"Tanpa agama manusia binasa
Tanpa ilmu manusia buta
Tanpa iman manusia sengsara
Tanpa ukhuwah manusia tersiksa
Ada agama datangnya pelita
Ada ilmu datangnya harta
Ada harta datangnya derma
Ada ukhuwah datangnya saudara"
[petikan lirik lagu Tanpa Agama : Hijjaz]
Kadang-kadang bait-bait lirik sering sahaja mengajar. Hati yang mendengar sering sahaja mengiyakan. Tapi masih, diri terkial-kial untuk mengikuti. Sombong tidak mahu menghayati agama yang diajarkan Tuhan. Masih mahu bermusuh dan mengundang sengketa. Bukan berusaha menyemai mesra sesama manusia.. .
Hinggakan hari ini, masyarakat tidak lagi berkasih sayang. Ahli keluarga saling membenci. Sesama kawan saling berdengki. Ahli sekampung tidak lagi bersatu hati.. . Saling mengumpat caci mencaci. Sungguh, memang tiada lagi kasih sayang dalam masyarakat kini... mungkin ini bukan pengalaman seorang dua. Siapa yang hidup, cubalah perhatikannya.
Ada benarlah lirik di atas. Mengapa agaknya manusia hari ini terlalu teruk. Bayi kecil dicampak seperti sampah. Zina merata-rata. Jatuh-menjatuhkan menjadi bualan sehari-hari. Selalu timbul hasad dan iri hati. Bukanlah ini hanya mereka dan mereka. Kadang-kadang diri kita sendiri memilikinya, tapi kita tak merasa. Sungguh, manusia seluruhnya telah binasa. Kerana kita telah meninggalkan agama..
Apa yang dilakukan adalah mengikut arus dunia. Dunia mengalir ke lembah neraka, kita turut bersama-sama. Bahkan ketua keluarga juga bersama menggalakkan anak-anak didikannya, bukan membimbing mereka. Kerana apa? Kerana manusia tidak lagi memahami dan menghayati agama. Agama sekadar saduran kulit. Tetapi tidak menjadi darah daging. Kadang kita sendiri tidak sedar bahawa agama kita selama ini tidak sempurna. Kita merasakan diri sudah cukup beragama. Inilah yang berlaku, kerana manusia telah dilarikan dari Tuhan. Hidup terasa seperti esok tidak mati. Benar, tanyalah diri kita.
Kita mengumpul-ngumpul harta. Bukan untuk diderma. Sedekah juga amat payah. Kerana merasakan harta itu milik kita. Merasakan semua itu hak kita. Hurm..Memang susah, susah bila sistem ruhi telah dirosakkan oleh Yahudi..
Kita berhibur hari ini juga bukanlah dengan kata-kata nasihat yang baik. Bahkan sekadar kata-kata yang memuja nafsu cinta, segala jenis cinta yang hakikatnya palsu belaka. Kita bernyanyikan lagu-lagu yang entah apa-apa. Asalkan hati suka, tapi jiwa kosong belaka. Kalau tiba-tiba esok kita mati, menyesal sungguh-sungguhlah kita. Bila terasa ruh ditarik dari tubuh, menangis-nangislah jiwa. Tapi semua tak berguna. Kerana segala taubat itu tidak berguna lagi bila nyawa sudah sampai ke kerongkongan.. Benar. semua benar. Tapi hati ini masih lagi tidak mahu kembali mencari Tuhan. Lihatlah, anda akan membaca dan menyambung kehidupan seperti biasa. Diri ini juga akan menulis, dan esok-esok akan lupa. Kerana hati sudah terlalu jauh dari Tuhan.. :(
hurm.. pernahkah
Semalam, saya terasa betul-betul seperti diri akan mati. Terasa ruh seperti sedang ditarik keluar dari jasad, terdengar bunyi detik-detik yang hampir sangat di telinga. Setiap saat terasa. Hati cemasnya hanya Tuhan yang tahu, segera teringat segala-gala. Amal belum cukup, bakti belum ada. Sungguh-sungguh saya tak sangka itulah waktunya. Saat panggilan itu sudah tiba. Tapi aku belum bersedia! Huhh..sepantas kilat sesal bertandang kerana saya bersenang-senang melelapkan mata. BUKAN kerana mengingatiNya. Kesal teramat-amat kerana diri akan menghadap Tuhan sebagai bukan kekasihNya. Kesallah saya setinggi-tingginya, masyaAllah tak dapat terbayangkan betapa ruginya. Kerana dipanggil menemui dalam keadaan berdosa. Dalam keadaan tidak cintakanNya. Kerana di atas dunia masih berlalai-lalai. Beragama masih cuai. Berjuang masih tidak sungguh-sungguh. Ya Allah..
Ya ALLAH, kalau benarlah Engkau matikan aku semalam, alangkah hinanya pengembalianku. Alangkah aku termasuk orang-orang yang rugi. Ruginya aku kerana tidak benar-benar memanfaatkan usia yang Engkau beri. Ouh, aku ingin pulang sebagai tetamu yang Engkau cintai..
tolonglah aku jgn lalai lagi

No comments:
Post a Comment
Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!