myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Tuesday, March 24, 2009

Ke manakah diri?


“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”


Bismillahi wakafa, kulayangkan sebaris bicara buat sahabat-sahabat.. Moga bait-bait ini dengan izin Allah sudi menyentuh hati-hati, menjemput kembali titisan permata yang lama terbeku untukNya. Moga membantu pelayaran insan-insan yang kadang kita rebah mengemudinya. Bicara ini bicara sayang, bicara kasih buat teman-teman yang kukasihi.. . Jua bicara hati untuk diri yang masih cuba mencecah kaki ke dalam tenang redha Tuhan. Moga langkah tak berpatah, moga selamat dan diselamatkan. Dengarkanlah, satu bicara berjudul Di Persinggahan.


Sekian lama hidup di kegelapan 

Teraba-raba tanpa tujuan

Akal dan budi seakan tak berfungsi

Ke manakah diri?


Apa diturut kehendak yang meronta

Menyeksa badan membakar jiwa

Syaitan dan nafsu meracun dalam diri


Renungkanlah ini..

Kita sekadar di persinggahan

Pasti kembali pada yang menciptakan

Ombak dan badai lumrah kehidupan insani

Jangan mengalah jangan berputus asa

Insaflah semua dari Nya jua


Jangan biarkan diri terkorban dengan dunia…


Pada Ilahi bantuan Nya menanti,

Iman dan takwa yang sejati,

Itulah bekalan diri….


Doa’ senjata mereka yang beriman

Tuhan pencipta Maha Penyayang

Mohon petunjuk mohonkanlah bantuan

Hanya pada Tuhan

 

Lagu ini boleh didownload
Klik pada tajuk di atas
Di Persinggahan
InsyaAllah
(^^)

Wednesday, March 18, 2009

U b a t HATI =)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum. Haih, pelik kan..jarang entri-entri blog ini dimulakan dengan Basmalah dan salam, tapi tiba-tiba hari ini tiada angin lintang, kalian disapa dengan nama Allah. Tak. Tak. Bukan itu yang pelik sepatutnya. Sepatutnya pelik, kenapalah si gerangan yang mengaku Muslim macam aku ini begitu kedekut sangat nak mulakan entri dengan nama Allah. Bukan rugi apa pun. Sangat-sangat tidak rugi lagi merugikan. Haish.. itulah. Mari betulkan yang biasa. Biasakan yang betul.


Hmm.. sebenarnya daku di sini ingin berkongsikan cara-cara mengubati hati yang 'sakit'. Jarang kita jumpa di farmasi atau iklan-iklan akhbar pasal ubat ni. Poster di tiang elektrik apatah lagi (yang ada nombor-nombor ah-long..haihh). 

Hmm.. UBAT ni bukan aku reka sendiri atau apa. Tiada siapapun reka. Cuma aku nak menyampaikan apa yang disampaikan oleh penyampai-penyampai lain. Hakikatnya, UBAT ni Allah yang turunkan buat kita. Cuma sama ada kita sedar atau tidak, ingin mengamalkan atau tak. Aish..ruginya. Bukan perlu bayar mahal-mahal pun. Sesen pun tak perlukan duit kita. Aisy, rugi-rugi. Ruginya....

"..Dan Kami turunkan dari al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (al-Quran itu) hanya menambahkan kerugian.." [17:82]


Ubat H A T I

1- Baca Quran dan maknanya (bacalah, jangan tinggalkan Quran walau sehari...)

2- Solat Malam (dirikanlah.. kita mula sedikit-sedikit..semoga suatu hari menjadi biasa)

3- Berkumpullah dengan orang soleh (insyaAllah, janganlah menolak untuk menghadirkan diri dalam kumpulan-kumpulan usrah dsbg. sebab mereka itulah supporting system kita)

4- Perbanyaklah berpuasa (hmm..mari, kita cuba amalkan puasa sunat..yang Isnin & Khamis ke..kalau susah, kita ajak kawan2 sama2)

5- Zikir Malam (berpanjanglah - hmm..yang ini kena melazimkan lidah kita dengan nama-nama Allah..ingat, hati hanya tenang tika dia mengingat Allah)



Hmm..sebenarnya ubat-ubat ini dilagukan oleh kumpulan Opick dalam Tombo Ati. Tak pernah dengar ke? Hmm, haah. Inipun baru kali kedua aku dengar. Dulu pernah dengar dekat radio IKIM waktu di KMB. Tak tahu pun siapa nyanyi time tu. Tapi memang suka dengar lagu tu walaupun pertama kali. Tapi itulah, hanya terdengar di radio. Lepas itu, terus dah tak dengar lagi.. sampai dekat sini, bila seorang teman saya datang ke rumah baru-baru ini, dia perkenalkan semula saya dengan lagu ni. Hmm, har!!! Baru saya tahu akhirnya siapakah dan apakah tajuk lagu tersebut. Heehee. Lama betul baru dapat tahu eh.

