myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Tuesday, December 29, 2009

Sesungguhnya telah terang..





عن أبي عبد الله النعـمان بن بشير رضي الله عـنهما ، قـال : سمعـت رسـول الله صلي الله عـليه وسلم يقول: إن الحلال بين ، وإن الحـرام بين ، وبينهما أمـور مشتبهات لا يعـلمهن كثير من الناس ، فمن اتقى الشبهات فـقـد استبرأ لديـنه وعـرضه ، ومن وقع في الشبهات وقـع في الحرام ، كـالراعي يـرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه،ألا وإن لكل ملك حمى ، ألا وإن حمى الله محارمه ، ألا وإن في الجـسد مضغة إذا صلحـت صلح الجسد كله ، وإذا فـسـدت فـسـد الجسـد كـلـه ، ألا وهي الـقـلب

رواه البخاري ومسلم


M a k s u d hadith

Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya yang h a l a l itu terang jelas dan yang h a r a m itu terang jelas, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agama dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara syubhat, maka dia telah terjatuh ke dalam perkara yang haram, umpama seorang penggembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah, bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan A L L A H itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNYA. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad...

Ketahuilah ia adalah h a t i.."

Diriwayatkan oleh Bukari dan Muslim



lagu ini telah amat menggembirakan saya
sekalipun sedih menimpa
(^^)


Saturday, December 26, 2009

makan Maggie minum Susu


Mungkin kata kamu 'entah apa-apalah tajuk entri ini'. Benar. Memang kedengaran tidak 'sinkroni'. Maggie yang diperjuang habis-habisan tidak menyihatkan dan susu segar yang sihat??? Urm. Tapi itulah yang saya hadami sekarang. Oh, baru sahaja mencapai titisan terakhir. Alhamdulillah..

Entah kenapa, terasa ketenangan yang menyerbu dalam-dalam untuk setiap teguk susu yang ditelan. Jarang-jarang saya berminat menelan susu tanpa rasa coklat ini. Bagi saya, perisa coklat adalah segala. Menangkis keinginan pada rasa strawberi yang kadang-kadang muncul, tapi berakhir dengan sedikit mual. Aura koko yang setia menghandali rasa manis vanilla yang sel otak selalu tafsirkan sebagai bosan. Hebatnya aura koko pada tunas-tunas rasa lidah saya.

Tapi, ketenangan hari ini diperoleh pada susu segar putih tadi. Walau hanya untuk beberapa saat.

Mungkin kelapangan cuti selepas 'compression zone' seminggu yang lalu memberi impak. Entah, mungkinkah ini hari kelapangan saya yang pertama selepas diserang sejuk beku mencecah -21degree Celcius di Wigwams selama beberapa hari yang lalu. Mungkin juga saya memperoleh hari baru dengan melepaskan sesuatu. Suatu perkara dunia yang senyap-senyap menghijab perhubungan terus antara diri ini dengan Dia.

Alhamdulillah..



Hari ini adalah hari yang sungguh tidak aktif. Sekadar meninjau kedinginan bumi Dublin dari balik kaca tingkap bilik. Hanya sedikit putih-putih yang menghias bumbung rumah yang rendah. Salji masih belum turun dengan sungguh-sungguh di bumi ini. Yang terlihat hanyalah 'frost' semata. Cuma hari itu hujan yang turun bertindak sebagai bebola ais. Itupun cuma seketika. Tidak cukup untuk mewujudkan selapisan salji pun.

Maka, pemergian kami ke bumi Scotland tempoh hari adalah suatu nikmat yang tidak terhingga dari Allah. Lokasi pilihan telahpun diselimuti salji tika pertama kali kaki ini menjejak di sana. Dan dengan kemurahan Allah, hari pertama dan kedua kami diselubungi limpahan salji yang turun mencurah-curah, menjadikan seluruh kawasan putih, suci dan mendamaikan. S u b h a n a l l a h...meskipun sejuknya hanya Tuhan yang tahu.. Terima kasih Allah.

Pengisian demi pengisian di dalam bangunan kecil di tengah-tengah kawasan tanah tinggi itu tetap berjalan dengan lancar meskipun suhu di luar bisa membekukan kasut-kasut yang disusun rapi. Mencari kekuatan spinal vertebrae untuk bertahan duduk sambil sesekali mata melirik ke luar kaca pintu, menyaksikan keindahan salji yang turun tanpa henti.


Antara pemandangan bumi Scotland yang sempat dirakam

senyumnya tak sesakit bermain salji

a never ending path

masyaAllah...

wigwams yang menemani malam kami

our baby snow


Indahnya s a l j i

Lembutnya selembut sanubari. Putihnya sesuci hati yang tidak berdosa. Malamnya bercahaya dengan sinar-sinarnya yang tersendiri. Subhanallah.. . Maha suci Allah yang telah menciptakan dunia yang seindah ini. Sayangnya kesucian itu seringkali tercemar dengan noda-noda manusia. Cantiknya terpalit dengan perlakuan dosa. Sucinya tiada lagi kerana penuh dengan hasad, benci dan segala sifat-sifat tercela yang ditiup syaitan ke dada kita..


Ya Allah, aku berlindung padaMu dari kejahatan bisikan syaitan yang bersembunyi..

Yang selalu datang padaku saat iman ini lemah..

Ya Allah, aku berlindung padaMu dari menzalimi

Dan dari dizalimi manusia lainnya...



Inginnya aku menjadi seperti salji itu. Putihnya mendamaikan mata, cerahnya menyegarkan hati-hati manusia.. Inginnya aku bersih sebersih jutaan salji itu. Agar tidak lagi aku menyakiti sesiapa. Agar hatiku tenang tiap kali bertemu denganNya. Allah, bantulah hambaMu.. kerana hatiku tidak sebersih itu...



"..dan Dia (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakanNYA (butiran-butiran ais) itu kepada siapa yang DIA kehendaki dan dihindarkanNya dari siapa yang DIA kehendaki. Kilauan kilatnya hampir-hampir menghilangkan penglihatan."

[an-Nur : 43]


moga kekuatan yang dicari
bertahan jua..


Thursday, December 24, 2009

Usia antara Masa




Lihat dedaunan kekeringan jua

Ku kutip bawa sang bayu

Layu tak berguna

Jiwa manusia di arus usianya

Tersalah
tiada makna

Seandai tiba masa


Putaran roda kehidupan

Penuh warna-warna kesamaran

Jika kabur di perjalanan

Sesat penghujungnya..


Sedari masa berbeza

Berdetik usia kita

Janganlah terlena hingga ke akhirnya

Sujud pada Yang Satu

Teguh keyakinanmu, lenturkan keimanan

kasihmu kepadaNya

Tuhan Yang Satu





Alhamdulillah, selamat tiba dari Prestwick Airport, Glasgow awal subuh tadi. Alhamdulillah, winter gathering yang baru sahaja berlalu di bumi Scotland itu amat memaknakan kehidupan yang tersisa. ALLAH, hanya Engkau tahu apa dalam hatiku. Allah, aku bergantung harap hanya padaMu.. .

Bait-bait nyanyian saujana ini amat-amat menyentuh hati kala aku bersiar-siar ke city centre lewat petang tadi. Pertama kali aku terdengar dan mendengar. Sesungguhnya benar-benar menyentak jiwa..



Ke mana menghilangnya usia kita?
Ambil gunting dan potong umur anda

Monday, December 21, 2009

Orang yang mencari ilmu



Maka berhati-hatilah engkau wahai saudaraku daripada tipu muslihat syaitan dan janganlah engkau tunduk kepada tipuannya. Syaitan sangat pandai memerangkap engkau (dengan menyetujui engkau mencari ilmu) padahal sebenarnya ia telah memperdayai engkau (dengan memesongkan niatmu) maka celaka bagi si jahil sekali celaka kerana ia tidak mahu belajar dan celaka bagi si alim seribu kali celaka apabila ia tidak mengamalkan ilmunya.

Dan ketahuilah bahawa manusia di dalam menuntut ilmu ini terbahagi kepada tiga keadaan:

Pertama: Orang yang mencari ilmu untuk menjadikannya sebagai bekalan ke negeri akhirat maka dia tidak berniat dengan mencari ilmu kecuali hanya mendapat keredhaan Allah dan negeri akhirat. Maka orang ini termasuk di dalam golongan orang yang beruntung.

Kedua: Orang yang mencari ilmu untuk mendapatkan keuntungan segera (dunia) dan mendapatkan kemuliaan, pangkat dan harta benda, sedangkan dia sendiri menyedari hal ini dan merasakan di dalam hatinya akan kejahatan keadaan yang sedang dialaminya dan kehinaan maksudnya. Maka orang ini adalah berada di dalam golongan yang berbahaya. Jikalau dia mati sebelum sempat bertaubat, maka dibimbangi ia akan mati dalam keadaan 'su-ul khatimah' kemudian urusannya terserahlah kepada kehendak Allah (kalau mahu dimaafkan atau diseksa). Tetapi kalau dia mendapat taufik sebelum matinya lalu dia bertaubat dan sempat mengamalkan ilmu yang telah dituntutnya dan sempat pula membuat pembetulan terhadap apa yang tercedera dan tercuai, maka bolehlah dia dikumpulkan- Nya bersama golongan yang beruntung, kerana orang yang bertaubat daripada dosanya sama seperti orang yang tidak berdosa.

Ketiga: Orang yang telah dikuasai oleh syaitan maka ia menjadikan ilmu yang dituntutnya itu sebagai alat untuk menghimpunkan harta benda dan bermegah-megah dengan kedudukan dan merasa bangga dengan ramai pengikutnya. Dia menggunakan ilmu yang dituntut itu untuk mencapai segala hajatnya dan untuk mangaut keuntungan dunia. Walaupun demikian, dia masih terpedaya lagi dengan sangkaannya bahawa dia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah...


Sedutan daripada kitab Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) karya Al-Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali rahmatullah alaih. Kedah: Pustaka Darus Salam (cetakan 1999) muka surat 17-18.



semoga kita tergolong dalam
golongan p e r t a m a

Friday, December 18, 2009

Mencari mahar hari pertama



Bismillahirrahmanirrahim

"Ya ALLAH wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini, dan kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan belum melupakannya malah ENGKAU berlembut dan tidak mengazabkan kami, serta memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri dalam maksiat kepadaMu. Maka kami memohon pengampunanMU dan ampunkanlah kami. Dan apa-apa perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan Engkau janjikan baginya pahala, maka kami memohon kepadaMu. Ya ALLAH, ya Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, semoga Engkau menerimanya daripada kami, dan janganlah Engkau menghampakan harapan kami, Wahai Tuhan yang Maha Pemurah."


"Ya ALLAH, wahai Tuhan Kami, Engkaulah Tuhan Yang Abadi, Sedia Ada dan Tiada Permulaan, kelebihanMu Maha Agung dan kemurahanMu amat banyak dan sangat diharapkan. Tibalah tahun baru ini kepada kami, kami memohon kepadaMu agar terpelihara kami dalam tahun ini daripada Syaitan yang direjam, dan para kuncu-kuncunya serta bala tenteranya. Dan kami memohon pertolonganMu mengalahkan runtutan nafsu amarah (yang mendorong) ke arah kejahatan. Dan kami jua memohon rasa sedia ingin membuat perbuatan-perbuatan yang mendekatkan diri kami kepadaMu, Wahai Yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.."


Segala pujian bagi Allah Tuhan sekelian Alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad, keluarga dan seluruh sahabat baginda. Dan segala puji itu bagi Allah Tuhan sekalian alam.



Maaf atas segalanya...


Ya Allah, ampunkanlah
kehilangan rasa beriman ini
sungguh menyedihkan

Salah itu ada padaku



Meluah itu perlu
Tapi selalunya menyakitkan

Faham itu lebih mudah dilontar dengan kata
daripada dirasa

Hasilnya
Ego di sini, dan di sana

Penyelesaiannya
T I A D A






Cukuplah.
Mungkin luahan juga
perlukan caranya

Sunday, December 13, 2009

Be brave, be strong



Mungkin ada perasaan harus dipertahankan

Meski kita terlalu ingin mengatakan


Mungkin kata-kata ini harus sahaja dipendam

Meski kita begitu menginginkan 'pertemuan'

Meskipun sekadar melalui bahasa

Teknologi manusia



Harus sedar

Tak semua perbuatan kita benar

Aku sudah mencuba sedaya upayaku

Biarlah aku tak dapat berkata dengan mu

Bukankah limitasi ini bantuan Allah kepada kita

Mengapa harus kita bersedih dengannya?

Allahuakbar


Allah Maha Tahu


Kami mengharap hanya redhaMu

Aku relakan kesedihan ini keranaNya

Dan aku minta kamu, la tahzan



Maaf

Aku tak mampu berkata benar

Bahawa aku lebih rela dan mengharapkan

Kejauhan antara kita

Supaya suatu hari

Dalam redha Allah kita kembali bertemu



Ya Mukmin

Kita dalam pengawasanNya

DIA menghitung kesedihan kita

Maka jangan sekali bergusar

Tanpa aku dan tanpa kamu


Ya Allah,

saat ini aku memohon padaMu


ya latifu ultuf bina..




dari catatan seorang

hamba


Wednesday, December 9, 2009

Kepada yang bergelar manusia...




"Sesungguhnya kebenaran tidak akan memimpin,
kebaikan tidak akan tersebar, keadilan tidak akan tertegak,
panji-panji kemuliaan akan jatuh dengan wujudnya
orang-orang yang menggadaikan prinsip
semata-mata mencari keuntungan dunia
dan orang-orang yang bersifat ria'
yang hanya mahu diri mereka dilihat orang,
kata-kata mereka didengar, mereka menjadi buah mulut masyarakat,
dan boleh mengarahkan orang lain dengan jari telunjuk.
Kebenaran, kebaikan, kemuliaan hanya akan tertegak
dengan orang-orang yang ikhlas,
yang berpegang teguh dengan prinsip,
yang boleh mempengaruhi orang lain bukannya dipengaruhi.
Mereka adalah orang-orang yang berkorban
bukannya mengambil manfaat,
memberi bukannya mengambil."

[ Risalah Ta'alim ]


2days break
for the next two exams

Tuesday, December 1, 2009

sepi Eid



a l h a m d u l i l l a h

akhirnya merasa korban lembu ireland


this cute little 'lady'..
her name is...sarah i think (maaf, dah ingat dah hari tu)
~met at clonskeagh mosque~


i wonder this is the dog i told before
[sebab nmpak lebih kemas pulak hari ni]


ke'hangatan' christmas mula terasa
[city centre]


dan kepeningan exam lebih-lebih lagi


diulangi!



Maka kukuhlah reason saya
untuk bercuti dari blogging

Maaf zb
DOAKAN T.T

Tuesday, November 24, 2009

O youth! Represent!


Lewat malam tadi, kala sudahnya exam oral Japanese yang mudah tapi susah itu, kaki ini begitu berat melangkah. Lalu kuhentikan betul-betul di hadapan tasik swan uni. Lama sudah tak kujenguk tasik ini. Lama sungguh tak bermesra dengan swan-swan yang menghuni. Khabar apakah agaknya? Di mana 7 shabab swan itu?

Jauh, kutenung ke tengah tasik. Menggapai pancutan air yang gah di atas neon-neon yang ternyala. Huh. Serasa sudah lama tidak memandang sejauh ini. Jauh. Suatu tenungan jauh ke hadapan.

Maka setelah me'renda' dengan 4ekor swan itu, tanpa 7shabab yang tak diketahui nasibnya.. maka aku mengorak langkah pulang. Dengan perasaan yang tak diketahui identitinya. Berat. Kesal. Terkilan. Hampa. Tak tahu tentang apa.

Suhu malam ini dingin sekali. Terasa kebas sudah jemari ini. Sejuk menggigit kulit tangan. Seolah-seolah sayalah cadaver yang berjalan di malam hari. Tapi kebekuan itu sedikitpun tidak mempercepat perjalanan. Selangkah demi selangkah. Tak pernah aku membenarkan dua buah bas bernombor 11 melepasi perjalananku selama ini. Tapi hari ini, ia telahpun berlaku.




O youth!

Certainly you are representatives (of Allah)

and responded to Allah

Indeed who hopes in reward (of Allah)

Does not pay attention to difficulty


In the way of Allah, we pass

We expect to raise the flag

So He promises the glory to this Deen

And promises the honour to this Deen


O youth!

Certainly you are representatives (of Allah)

and responded to Allah

Indeed who hopes in reward (of Allah)

Does not pay attention to difficulty



Kefahaman perjuangan. Bukan bererti ketinggian martabat. Bukan kebanggaan di kalangan manusia. Tetapi ia adalah pekerjaan yang dilakukan dengan hati. Pekerjaan demi mendapat redha Illahi.



Lemahnya hati
andai dunia itu menjadi sebab
untuk merasa kecewa dan terkilan

untuk penghayatan klik sini


Secebis Renungan...

Islamik Testimonial