“Sesungguhnya di dalam hati terdapat sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah Taala.
Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah beserta ketulusan hubungan denganNya.
Pun di dalam hati ada sebuah kegelisahan yang takkan mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah.
Di dalam hati juga ada suatu tuntutan kuat yang tidak akan terhenti sehinggalah Allah menjadi satu-satunya matlamat dan cita-cita.
Di dalam hati juga ada suatu keperluan yang takkan pernah terpenuhi kecuali dengan cinta-Nya, mengingati-Nya, beserta keikhlasan yang tulen terhadap-Nya.
Bahkan jika hati ini DIBERI DUNIA SELURUHNYA BESERTA SEGALA ISINYA, keperluan itu tetap tidak terpenuhi selagi tidak mengharap penuh kepada Allah Taala"
Ibnu Qayyim al-Jauzi
penuhi dengan selayaknya
teringin lihat rupa hamster sy...
moga terus sabar dan moga terus tabah.. jaga diri T-ku
ReplyDelete