myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Thursday, February 17, 2011

black black heart



Pengalaman silam
mengajar erti hidup
amat payah untuk diharungi
mengapa masih ada...
di antara kita, persengketaan


"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa," 43:67


"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kamu kepada Allah agar kamu mendapat rahmat." 49:10




Why are you so sad
And why is it so bad
When some one leaves you behind

Won't you ever know
Don't you realize
It's just a part of life
When you fall in love
With some one some time
It's smile with a broken heart

Oh falling in love
With Allah....

The bonds of love survive
No mountain too high when there's way
Come to Allah you'll never fail
The truth's so close it shall prevail

Allah, we belong to You
And everything we do
We do it all for You
Allah, always by our side
Guiding us to the light
Everything shines bright
No matter day or night


Hidup memang selalu tidak seperti yang dijangkakan. Jauh sekali dari yang diangan-angankan. Kerana manusia tidak sempurna. Sudah tentu faham. Dan diterima.

Tapi...setiap kali berlaku, ia menguji juga T T

Sy tidak pandai berkata-kata... Tak selalu mampu melontar apa yang difikir dan dirasa. Tapi tidak jua mampu menahan dan menyimpan segalanya. Sampai saatnya sy akan berjaya juga mendemonstrasikan rasa hati dalam terpaksa. Tapi saat itu mungkin sahaja anda tidak bisa menerima. Anda fikir sy tidak rasional begitu.

Tidak. Mungkin anda benar. Anda tidak mungkin salah. Sememangnya kalau boleh sy juga tidak suka melontar begitu. Tapi sy terpaksa..

Saatnya suasana sekitar menjadikan sy orang yang berjaya menghiris hati lawan tiba juga.

Adakah anda fikir sy suka?

Sy lebih gembira dan berharap ia tidak pernah harus berlaku. Sy tidak berharap pernah wujud sengketa antara kita. Tapi hari-hari sebegitu kerap dan semakin kerap menjengah kehidupan ini. Dan sy juga bukan orang yang mulia. Mampu menghadapi setiapnya dengan kesabaran dan senyuman.

Sekalipun sy mampu bertahan dan menyimpan seorang buat sementara, bila terkumpul-kumpul maka akan berhasil juga ia merubah riak pada wajah dan segala-gala yang terkait dengannya. Terjadilah suasana.

Dan kadang-kadang sy mengharap di dalam hati akan ada juga seorang dari jutaan di dunia, agar sedikit yang tersimpan itu bisa dihilangkan. Tapi sy tahu mana mungkin boleh ia hilang tanpa diceritakan. Tapi bagaimana jika ia sesuatu yang tidak patut diceritakan? Kerana sy tidak mahu...hanya kerana fikiran sy, akan tercalar imej mereka-mereka yang dia kenali.

Fikiran sy belum tentu betul. Kerana setiap yang berlaku pasti sebahagiannya, salah silapnya juga kelemahan sy. Tanpa kelemahan sy, mana mungkin itu akan terjadi. Sy tahu, sy pasti itu.

Tapi tetap episod-episod yang mencelah kehidupan itu membuat hari-hari sy tidak gembira. Meski sy selalu berpura-pura tentangnya.


Dan adakah anda fikir situasi ini bisa sahaja menimbulkan konflik yang ketiga? Sy minta maaf, saat sy mengatakan sesuatu itu, sy benar-benar maksudkannya. Mungkin saja anda juga berfikiran sy tidak rasional berpandangan begitu. Tetapi sy sangat berharap anda faham dan mengubahnya. Cuma itu harapan sy. Sy tidak akan mengutarakan hanya kerana perasaan yang sekali. Cuma mungkin dalam situasi yang di atas ini, sy begitu lemah untuk menyimpan lagi yang itu seperti selalu.

Maaf, mesej sy tetap tidak sampai kepada anda pada hari itu.

Dan sy tidak mampu menerangkan dengan lebih untuk jiwa yang tidak sama rasanya dengan sy. Lebih-lebih dengan kelemahan komunikasi terang-terangan yang sy sedia ada. Sy cuma berasa anda tidak mungkin faham. Dan mungkin sekarang juga anda masih tidak faham... sy masih belum rasional, bukan? Pertimbangan sy atas dasar emosi semata.

Tentu sekali kamu tidak akan punya pertimbangan yang sama dengan sy. Kerana kamu kekurangan emosi itu. Sebaliknya yang cuba kamu lakukan adalah menyamakan perasaan kamu dengan perasaan sy. Gaya kamu rasional. Tapi adakah kamu fikir itu adil?



letakkan diri ke tempat orang lain
rasai segala perasaan yang tidak dipinta
dan cuba minta orang lain supaya fahaminya

dn sy akan kata kamu tidak wajar, terlalu mengikut perasaan!

Wednesday, February 16, 2011

Salam ya Rasulullah...


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

al-jannatu wa na 'imuha sa'dun liman yu solli wayusallim.. wayusallim wayubarik 'alaih...

Mari kita bercerita tentang nabi kita.iaitu Rasullullah SAW, penyelamat manusia dunia Akhirat. Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya. Mungkin kita ceritakn di sudut2 lain yang belum diceritakan lagi. Kalaupun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa. Supaya yang lupa di ingat kembali. Bertambah ingat lagi. Nabi Muhammad orang luar biasa yang tiada taranya. Sebelum dan sesudahnya di kalangan manusia. Sekalipun di kalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita. Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia...

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya. Di kalangan manusia sebelum dan sesudahnya. Maka dia diberi julukan oleh tuhan 'fathonah'. Bahkan yang paling fathonah di kalangan rasul-rasulnya. Ilmunya bukan didapati dari akalnya. Walaupun dia orang yang paling tajam akalnya. Dia mendapat ilmu dijatuhkan tuhan di dalam hatinya. Wahyu namanya,dia belajar langsung dari tuhannya. Kerana inilah dia tidak perlu menulis. Dan membaca seperti manusia biasa. Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa. Kalau dari akal mungkin dilupakannya. Ilmunya menceritakn dunia dan akhirat..

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Tawakalnya luar biasa. Sebab itulah di malamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya.Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya. Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup,tuhan merezekikannya. Dia tidak membunuh orang. Walaupun sesetengah waktu dia harus membunuhnya. Tetapi dia tidak membunuhnya. Dan mengambil jalan yang utama, iaitu memaafkannya. Kerana itu orang itu islam di tangannya. Beraninya luar biasa tiada tandingannya. Dia sanggup lalu di hadapan musuhnya seorang diri. Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga.

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Kasih sayangnya sangat ketara.Terutama kepada fakir miskin,anak-anak yatim dan janda-janda. Orang yang bersalah dimaafkannya. Sekalipun orang itu tidak memintanya. Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuhannya. Dia membuka bajunya utk disebat. Sebagai pengganti hamba sahaya, Tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya. Lalu memerdekakannya. Pernah rasulallah membeli hamba sahaya dan memerdekakannya. Pemurahnya tidak ada taranya. Macam angin kencang lajunya. Tiada siapa boleh menandinginya. Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta. Sekalipun terpaksa berhutang buat sementara.

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Kalau ada orang mengata dan menghinanya. Dia diam sahaja,tidak menjawabnya. Gembiranya tidak ketawa,hanya senyum sahaja. Cuma ketaranya pada mukanya. Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya. Sekalipun musuhnya. Rasulallah makannya sedikit,sekadar mengalas perutnya. Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar. Paling tidak dia makan berdua. Tapi kalau dia tidak suka sesetengah jenis makanan,dia tidak pula mencercanya. Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya. Sehingga orang tidak tahu marahnya. Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia. Sebab itu dia sanggup makan dengan orang berkudis-kudis badannya.

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Sabarnya luar biasa. Tentang ujian yang tuhan timpakan kepadanya berbagai-bagai bentuknya. Dia redha.Lantaran itu tuhan beri dia gelaran 'ulul azmi' dikalangan rasul-rasul. Ditangannya lahirlah murid-murid yang luar biasa. Diberi gelaran sahabat namanya. Ratusan ribu banyaknya,lebih seratus ribu bilangannya. Ini tidak pernah berlaku di kalangan rasul-rasul sebelumnya. Semua sahabat-sahabatnya masuk syurga. Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh tuhannya. Kerana menjadi sahabat Rasulallah. Sahabat-sahabatnya laksana bintang-bintang di langit. Rasul adalah bulan purnama.

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur. Menunjukkan hatinya sentiasa jaga. Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhuknya. Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya. Sekalipun orang itu kafir. Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya. Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk tuhan. Sekalipun binatang yang melata.. Begitu juga tidak pernah melakukan kesalahan. Sekalipun menyalahi utama.. Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukkannya. Dia orang paling pemalu.. Malunya kalah anak dara yang paling pemalu.. Sebab itu seumur hidupnya tidak pernah melihat kemaluannya dan kemaluan isterinya. Kalau dia lalu, tidak dibenarkan perempuan di hadapannya.

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Ibadahnya banyak, terutama di waktu malam. Hingga bengkak2 kakinya. Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga. Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya.. Tetapi dibuat dengan sukarela. Kerana mencari redha tuhannya. