myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Tuesday, September 1, 2009

"L O VE at the gate!"


Jerit sang 'posmen' bertalu-talu...

Kamu pun berlari-lari sesungguhnya -tidak mahu terlepas secebispun. Kerana itu cinta hati kamu.. Seketika, alunan intrumental 'Love at the gate' oleh full house oST berkumandang. Kilat yang menyabung di langit kelabu tak dihiraukan. Lagi kuat dentuman guruh. Lagi cepat langkahmu. Debar gerun si kilat yang menghalilintar terlandai dengan debar menanti isi si surat. Biar lenjun tubuh, tapi surat CINTA itu tak boleh basah!

Biasa dengar dongeng fenomena ini bukan? Suatu realiti atau khayalan yang tak menghairankan. Aku pasti kamu setuju dengan itu. 

Tapi sedarkah kita akan satu lagi realiti, yang paling 'real' dan sedang berlaku depan mata kini.

TUHAN sedang menghantar cintaNYA kepada kita!

Kali ini bukan lagi di pintu 'gate', tapi benar-benar depan tombol pintu. Sedarkah kita, Sang Ramadhan itulah 'posmen' dari Allah yang datang lagi pada 1430H, membawa bukan satu, malah berutus-utus surat cinta dari DIA untuk hamba-hambaNya. 'Surat-surat' yang membawa bersama berjuta rahmat di dalam setiap kupon ibadah yang ditawarkan. Tapi, bagaimanakah cara kita menyambutnya??? Tepuk iman, tanyalah diri..

Bukan selalu kita ditimbuni surat cinta menggunung seperti ini. Eksklusif HANYA untuk Ramadhan.. Sudah 10hari. Tapi sudahkah kita mengimarahkan malam-malam Allah? Apakah sudah dikemaskini hati ini agar benar-benar ikhlas dan mengharap hanya redhaNYA? - Soalan yang mendapat jawapan hurmmmmmmmmmmmm di hati saya. huhh.


Tadarus, zikrullah, terawih, puasa, qiam, sedekah etc etc etc -seenteng manakah pandangan hati ini padanya... =(
Kapankah lagi mahu memburu cinta Illahi, mahu tunggu esok, lusa, atau tahun hadapan? Berapa peratus keyakinan kamu pada sisa umurmu itu..

Berkenaan tarawih :

"kesetiaan dijunjung, akankah ke hujung???"


semoga Allah memberi kekuatan pada hati ini
agar yang diazam tak berubah
agar yang berubah tak merubah

No comments:

Post a Comment

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial