Para Sahabat telah menyebut tanda Malam Qadar, ia adalah malam yang tiada kepanasan dan tiada kedinginan (kesejukan), serta keluar matahari padanya dalam keadaan putih bersih tiada sinaran padanya. Imam Muslim telah meriwayatkan daripada Ubai bin Kaab r.a. bahawa beliau telah berkata;
"Alamat atau tanda yang diberitahu kepada kami oleh Rasulullah s.a.w. adalah ia (matahari) terbit pada hari tersebut, tiada sinaran padanya."
Sumber: Sahih Muslim; Kitab Puasa, Bab Kelebihan Malam Qadar, 762
Hello..assalamualaikum everyone! Lama sangat ruangan ini terbiar sepi. Maaf ya, kadang-kadang waktu dan keadaan tidak mengizinkan.. T.T Tidak banyak post dapat ditulis sepanjang Ramadhan ni.. sedar, sedar penghujung Ramadhan sudah tiba. Sobs. Sekejapnya masa itu berlalu...
Tak sempat saya ingin berkongsi ilmu tentang puasa (sebab saya sendiri tak habis baca bukunya lagi..hhu). Tak mengapalah..lain kali yea. Hrm, pernyataan di atas itu tentang malam al-qadr. CUBA angkat tangan! Siapa mahu lailatul qadar! (saya pasti semua muslim yang masih normal cepat-cepat angkat..kan? cuba tengok tangan awak tu..angkat tak??). Sungguh beruntung orang yang dipilih Allah untuk menjumpai malam teristimewa tersebut. Malah, sungguh beruntung juga orang yang punya rasa dan sangat bersungguh-sungguh untuk mencari malam ganjil itu.
Kenapa kukatakan begitu?
Sebab aku sendiri mendapati diriku sungguh lemah mencarinya. Mahu saja menubing diri ini. Tujah jauh-jauh sampai tercampak ke dalam laut. Mana istiqamah mu? Di mana janji-janji mu pada Tuhan? Sudah hilang ke mana segala kekuatanku? Memang tidak hairan.. aku tahu aku tak layak menemuinya. Anugerah Allah itu sungguh besaaar untuk hamba pemalas dan suka memberi alasan seperti aku...
Maka diri ini sekadar menatap malam-malam terakhir, meniti keindahan malam-malamNya hanya dengan anganan kosong. Kerana aku tahu, aku tak pernah berusaha sesungguhnya ke arah itu.. Masakan aku akan terpilih untuk menjadi insan-insan bertuah itu. Dayaku lemah sekali. Allah Maha Tahu betapa lemahnya imanku.. kau silap kalau kau mengukurku lain daripada itu.
Malam ke 28 sudahpun berlalu. Mungkinkah lailatul qadr itu sudah pun ditemui oleh mereka yang khusyuk dan ikhlas mencarinya? Tinggal satu malam sahaja lagi.. Hanya SATU. Dan madrasah Ramadhan kali ini akan pergi meninggalkan kita. Borang graduasiku masih belum terisi. Malu nak isi... (kalau dah isi, tak boleh scan dan share di sini..hhe). Tapi aku sangat berbesar hati kalau kalian sudi ambil dan print out untuk diisi. Mungkin ramadhan kali ini tak sempat. Tapi rasanya borang ni applicable juga untuk diisi sehari-harian. Sebab bukankah kita mahu jadi umat Islam yang cemerlang? Hari ini mesti lebih baik dari semalam! Yeay.. =)
Dan universiti Ramadhan akan menghasilkan umat Islam yang gemilang. Siapa? Aku, kamu, dia, mereka, dan kita semua! MEDAN pengumpulan tenaga keimanan ini tidak berakhir di situ, kita sendiri akan menggunakannya untuk menempuh 11 bulan yang berikutnya. Sebelum kita kembali lagi berkumpul di sana jika diizinkanNya. InsyaALLAH..
maaf, agak terlambat letak di sini. Kalian save je yea borang ni, tahun depan isi..tau
Dan di sini, mahu ambil kesempatan mohon maaf kepada semua. Maaf zahir dan batin. Tampak mahupun tersembunyi. Maafkan diri ini yang terlalu banyak kekurangannya. Maaf kerana menyakiti dan lain-lain lagi..huhh. Minta maaf semua.. Semoga kalian dirahmati ALLAH sentiasa. Moga kekal aman sentosa dalam redhaNya.. ameen.
"Ya Allah, terbitkanlah hilal kepada kami ini dengan keamanan dan iman dan selamat dan Islam. Tuhanku dan Tuhanmu iaitu ALLAH.. Semoga hilal ini menambah hidayah petunjuk dan kebaikan..."
a m e e n
andai umurku tidak sampai ke situ
sampaikan salamku pada
ayah dan ibuku
No comments:
Post a Comment
Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!