu ada yang lebih comel di Malaysia! (^~)
SALAM EID ADHA
maaf zahir dan batin
Ya Allah,
layakkanlah diriku
untuk menyediakan hati ini
berikanlah kami keselamatan
dunia dan akhirat
Thnx for sharing.. xlah..xbalik lg.. byk keje..
ReplyDelete