Tapi, aku memang sukalah lagu ni. Syorkan kalian turut mendengarnya. Best! Sambil-sambil hiburkan hati, dapat secebis peringatan...tentang cara-cara nak mengubat hati. Bukan kita tak tahu, hati kita hari-hari 'sakit'. Sakit berbuat dosa dan melihat dosa yang dibuat. Tak percaya, pernah tak kalian bila berbuat sesuatu itu terasa macam sebelah hati nak buat dan sebelah lagi kata tak nak buat. Pernah tak?? Contohnya lah, misal kata paling mudah, mendengar lagu-lagu yang entah apa-apa. Lagu-lagu yang kedengaran sedap di telinga, tapi jauh di sudut hati sebenarnya kita tahu lagu itu bukan untuk kita, bukan untuk orang-orang mukmin. Sebab memang bukan itu yang hati kita perlukan. Sebenarnya tika itu kita sedang berada di antara neraca nafsu dan iman. Betul-betul berdiri di tengah-tengah. Tinggal kita sahaja nak pilih nak menjatuhkan diri ke dalam jurang yang mana. Golongan mukmin atau yang mengikut hawa nafsu dunia. Waktu tu, baru kita boleh ukur tinggi rendahnya iman kita.

Dan sebab itu, kita perlu mengubat hati-hati kita. Supaya apabila tiba lagi keadaan-keadaan sedemikian rupa, hati kita akan lebih cenderung ke jalan yang diredhaiNya. Dengan izin Allah. Kita berusaha, pasti Allah tolong kita. Yakinlah.


"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, ALLAH berserta orang-orang yang berbuat baik." [al-Ankabut: 69]


Moga-moga ALLAH Taala mencukupi... =)



Juga peringatan ini untuk diri
Emo Comments For Hi5
Mujahadatun nafs (>_~)

Sunday, March 15, 2009

Aku, name tag dan..


Ini merupakan julung-julung tag yang saya terima sesudah 'name tag' yang kali terakhir diterima tika darjah 6 selaku penolong XX. (rindu sudah akan nametage, huhuh). Yang saya ingat seumur hidup saya, hanya ada 3 'name tag' yang pernah saya miliki. 

Pertama - name tage berwarna putih tulisan hitam berlogokan biru terang tabika perpaduan (biru kan lambang perpaduan ;) Saya masih simpan name tag ini sampai sekarang. Cumanya tak tahu di mana sudah terletak..hhu

Kedua - name tag berwarna biru gelap (blue black) dengan goresan nama berwarna putih yang diperoleh tika darjah 4-5. Hmm.. name tag ini sangat-sangat saya sayang dan suka (diulangi SANGAT-sangat). Mungkin kerana warnanya dan juga ciri-ciri pin nya yang lain dari pin biasa. (alah, pin yang lebih maju itu...) =p Saya cuba menyimpan name tag ini sebaiknya, namun hari demi hari, ianya semakin hilang dari pandangan. Tidak tahu sudah termasuk ke kotak mana...(agak sedih..sebab itu name tag kegemaran saya).

Ketiga - name tag berwarna merah terang bergoreskan nama saya juga berwarna putih yang diperoleh tika diri menuntut di Darjah 6 Cempaka. (eh, mungkin kut itu nama kelas saya..kalau tak silap. Hehee. Sebenarnya tak perlu letak nama pun takpe..sebab hanya ada 1 kelas Tahun 6 yang wujud di sekolah rendah saya. (Hakikatnya memang hanya ada satu kelas bagi setiap darjah...dari darjah 1 hingga 6 ------> ouh, betapa kecilnya sekolah saya). Name tag ini adalah name tag yang paling mengecewakan saya di antara ketiga-tiganya, hanya disebabkan warnanya merah dan bukan blue black seperti jangkaan awal saya. Huhhh. Apakan daya, diri terpaksa menerima dan terpaksa menyukakannya disebabkan terdapat satu nilai yang tidak terharga pada name tag terserbut. Akur dan juga pasrah. Name tag ini masih selamat dalam penyimpanan sampai sekarang dan kini ada disematkan pada 'love' kecil pemberian kak Faei dalam almari di Malaysia. InsyaAllah.. sayang juga pada name tag ini yea..(",)

Ini cuma secebis kenangan bersama tag-tag nama kecintaan. Namun, semenjak tahun 2000 tersebut saya tidak lagi menerima sebarang tanda nama yang seangkatan dengannya. Dan tidak mustahil hal ini meningkatkan lagi paras kecintaan saya pada hak milik lama. =)

Dan hari ini, sebaik sahaja pulang dari menjayakan program Dublin Race Challenge sempena 'cuti-cuti musim bunga' anjuran PPIMI tahun ini... adalah sesuatu yang di luar jangkaan saya untuk menerima tag daripada salah seorang adik dorm yang sudah lama terputus hubungan. Maka, deminya saya rela. Saya relakan diri untuk meng'pause'kan ketidaksabaran saya untuk melelapkan mata dan lena dalam 'kerehatan' yang saya harapkan dariNya.

Berikut merupakan tag saya yang PERTAMA iaitu...


Terima kasih Nurhiqmah Abdul Rani di atas award di atas.

Orang yang dapat award ini perlulah menceritakan 10 fakta mengenai beliau dan senaraikan 10 orang yang akan menerima award ini. Hantar komen di blog orang yang akan mendapat award ini supaya orang itu boleh mengambil award.


10 fakta tentang diri saya

Seperti hiqmah, juga tidak suka tabiat perokok dan kepulan2 asapnya

Tinggi daya imaginasi, ia bagus, tapi kadang-kadang saya rasa sangat berbahaya

Sukar memiliki graf semangat yang konsisten (graf saya boleh naik secara tiba-tiba, tapi juga boleh luput sesaat kemudiannya).. :(

Lazimnya sukar mempamerkan isi hati sebenar, mungkin tidak tahu cara, atau..entah, tak tahu mengapa

Gemar mendengar nasyid..juga sesetengah lagu yang anda tak pernah jangka

Kadang-kadang terasa penat untuk mengunyah..tapi keinginan tetap ada..haihh

Mungkin suka melukis, tapi tidak mewarna

Terkadang bersikap konservatif (mungkin selalunya)

Masih berharap 'membaca' menjadi salah satu hobi saya

Tidak akan melakukan sesuatu di bawah 'paksa'



10 orang yang seterusnya...

Seperti yang tertera pada fakta kesepuluh, maka saya tidak mahu meng'tag' sesiapa kerana saya tidak suka mengikut arahan yang bersifat paksa.

SEKIAN



Tak sangka diri masih ingat nama penuh adik dorm
harapnya betullah...hehee

Friday, March 6, 2009

Abai, Cuai atau Lalai?


Marilah kita belajar memahami tiga istilah ini
Tiga istilah itu ialah abai, cuai dan lalai

Ada orang mengabaikan agama,
ada orang mencuaikan agama,
ada orang lalai beragama

Apakah erti mengabaikan agama?
Mengabaikan agama tidak melaksanakan ibadah dan syariat
Tidak fikir halal dan haram
Tidak faham rukun iman, tidak faham rukun Islam,
tidak faham apakah itu ihsan
Sekalipun dia mengaku Islam,
dia tidak mempedulikan agama
Islamnya hanya keturunan,
mungkin ibu dan bapanya Islam
Atau mungkin juga dia tahu sedikit sebanyak mengenai Islam
Kerana pengaruh dunia dia tidak mengerjakannya
Itulah dia erti mengabaikan agama

Apakah erti cuai?
Cuai ini agak baik sedikit
Seseorang itu mengerjakan agama
tapi apabila sempat sahaja
Jika tidak sempat ditinggalkan sahaja
Atau waktu ada mood dibuat,
waktu tidak ada mood ditinggalkannya
Mungkin dikerjakan juga agama di waktu lapang,
tidak sibuk, di waktu sibuk atau sakit ditinggalkan pula
Ada orang di waktu senang dikerjakan
di waktu susah ditinggalkan
Termasuk cuai sebahagian ajaran Islam dikerjakan
dan sebahagian lagi ditinggalkan
Itulah dia erti cuai beragama

Apa erti lalai?
Erti lalai, syariat-syariat lahir semuanya dikerjakan
Orang ramai lihat dia beragama
dan taat orangnya dengan Tuhan
Tapi ibadahnya tidak dihayati,
bahkan setengah bacaan-bacaannya tidak pun difahami
Tidak difahami apakah tuntutan ayat-ayat
dan bacaannya yang diucapkan di dalam ibadahnya
Termasuk juga lalai, ibadah lahirnya
tidak boleh dipersoalkan, lengkap tidak diabaikan
Namun takut dengan Tuhan tidak ada
Begitu juga cintakan Tuhan tidak ada di dalam jiwanya
Rasa kehambaannya tidak ada di dalam perasaannya
Kerana tertipu dengan ibadah lahirnya
Tidak terasa lagi berdosa
Hatinya rasa selamat kerana ibadahnya
Adakalanya dia jadi sombong
dan megah dengan ibadahnya
Itulah dia di antara gambaran orang yang lalai
Orang yang beribadah begini, tidak ada nur di mukanya
Adakalanya orang boleh benci melihatnya
padahal dia ahli ibadah
Dia termasuk orang yang tertipu di dalam ibadahnya

Orang yang bertaqwa itu ialah tidak mengabaikan,
tidak cuai dan tidak lalai dengan agamanya
Ini orang yang selamat dan menyelamatkan dunia Akhirat



Bersama renungkan
siapakah kita?
mahukah 


Secebis Renungan...

Islamik Testimonial