myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Saturday, August 6, 2011

ahlan Ramadhan...



“Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa.”
– Surah Al Baqarah: 183


Ya Allah
tambahkanlah padaku kesabaran, kekhusyukan, dan ketenangan dalam mentaatiMu
dan dalam menempuh kehidupan di atas dunia ini...
dan tentukanlah kami dengan ketentuan-ketentuan yang terbaik
baik untuk agama kami, masa depan kami dan akhirat kami
amin Ya Allah...


Sunday, July 10, 2011

esok exam, mari berusaha. Tapi usaha tidak berbekas, tetap mengharap kurniaNya


Dengan nama ALLAH....

Begitu lama sudah jemari ini tidak menaip tentang kehidupan di sini.. Bercerita tentang pandangan-pandangan hati yang kecil..

Hari ini sy rasa teringin untuk menulis. Kerana sy merasakan Maha Baiknya Allah kepada sy. Nikmat-nikmatNya yang takkan terhitung oleh hambaNya.. Maha Baiknya Tuhan..subhanallah.

Melihat pemandangan melalui tingkap bilik kubus ini... terasa Baiknya Allah kepada sy, kerana mengurniakan pandangan mata yang cantik-cantik ini. Baiknya Dia sejak dulu hingga kini Dia mentakdirkan sy untuk berada di bilik yang mempunyai pemandangan alam yang indah-indah... Sy terfikir, boleh saja nasib sy mendapat rumah dan bilik yang latar luarnya bangunan perumahan lain. Yang tentunya kurang menjadi kegemaran sy. Tapi Dia Maha Baik, Dia aturkan agar sy kini menetap sementara di sini.. dengan pemandangan yang luar biasa indahnya. Betapa sy bersyukur dengan nikmatNya..... alhamdulillah. Segala puji bagi ALLAH..

Tak perlu sy keluar rumah untuk mencari nikmatNya lagi. Cukuplah dengan bilik sy di sini. Terlalu banyak nikmat kurniaanNya kepada sy.. . Barang-barang keperluan yang Dia cukupkan.. Barangan indah yang Dia kurniakan.. hingga sy rasa malunya sy sekiranya masih tidak bersyukur kepadaNya. Mengapalah diri ini masih lagi selalu melupakanNya. Melanggar laranganNya. Lalai dalam mentaatiNya.. .

Maha suci Allah yang membalas kebaikan lebih dari kadar amal yang dibuat. Jadikanlah kami hamba-hamba yang mensyukuri nikmatMu Ya Allah... Taubatkanlah kami.. dan tetapkan hati kami dalam agama yang Engkau redhai.. a m i n


Thursday, July 7, 2011

Sampaikanlah kepada para Wanita...


Menjadi solehah itu adalah idaman setiap hati sang hawa... Tetapi menjadi solehah itu memerlukan mujahadah, bukan? Mujahadah untuk mengalahkan nafsu. Mujahadah untuk berbuat baik. Mujahadah untuk melakukan perubahan. Mujahadah untuk tetap istiqamah dalam melakukan suatu perkara kebaikan..dan..dan lagi...

Hurm, benarlah, memang bukan mudah. Tapi ALLAH mengganjari setiap titis usaha yang kita lakukan. Biarlah mujahadah itu seringkali tersadung kalah. Tapi, jangan sekali berputus asa. Sekali pun tidak boleh berputus asa dengan rahmat Tuhan,
  1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
  3. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  4. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  5. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  6. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  7. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  8. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
  9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat..

Subhanallah, mulianya seorang wanita solehah itu....


Ya Tuhan kami..kuatkanlah kami dan limpahkanlah kami kasih sayangMu.. jadikanlah kami hamba-hambaMu yang taat dan takut kepadaMu...


Tuesday, June 14, 2011

Penumpang atas Dunia..




Kita adalah insan
penumpang atas dunia
Aku dengan caraku yang sederhana

Kita adalah
hamba
berbakti Pada Yang Esa
Aku mencari sinar keredhaanNYA..

Kita sama sahaja
bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku saling perlukan

Oh... cinta yang murni
sebagai ikatan
Yang kukuh di hati
Demi masa depan

Jangan dihancurkan hidup yang indah ini
Akibatnya merana...

Jangan hancurkan hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa

Insan : Rabbani



Friday, May 27, 2011

Kesakitan ini adalah Keperluan


Perempuan itu

perlukan lelaki untuk mengawalnya

Jika dibiarkan mengawal diri sendiri, rosaklah dunia

Perempuan itu

nafsunya harus diketuk

supaya tercabar...

agar tidak diturutkan sehingga nafsu menguasainya

Biarlah nafsunya selalu disakiti

Biarlah hatinya selalu pedih...

Itulah hadiah sebuah keselamatan

dari seorang suami kepada isterinya


Perempuan itu

sekiranya dibiarkan merasa hebat dan disanjung-sanjung

umpama hinanya seorang tukang masak yang diletakkan di kerusi raja


Tuhanlah yang menciptakannya

maka Tuhanlah yang tahu cara memuliakannya



kesakitan ini adalah
keputusan yang adil untuk sy
:'(


Sunday, May 22, 2011

Adalah aku...


2011,

Kini di pertengahannya. Apakah perasaan kala ini.. Punya perancangan? Punya haluan? Mungkin begitu banyak yang dirancang-rancangkan. Meneruskan kehidupan... tetapi sebentar, baru sedar diri ini terlupa akan kematian.

Rasanya seperti hidup akan pasti lama lagi. Seperti yakin esok tidak akan mati...

Lalu sampai bila baru mahu membuat persiapan untuk pulang kepadaNya...ouh.. Kalau dipanggil pulang sekarang, aku pasti takut menghadapMu. Kerana aku belum bersih dari dosa-dosaku..

Amal yang pernah juga mungkin sudah terpadam kerana dosa-dosa... apalagi yang aku ada?

Bagaimana kalau esok aku mati....


Hidup ini sungguh sarat dan penat. Dengan kerenah nafsu yang merosakkan kekuatan iman. .. Tuhan.. :'(



Melawan nafsu

telah aku lawan nafsuku setiap waktu

kucuba berkali-kali, ku gagal lagi..

aku tak putus asa

ku lawan lagi

namun aku tak mampu, ku kalah jua

Oh Tuhan bantulah aku, mudahkan aku

melawan nafsu ini yang merosakkanku

agar aku tak terhalang untuk menujuMu

tolonglah aku Tuhan

kasihanilah aku, jangan Engkau biarkan aku

Tuhan, bantulah aku...

kasihani aku jangan biarkanku

bantulah aku selalu

aku tak putus asa

ku tetap berjuang dengan mengharap bantuan dariMu


Kalaulah Engkau terus membiarkanku

ku akan berterusan ke lembah dosa

oh Tuhan nafsu dan syaitan sering mengganggu aku

setiap hari ia memusihi ku ketika kuingin mentaatiMu


Jangan biarkan aku keseorangan

menghadapi syaitan dan nafsuku

Aku ingin mentaatiMu ku ingin redhaMu

kalau Engkau biarkan aku, ku akan kecewa nanti..


Tuhan...

ku akan mencuba lagi melawan nafsu dengan bantuanMu

dan rahmatMu Tuhan


Di dalam sembahyang ini, kuharapkanMu

berikan padaku cinta dan takutkan Mu

sebagai penawarku dari nafsuku

bukankah itu janjiMu kepada hambaMu


oh Tuhan bantulah aku menghayati sembahyangku

agarku dapat merasakan kebesaranMu

hingga aku tak membesarkan selainMu

dengan rasa itu kuharap moga ku kan dapat melawan tipuan syaitan dan nafsuku


Tuhan...

dalam sembahyangku, bersihkan jiwaku lemahkan nafsuku

selamatkan diriku

suburkan rasa kehambaan

dan kekalkanlah rasa itu dalam seluruh kehidupanku


Tuhan, ku akan mencuba lagi...



yang selamanya aku cari

Sunday, May 8, 2011

tidak lama lagi...


Sy... tiba-tiba petang ini dilanda kebosanan. Tahukah? perasaan yang tiba-tiba datang... seperti menerpanya angin secara tak diduga. Hurm. Itulah...kehidupan yang ada ini adalah nikmat. Sesekali ditarikNya sedikit, di'kosong'kan persekitaran. Perkara-perkara yang ada seperti tiada. Walhal banyak perkara yang boleh dilakukan. Tapi, dengan kehendak Allah boleh tercetus perasaan 'bosan'. Bosan kerana tidak tahu hendak buat apa. Pelikkan? Semua dengan kehendak Allah..

Hm, maka..kerana kebosanan..sy cuba ingin mengisinya dengan membuka tirai blog yang sudah lama tidak berselak ini.. Huhu..sebenarnya sy rasa sy tidak layak lagi untuk menulis di sini. wallahua'lam.. Dia lebih Mengetahui apa yang di dalam hati...hurm

Sy tak tahu hendak kongsikan apa di sini. Sy cuba buka kitab Riadhus Salihin ini..tapi. Terasa tidak tahu hadith yang mana sesuai diambil kongsi bersama. Tapi, barisan kata-kata di penanda buku yang terselit di situ lebih menarik perhatian. Dan sy teriingin mengungkapnya di sini..


"wahai saudaraku,
jangan tunggu masa lapang untuk berjuang,
kerana kehidupan ini sememangnya tidak akan menyediakan kelapangan...
hidup ini dijadikan penuh dengan kesibukan,
maka orang yang menanti kelapangan untuk berjuang;
samada ia akhirnya tidak akan terjun ke medan juang atau hanya akan menempel di tepi medan.."


Sy tujukan khusus buat diri yang menaip. Sepertinya sy lah orang itu. Huhuu T T...


Abu Umamah r.a. bekata: Rasululullah s.a.w ditanya: "Doa waktu apakah yang lebih didengar oleh Tuhan (lebih mustajab)?" Jawab Nabi: "Di tengah malam, dan sesudah solat fardhu (lima waktu)
HR Attirmidzi



wahai diri jgn lalai berdoa
anda rajin klik ini :)

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial