Lebaran? Lebaran bermakna senyum lebar-lebar, buka tangan luas-luas untuk bersalam, buka dada luas-luas untuk memaafkan... Buka kaki lebar-lebar untuk beraya di rumah orang aka ziarah sesama insan. Lagi?
Tapi aku tiada mood untuk senyum lebar-lebar macam selalu pagi itu. Juga tiada mood untuk bercakap dengan sesiapa. Sekadar melangkah kecil-kecil ke tempat yang patut. Pakai apa yang patut. Sebenarnya seronok, tapi raya kali ini sudah menjadi tidak menarik. Tiada apa yang nak digembirakan... Mungkin kerana sy lebih merindui suasana 'komrad sate' tahun lepas. Tahun ini, tiada siapa yang ingin membantu mengerjakan ayam-ayam itu. Sangat tidak seronok.
Maka datanglah si sepoi dingin. Tak berminat nak berbuat bising seperti selalunya. Cakap hanya yang perlu-perlu sahaja. Gaya serius beraya.
Bertambah-tambah kehilangan mood apabila nombor-nombor yang didail tak penat-penat menyediakan hanya peti suara kepada sy. Sekarang, sudah tidak berminat nak mendail lagi. Biarlah mereka dengan peti suara mereka. Saya masih tetap punya hari raya saya.
Bosan? Hurm, ntah. Penat sahaja barangkali. Sy sudah melalui hari-hari yang penat dan tidak sempat. Hari ini sy mahu berehat. Jangan curi masa sy lagi. Jangan menjadikan sy merasa seperti tidak cukup masa. Bilik ini pun masih tidak 'settle' lagi. Sila jangan ambil kisah jika saya bercirikan serius semata-mata.
daripada
yang tak berminat nak ketawa
yang tak berminat nak ketawa
No comments:
Post a Comment
Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!