myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Friday, December 12, 2008

My * will Go On..


Saat ini, clip video di bawah telah terpilih...

Yup, terpilihnya ia disebabkan sound peliknya..

Terpilihnya ia kerana...

Terlalu banyak sebabnya.



Seperti yang dikomen oleh seorang pelawat baru-baru ini, maaf, aku di sini tidak menyokongmu... Aku sangat suka clip video ini.. disebabkan 'sound'nya lah. Sila dengar betul-betul.. itu suara tupai! Pandainya tupai ini menyanyi. Dengar sekali lagi, kali ini mesti betul-betul, dengar, tupai itu menjeritkan kotak hatinya. Jerit sekuat-kuatnya. Sepuas-puasnya. Namun tetap tak menyakitkan hati. Bahkan getar hatinya berjaya mencuri hati ini, dengar.. dengar...shh..aku kata dengar.

Dengarkah seruling itu?

Nampak kah kapal itu merentas lautan luas? Nampakkah?

Lihat wajah-wajah tupai itu... apa yang anda lihat? Ayu??  

Sebetulnya, aku tak tahu apa yang harus ditulis di sini, tidak tahu bagaimana untuk mengulas. Yang pasti aku senang dengannya. Tenang mendengarnya. Lapang menatapnya. Tupai2 itu tersenyum...apakah agaknya yang cuba disampaikan oleh sekawan tupai itu? UKHWAH. Nilai sebuah ukhwah. Persahabatan. Kawan. Teman. Ikatan. Susah senang tetap bersama. Saling menasihat dan menguatkan. Saling menceria dan menyakitkan..Eh,cantik bukan rumah di belakang mereka itu. Nampak seperti sebuah rukun yang bahagia sekali. Amannya hati begitu... indahnya kalau sebahagia itu. 

B.A.H.A.G.I.A

Apa takrif bahagia? Bila kali terakhir diri merasa bahagia? Atau mungkinkah sepanjang-panjangnya bahagia menjadi teman. Alhamdulillah kalau begitu... Subhanallah. Maha Suci Allah..Dia Maha Pemurah.

Tapi, andai diri ditimpa musibah masihkah agaknya ingin mengakui itu bahagia? 

Angguk. Tidak. Oh, ya. Kepala mengangguk. Hati jerit tidak~
"Dan apabila Kami berikan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan (rahmat) itu. Tetapi, apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) kerana kesalahan mereka sendiri, seketika itu mereka berputus asa." [30:36]

Duhai hati...mengapakah begitu. Bukankah ujian itu rahmat dari Tuhan, tanda Dia mengasihi kita. Bukankah hakikat kehidupan kita di dunia ini zahir dan batinnya adalah ujian. Bukankah Dia pasti akan menguji kita, menguji sejauh mana iman kita padaNya.

Maka, seharusnya kita tidak mengeluh. La Tahzan. Sabar. Redha. Sebab rahmat boleh jadi dalam bentuk ujian. Ujian itu rahmat. 

Ya. Betul. Betul. Kalau Ipin yang membaca, mesti dah membetulkannya. Tapi aku bukan Ipin. Begitu mudahkah, senang begitu. Ujian datang. Sabar. Sakit menimpa. Sabar. Begitu mudahkah sabar??

Gerak-gerak bibir pantas memaculkan 'sabar', tapi tetap bertemankan protein tambahan. Protein yang melarut dalam molekul-molekul H20, jatuh bertaburan. Benarkah kita sabar?

Hari demi hari, tahun demi tahun, semakin jauh kaki ini melangkah.. semakin banyak dugaan, Malah, terasa seolah bebanan kian bertambah, sedangkan sepertinya diri semakin kehilangan keupayaan. Ketahuilah hati, hanya iman dan keyakinan akan mampu mengayuh perahu kehidupan... penuh ketenangan, merempuh ujian Tuhan. Tuluslah dengan Tuhan, teluslah sesama insan. Teruskanlah membelah lautan hidup, maralah, dan sabarlah. 

Sabar itu tidak mudah. Tetapi mudah bagi mereka yang meletakkan segalanya pada Allah. Sabar itu menyakitkan. Tetapi indah bagi mereka yang yakin dengan janji Allah. 

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar," [24:155]



Saat entri ini ditulis, aku masih di sini, masih dalam perjuangan final exam, yang serasanya begitu banyak yang telah tersalah. [hakikatnya begitu]. Saat ini juga aku ditemani bandage indah ini, selaku tabib tak bertauliah, mengesahkan diri disinggah inflammation [lymphadenitis..mgkin] Tabah, memang harus tabah. Mungkin sakit perit ini kurasakan payah. Tambah di waktu-waktu genting begini. Tapi ada insan lain di sana yang lebih  perit deritanya. Adik, yang kini terlantar di hospital, kemalangan baru-baru ini. 2jari kakinya patah. Lebih sedih lagi, kawan adik [jiran] kehilangan kakinya. Pihak hospital terpaksa memotong kaki kirinya hingga paras peha. Ya Allah, betapakah dugaan mereka lebih hebat, dari aku yang di sini, masih punya kaki untuk berjalan. Dulu, aku tidak kisah itu semua. Tapi, akhir-akhir ini, segala yang berlaku begitu dekat dengan diri ini. Betapa Tuhan berkuasa mengambil nikmat kurniaanNya dalam sekelip mata. Betapa beberapa hari yang lalu, mereka masih berdaya menunaikan solat sunat Aidiladha, tapi hari ini Allah telah mengambil sebelah kakinya. Semoga Allah berikan kesabaran untuk hati-hati ini... Ya Allah, jadikanlah hati-hati ini yakin bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya.


NOw that i have to push my heart to go on...

"Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain DIA. Dan jika DIA mendatangkan kebaikan kepadamu, maka DIA Maha Kuasa atas segala sesuatu.."
[6:17]




3 comments:

  1. haha agak la tp comel gmbr ber3 tu :)
    maznah! miss u!
    good luck xm tau!

    ReplyDelete
  2. lagu utk anda-mnjawab erti bahagia...

    HAKIKAT BAHAGIA-Qatrunnada'

    bahagia itu maknawi(xnmpak),
    juga bersifat rohaniah,
    rasa senang bkn bahgia,
    skalipun ia berharta,
    kerana semua itu bersifat lahiriah,
    ia bukanlah hakikat bahgia...

    tenang itulah tanda bahagia,
    tiada tenang,kan keluh kesah,
    bila tiada kebahagian,
    hidup penuh,kepuraan...

    mazmumah punca,tiada bahagia,
    kerana terus mengekalkannya,
    hasad dengki,gila dunia,
    sombong,bongkak,merosakkan segalanya..

    carilah tenang,dapatkan bahagia,
    cintakan allah,setiap masa,
    bila zikrullah dihayati,
    barulah bahagia diperolehi...

    ReplyDelete

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial