myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Monday, September 20, 2010

Fenomena Nurien


Awal pagi selepas subuh

Nenek : "awal putar mesin (basuh baju) hari ni?"
(sambil menyibuk-nyibuk di tepi 'robot' baru, menengok-nengok orang berbuat kerja. nada seperti sengaja-sengaja tanya)

Mak dara : "hmmmm...nurien kan nak balik~ kena la basuh baju awal sket.."
( kita berilah jawapannya kan... yalah, kata nurien gerak lepas subuh, nanti sampai kerja tak beres lagi pulak.. xbestlah..i kan xsabar nak menyambut nurien)

8minit kemudian,
Atok tersengih-sengih keluar dari tandas, memandang isterinya yang seperti 'busy' berbuat sesuatu.

Atok : "Hai, bukan main smart pulak mak dia mengemas umah..."
Nenek : "hai..nurien kan nak baliiiiikkkkkkkkk"

Mak dara sekadar mendengar dan gelak-gelak dalam hati dari sebuah bilik 'pengantin' sambil melipat kain jemuran semalam. Geli hati menyaksikan suasana rumah bila sang cucu hendak pulang.

Tak sampai seminit,

Nenek : "Eh, awal pulak lipat baju." (dengan nada yang lebih-lebih lagi sengaja)
Kedengaran gelak-gelak kecil daripada atok dan nenek dari ruang tengah rumah.

Mak dara : (cesss, aku pulak yang kena)


* * * * *

"Kata gerak lepas subuh", atok sibuk bertanya sambil melihat jam dinding sudah hampir jam 0800 mungkin. 2,3 minit kemudian, kedengaran enjin motorsikal menderum pergi...entah ke mana atok pergi.

"M*****, tolong mak ambil lighter, mak nak bakar sampah lah".
"Har, boleh2. I pun nak bakar sampah jugak", tak semena-mena rajin pulak mak dara hari ni. Habis berkepul-kepul asap di sana sini. Membakar dedaun kering,pelepah kering dan kertas-kertas sampah. Bahang betul duduk dekat api. Baru panas dunia nih, kalau api neraka nanti huhu mesti lagi dahsyat panasnya dari ini. Berkeringat berasap sungguh pagi itu.

"Biar nyamuk lari, jangan gigit dak nurien nanti",
Mak dara sekadar gelak-gelak. Bukan main lagi nyamuk pun tak boleh gigit cucu dia. Hahaa~

'Pin pin..'
Atok muncul dengan motorsikalnya sambil menyeru, "nurien dah balikkk~" dengan girangnya.
Sekilas nenek memandang mak dara sambil berbisik, "bukan main suka lagi cucu dah balik.." hehehe..

Sejurus kemudian, naiklah sebuah kereta automatik 'eh,terlupa jenama apa' membawa cucu tunggal kesayangan ke daratan Lelong Height.

Nurien cuma pandang terpinga-pinga. Mesti dah lupa 'orang-orang kampung' yang ditinggalkan baru 2minggu jea pun. Meh, mak dara bawak masuk dalam dengan baju bau asapnya. =p




rindunya nak tengok baby yang malu-malu
bila dipanggil namanya...


2 comments:

  1. seakan berada di dalam suasana itu..saya sebagai pemerhati.. seronoknya... =)

    hai nurin yg khusyuk berzikir...mari ke pak.ndak..

    ReplyDelete
  2. (^^) nak tengok nurien belajar meniarap..merangkak..hhu

    ReplyDelete

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial