Alhamdulillah..mission complete!
Trek pertama musim sejuk berjaya dijejaki hari ini, walaupun tak banyak. (cukuplah 3pusingan untuk hari pertama *heehee*) Uhh, sangat penat. Ya, misi untuk membasahkan fabrik kapas hari ini terlaksana sudah (walaupun hanya setitik dua). Menjulang rasa puas sementelah hajat sekian lama terkabul. Hohoo~
Tadi ada 1 mat salleh, 1 mak salleh, 1 kakak salleh dan sepasang lagi salleh berkongsi trek merah itu. Hmm...mesti kepelikan tengok aku muncul pula di situ. Tak kisah lah salleh-salleh sekalian, lepas2 ni kita akan jumpa lagi. Hahaa~ Hari pertama yang mengundang kembali perasaan-perasaan dulu. Semangat kobar-kobar di awal garisan, sedikit ketabahan di tengah perjalanan, detik demi detik prinsip kura-kura mula dipraktikkan dan akhir sekali loya nak muntah sebaik sahaja tiba di garisan penamat. Huhuhu. Nasib baik tak pengsan. Sekian 5bulan enjin dimatikan, tiba-tiba hari ini pula meredah kesejukan. Hasilnya, aku dapat pengajaran, lain kali turun trek bawak sebotol air, kalau boleh biar berkawan (sebab nanti kalau rebah siapa nak tolong angkatkan..takkan salleh-salleh itu~)
Huhuh~ Bersama pengajaran-pengajaran itu ku teruskan hayunan langkah, memusing separuh bulatan trek, memanjat jalan keluar. Cuba menghirup oksigen sebanyak yang mampu, berharap hutang oksigen cepat dilangsaikan sambil diri cuba memujuk,
"Keep moving, keep moving...please no fainting."
Kalau di KMB dulu, saat-saat darurat ini berjaya digagahi sehingga ke Dewan Selera. Tapi kali ini, tiada siapa jamin aku mampu bertahan atau tidak. Cubaan menyedut udara yang sejuk itu mengundang mukus-mukus baru. *sob..sob* Teringat pagi tadi kualas perut dengan sekeping roti cuma, membalut sehelai cheese dan jem strawberi. Ouh, pengajaran lagi. Lain kali tambah segelas susu. Huhu~ mulalah timbul perasaan seperti yang dulu-dulu.
Joging ni tak best sebenarnya. Hanya seronok untuk berkata, tapi sangat perit bila berbuatnya.
"Owh, di sini jalannya lebih short cut rupanya. Tak pernah kutahu..ada car park ini."
"Hmm...jalan pun boleh tahan.."
Ya, pening-pening tapi hati masih mengomel melihatkan garis-garis indah bunga tayar bulldozer yang ada hati mahu lalu di lorong padestrian.
"Eh, AIB???"
[AIB singkatan untuk Allied Irish Bank, bank femes di sini]. Kali ini aku gelak kecil sorang-sorang dalam kemabukan yang melanda.
Baru tersedar rupanya langkah sudah tersasar jauh dari Merville. Ini menyimpang ke arah tasik, cehhh. Terbukti 5bulan bermastautin di sini masih tidak arif selok belok UCD. Apakah...
Padanlah semua jalan macam baru pertama kali ditempuh. Rupanya short cut sudah menjadi long cut. Huhh... bertambah panjang perjalanan, luas pemandangan. Tak mengapa. Aku suka.
Akhirnya berjaya juga menemui pintu M-10-4-3. Oh, Tuhan...alhamdulillah.
Not a Tambahan : It was my first winter tracking day...but afterall..
~baru tahu nikmat angin Dublin bagaimana :)
Tahniah cik Mz...Permulaan yang baek...Sukan memanah kekalkan juga yer...teruskan gaya hidup sihat.. :)
ReplyDeleteHuhhu..terima kaseh cik/incik Anonymous. Isk3x..sukan memanahku~
ReplyDelete[hrmm..siapakah anonymous ini..pndai plk tahu ak memanah..owh..sy tahu~] :))
mz!
ReplyDeleteheee ms na mula2 bc ingatkan lori trektor merah :) hehe. rupanya jogging track ke. haha. tringat hobi anda jog kat kmb wpon badan mmg cam rangka. wuuu. sept ni ajak sy jog wokay? ;)
hahaaha, rangka itu hiperbola sungguh...
ReplyDeletehehee..lori trektor..ape kejadahnya~ huhu
naa, rindu nk jog pusing kmb balek..T.T sini x best, sy xsehat..
september?? JOM2x..kali tu kite pusing Dublin plk..hahaha..tinggi angan2x..