myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Tuesday, January 13, 2009

Formula MUDAH untuk kebangkitan!


Ya Allah, aku benci Israel ya Allah..

Hancurkan Israel ya Rabb..wahai tuhan yg Maha Perkasa, hancurkan bala tentera Israel

Menangkanlah kami atas mereka ya Adzim.

Baru pulang dari Orio Central, Milano malam semalam. Terus, sudah keputusan berita tentang isu Gaza sejak sekian lama. Dengar2 juga, tapi sekelumit cuma. Tambah berita yang dipaparkan di sana 100% Italian. Kami kembali ke sini, sudah terlepas satu demonstrasi yang diadakan di city centre. 'Mass at DCU'. Tak tahu lepas2 ni akan ada lagi atau x.

Hari ini cuba merajinkan diri menyelak satu per satu akhbar beritaharian online. Benci. Makin benci pada Israel. Kalaulah aku baca berita ni awal2 lagi. Mesti perjalanan aku di Italy tak sunyi dari kobaran semangat jihad saudara2 ku di Palestine. Agak malang, hati-hati kami sepanjang mengembara kurang diisi dengan berita2 sebegini. Sekadar mencuri2 lihat dan dengar di televisyen yang bahasanya kami tak faham walau sepatah. Rugi sekali.



Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Akan datang masa di mana kamu diperebutkan oleh bangsa-bangsa lain sebagaimana orang-orang berebut melahap isi mangkuk." Para sahabat bertanya, "Apakah saat itu jumlah kami sedikit ya Rasulallah?" Rasulullah menjawab tidak, pada masa itu mereka ramai, tapi ramainya macam buih di laut. Sebabnya? Waktu itu umat Islam ditimpa 2 penyakit iaitu cintakan dunia dan takutkan mati.

Lemah? Lemahkah umatku hari ini??

Lihatlah Gaza

Bukankah umat Islam sedang ditindas di bumi sana? Apa aku tidak tahu?? Atau buat2 tidak tahu.. atau tahu tanpa berbuat apa-apa.. Itukah umat yang kau katakan lemah? Meski dibedil bom, dihujani peluru, masih ingin kembali ke tanah airnya.. Bersama saudara2 yang masih mempertahankan al-Aqsa. Apakah kau nampak itu lemah? Sedang umurnya masih lingkungan 'sa'..

Bagiku umat Gaza tidak lemah. Tapi umat yang di kelilingnya yang harus diubah. Umat yang sekadar melempar pandangan, berkongsi cerita dan begitu mudah melupakan. Apatah lagi yang berjinjingan dengan botol arak...new year kononnya~ sedang hari yang sama bedilan demi bedilan melanda Gaza. Apakah kau masih nampak umat Gaza lemah?

Inilah realiti hari ini. Tak perlu kau cari jauh. Kita punya contoh 'terbaik' di Malaysia. Kita punya anak Malaysia yang masih bermain najis..hidup sekadar untuk hiburan. Walau nametag dipakai seagama yang di Gaza.. dan usianya 'sa' kali 'sa'.

Benarlah kata Rasulullah..
Penyakit wahn itu yang menjadikan umat kita lemah. .. Harus tidak ada alasan tidak cukup subsidi, tidak dapat tender, tak dapat projek atau tidak dapat teknologi canggih teknologi canggih ..tidak itu..tidak ini..bla..bla..
Bukan itu alasan untuk kita menyorokkan tangan.
Tapi kerana 2 penyakit yang mematikan jiwa ini.

CINTAKAN DUNIA dan TAKUT MATI

Jadi bagaimanakah kawanku.
Bagaimana umat ini harus diubah?

Formula kehancuran [seperti yang telah dibocorkan oleh Rasulullah s.a.w]
= Cinta Dunia + Takut Mati

Kita terbalikkannya 
= cinta Akhirat + Sukakan Kematian

Sukarkah untuk melakukan ini..?
Jika ahli saintis sentiasa bijak mencari jalan untuk menerbalikkan proses kimia dengan menerbalikkan formula2nya.. kenapa tidak kita terbalikkan formula yang datang dari Tuhan itu tadi untuk menyelamatkan umat kita? Tidaklah Allah mendatangkan sesuatu itu dengan sia2.. 
Fikirkan~ mengapa Tuhan menurunkan formula kejatuhan umat Islam ini melalui rasulNya.
JAWAPANnya: Agar umat Islam membangun dan selamat di dunia dan akhirat dengan mengambil sesuatu darinya. Sesuatu yang harus dipraktikkan!

Kawanku, anda masih berfikir akan relevannya formula itu? [sepertinya terdengar bisikan halus..."logikkah..ingat senangkah..dan ..dan seumpamanya.."]

Usah fikir cinta akhirat itu ---> banyak ibadah semata2. Itu hanya habluminallah (hubungan dengan Allah) sedangkan agama kita punya 2 aspek, iaitu habluminallah (hubungan dengan Tuhan) wa habluminannas (hubungan dengan manusia).

Hubungan dengan Tuhan hanya 1 sedangkan habluminannas (hubungan sesama manusia) itu BANYAK. Ertinya kalau diusahakan banyak hubungan dengan manusia kemajuan dengan sendirinya akan terbangun. Tiada lagi penindasan. Tiada lagi kehinaan..sebab kita akan jadi umat yang KUAT. Umat yang cintakan akhirat sanggup melakukan apa sahaja, yang TERBAIK untuk mendapat tempat yang terbaik di akhirat kelak. 
Hasilnya = cintakan akhirat itu membawa KEMAJUAN (baik kepada diri, bangsa, negara & agama)

BAGAIMANA?
Menegakkan agama melalui hablumminannas bererti saling menggalakkan manusia berkorban, kerjasama, bersatupadu, berkasih sayang, bertolak ansur dan sebagainya. 
Kalau berlaku begitu maju atau tidak umat ini? [anda sendiri fikir]

Tapi AWAS!
Apa akan berlaku kalau kita mahukan kemajuan tapi bukan akhirat sebagai tujuan??
Maka kepentingan diri akan diUTAMAkan.
Muncullah sikap tamak, sakit hati, tidak senang dengan kejayaan muslim lain, terus mula saling menjatuhkan...fitnah ditaburkan..rasuah disogokkan..lahirlah politik kotor..bisnes kotor..beralaskan taktik2 kotor etc...etc. 
Sampai bila umat kita mahu maju kalau terus begini??? Itulah sebabnya SANGAT PENTING untuk menanamkan semangat CINTAKAN AKHIRAT dalam diri setiap individu MUSLIM..baik yang 'sa', 'sa kali sa' 'sa kali sa kali sa' dan seterusnya... 

Betapa anganan kemajuan itu kalau tidak bersebabkan TUHAN..akan akhirnya rosak dan merosakkan.

Anda setuju kini?
Setuju atau tidak, anda harus terima hakikatnya. Memang anda harus gune pakai formula ni baik untuk diri anda, sebagai pemimpin untuk diri mahupun isteri dan bakal anak2 anda nanti, kalau anda benar2 ingin lihat umat ini naik semula. Harus CINTAKAN AKHIRAT dan bukan takut mati. Kalau tidak masakan Rasulullah s.a.w. berpesan, 

"sungguh orang yang paling bijak ialah yang paling banyak mengingati MATI."

Yakinilah DASAR CINTAKAN AKHIRAT ini. INI resolusi KITA, insyaAllah bijaklah umat ini apabila telah kembali ke landasan sebenar menjadikan Tuhan dan Rasul sebagai rujukan utama dalam memperkasakan ummah. Maka side effect daripadanya akan terbangunlah kemajuan yang selamat lagi menyelamatkan...

Not a Tambahan : Bersama melahirkan generasi ISLAM cemerlang yang cintakan Akhirat, bak kata seorang teman... "didik anak2 kita agar jadi seperti Salahuddin al-Ayubi" ;)
Ayuh sahut seruan pemimpin Palestine~

Ubahsuaian artikel yang telah diamanahkan oleh seorang teman. [tulisan asal: ustaz ashaari mohd]



4 comments:

  1. i noe d last quote! insyaallah.aku rase cam lemah gle xleh nak bwat pape utk palestine selain doa. kdg2 mmg rasa cm.. (xtau nak describe). mmg btol sifat wahan tu wujud.
    sebenarnya rakyat Gaza la yang bijak. semua org akan menemui mati. tp dorg choose to die for d sake of Islam. jihad. huhu..leen,mati tu pasti..

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya,kejadian di palestin memberi maksud besar buat umat islam

    Lemahnya kita yer..Benar kata nabi

    Lepas ini,Malaysia pula agaknya mangsa Israel(yahudi) laknatullah..

    Bersiap-sedialah kita dengan formula tadi..formula dari lidah nabi..praktikkn utk diri dahulu,kmudian kluarga,seterusnya masyarakat..insyaallah bantuan Allah akan datang..Amin..

    Bagus entri ini..bacalah wahai umat Islam..

    ReplyDelete
  3. insyaAllah leen.. sumbangkanlah selagi terdaya
    doakan senjata org2 mukmin
    yakin pd ALLAH =)

    umat ISLAM sentiasa boleh!

    akan ku ingat kata2 kay itu~ akan ku cuba laksana.

    ReplyDelete
  4. penyakit wahn..
    ak jgk xterlepas dr itu
    kalau x masakan MP3 sakaratul maut itu aku kecutkan..
    ya Allah..ampunkan kami..ampunkanlah aku..

    ReplyDelete

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial