myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Monday, January 26, 2009

Bulat bulat



Pedulikan orang lain
Bersikaplah peduli diri
Bukan pentingkan diri
Tapi sedar diri


Hmm..sejak akhir-akhir ini, aktiviti melompat-lompat di alam maya semakin berleluasa melalui Toshiba ini. Lompat punya lompat, macam2lah mula kujumpa. Mata melihat, minda membaca, otak mentafsirkannya. Hati menilai. Ouh..pandainya mereka berbahasa........asing. Melihat diri sendiri. Berbahasa usang lagi. Kagum. Kagum melihat kawan-kawan berbicara. Fasihnya lidah jemari mereka. Lihat diri lagi. Kenapa aku tidak seperti mereka??

Hmm..manusia..manusia. Tidak sudah-sudah menyaksikan manusia lain. Terlalu mempedulikan orang lain. Terlalu mudah membuat perbandingan. Menilai. Menghakimi.

Tapi, sering terlupa untuk memerhatikan diri sendiri. Di mana kini? Terlupa apakah yang telah diperbuat hari ini dengan kudrat yang Tuhan berikan.



Jika benar anda tidak terlalu sibuk dengan hal orang lain, cuba tanya diri, adakah aku bermanfaat hari ini?? Adakah aku menghasilkan manfaat untuk orang lain? Kawan-kawan? Adik beradik? Mak Abah? Sesiapa sahaja di sekeliling kita. Adakah hari ini kita berguna?

Aku akan menjawab soalan itu untuk diriku sendiri. 
  • Betapa tak bermanfaatnya aku..hari-hari berlalu tanpa disedari. Malam siang berganti, tapi aku masih aku yang lama.
  • Hari-hari aku solat tapi masih mengulangi dosa-d0sa. Sedang solat itu seharusnya menyucikan jiwa.
Betapa khusyu' itu tidak hadir dalam solatku kerana suruhan Allah itu masih tak mampu menghindarkan aku dari bisik-bisik syaitan yang mahu hidupku haru. Ya Allah..
  • Berapa kali sangat bibir ini melafazkan nama2Nya.. ku mengagumi manusia hingga ku terlupa mengagumi yang menciptakan manusia.. hinggakan syaitan begitu cemerlang menyuntik sifat iri, hasad dalam hati ini tatkala melihat manusia lainnya..
  • Berapa lama sudah mata ini tidak berair keranaNya...hingga sayu hati itu susah lagi untukku cari...begitu jauh aku dari Yang Menjadikan aku.. .
Siapa lagi yang dapat menilai jiwa kita yang sebenar, melainkan diri sendiri. Diri yang telah membawa ruh ini berjalan 20 tahun lamanya. Diri yang telah meyaksikan bagaimana lemah jari menekan button 'Next' tiap kali ayat-ayat kecintaan Tuhan menyelangi irama penghibur jiwa. Tiada siapa tahu melainkan kita, dan Tuhan yang sentiasa memerhatikan hamba-hambaNya..

SesUatu untuk dinilai bersama.



Menyahut seruan PPIMI untuk menjadi mukmin yang pembersih.
Bersih jasmani, bersih rohani
Bersih juga desktopnya
Juga turut menyeru kawan-kawan
sama-sama menjaga kebersihan
jiwa dan perawakan

Kebersihan itu kan sebahagian dari iman.. :)


Not a Tambahan : Terima kasih kepada pencipta Bokeh yang kini terpilih untuk menghiasi desktopku. (^^) entah kenapa hidupku kini dipenuhi bulat-bulat

No comments:

Post a Comment

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial