myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Tuesday, February 8, 2011

Malam semalam


Akhir-akhir ini sy kurang sempat berfikir tentang... mimpi sy. Mungkin sebab kelas awal pagi setiap hari tidak menyempatkan sy untuk 'flashback' lama-lama tentang mimpi malam sebelumnya. Malah, selalunya (untuk semester ini) sy akan anggap sy tidak mimpi apa-apa. Tapi hari ini sy teringin untuk berfikir tentang mimpi semalam. Entah, seperti ada sesuatu yang menarik. Mungkin sesuatu yang tersirat? Hurm..

Yang penting sy bangun dengan perasaan, 'kenapa sy mimpi benda ni ya?'

Hhee.. mesti tak sabar nak tau kan apa bendanya. Hm, nak cerita tak nak, cerita ke tak..cerita. Oklah, memang nak diabadikan pun di sini. ^^

Sy mimpi tentang ayah, kakak, sebuah motorsikal dan mungkin... emak.

Sepertinya di sebuah kawasan pekan... ada kedai-kedai. Sy dan kakak berada di sebuah kedai. Kedai pakaian mungkin. Entah kenapa sy pun tak tahu kenapa sy di kedai tersebut agak lama. Sy rasa lebih lama dari kakak sy, mungkin dia pulang dahulu. Kemudian setelah sekian lama, (mungkin sampai petang) sy pun ingin pulang. Tapi sy hairan dan buntu melihat motorsikal yang sy parking tiada di tempat asalnya. Memang takde. Siapa yang alihkan? Macam mana boleh hilang? Cari di mana-mana, tak juga jumpa. Hai, buntu betul. Hihihi...

Dalam mati akal + hav no idea (bak kata orang puteh) tu... tiba-tiba muncul kakak sy yang tadi juga ayah (yang mana sy patut gubra sebab motorsikal sy hilang!) Tapi, yang sy teringat betul dalam mimpi tu.. Sy ternampak ayah sy macam tengah duduk (somewhere). Betul-betul sy tatap muka ayah sy. Tapi dalam hati boleh pulak macam tak percaya. 'Betulke ni ayah?' Oh, serius..anda juga mungkin patut tertanya, boleh pulak tertanya macam tu ek. huhu (mungkin lama sangat tak jumpa, tapi sy tahu sy tatap betul-betul. Tak tahu apa yang buatkan sy macam tak percaya).

Sy fikir ayah sampai muncul mungkin sebab sy tak balik-balik lagi. Tapi disebabkan kemunculan yang tidak ribut seperti ekspektasi maka sy teruskan kesibukan sy mencari motorsikal yang pelik hilang. Sambil itu terdengar-dengar juga kakak sy bercakap-cakap dengan ayah sy di belakang. Baik-baik sahaja semuanya.. Entah, suasana tenang yang menimbulkan tanda tanya di hati sy. Kami terus sahaja berjalan-jalan di situ (mungkin) mencari motorsikal yang hilang. Macam kawasan yang tepi laut. Cari-cari dan terus cari tapi tak jumpa.. mimpi hilang macam tu sahaja. Mungkin sy terjaga.

Eh, watak emak sy. Sy tak pasti beliau muncul di mana. Mungkin sekali dengan ayah sy. Hehe. Undetectable.

Tapi, benarlah sy terjaga dengan tanda tanya. Hairan, pelik, dan sedikit kagum. Tentang suasananya. Hrm.. mungkin anda faham maksud sy. Kalau tak faham, buat-buatlah faham. Hhee.

Mungkin persoalan utama : sy jarang mimpi tentang ayah, kenapa tiba-tiba semalam wajahnya muncul. Sy maksudkan memang betul-betul wajah. Sedang watak-watak lain sekadar pasti tapi bukan pasti pada wajah. Dan tentang motorsikal tu, mungkin bawaan dari perbualan dengan kakak sy hari sebelum-sebelumnya.

Hmm..

tapi sy juga mimpi sesuatu yang sedikit menakutkan rakan sebilik sy. Hihi. Maaf roomate. Sy juga tidak pasti mimpi apa yang memerlukan sy untuk membaca surah-surah dan ayatul Qursi tersebut.



mimpi oh mimpi!
semoga ia petanda yang baik
amin =)


2 comments:

  1. Suasana apakah ketika itu??

    -ingin tahu-

    ReplyDelete
  2. suasana di mana tiada pula org marah ketika motor itu hilang.. hhee

    ReplyDelete

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial