Musim
Musim bertukar lagi
Musim peperiksaan menjelma lagi
Tempoh hari aku membuka jendela ini, udara nyaman yang dingin berlumba-lumba menerjah segenap ruang bilik. Ngauman kenderaan kembali menyapa telinga. Sesekali, gegendang ini menangkap bunyi kicau burung di pagi hari. Indahnya musim bunga. Terasa kembali ke hutan simpan Khatulistiwa.
Kulihat pucuk-pucuk hijau kembali berputik. Dahan yang botak kini berdaun semula. Kalau dulu warnanya kuning kemerahan, kini hijau muda menghias mata. Cantiklah kamu. Daun muda sentiasa dipuji manusia. Burung-burung kecil juga dengan riang hati melompat ke sana sini. Ah, pagi hari yang penuh bermakna. Lebih-lebih lagi semua yang terlihat bukti kekuasaan Nya.
Kelmarin, aku pulang dari Health Science Center agak lewat. Sekitar 630 petang. Lazimnya waktu-waktu begini kalau 2bulan lalu sudah gelap benar. Manusia akan lebih cepat bertapa di kediaman masing-masing. Tapi hari itu, cuaca masih cerah. Lembap. Sejak akhir-akhir ini, langit selalu saja mendung. Jarang sudah untuk mendapat cahaya matahari pagi. Memang benar kata orang. Semakin menuju 'summer' semakin kerap hujan menimpa. Hurm. Subhanallah.
Lalu aku meniti lorong kecil itu seperti selalu. Menapak jalan-jalan yang basah digenangi lopak-lopak cetek. Sepanjang-panjang itu burung-burung tidak henti-henti berkicauan. Subhanallah. Girangnya hati tika menikmati jalan itu tak terkata. Ingatkan bunyi-bunyi merdu itu terdengar di pagi hari semata. Alhamdulillah. Indahnya musim bunga.
Ini entri deskriptif yea? Haha... apa salahnya..sekali sekala menjamu bayangan minda kita. Berhenti sejenak dari angka-angka dunia, kalimat-kalimat medikus yang bersesak-sesak dalam sel-sel neuron. Indahnya ciptaan Tuhan kita.
pepohon sakura yang menusuk hati
s a k u r a bee =)
sakura, saya tangkap sakura! =)setapak di musim bunga, jangan dipijak 'daisy'
rosa aneh
lebatnya...saya rindu taman rosa ibu
pakcik Irish dan cucunya, Natalia (yang comel) melangkah
pergi dari 'daffodil' yang indah tersusun di kiri
memori musim ini
s u b h a n a l l a h (^^)
"Dan jika mereka mahu berangkat, nescaya mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu..."
[at-Taubah:46]
Ayuh, teman angkat pena dan buku-buku semua
Haiya a'lal falah (",)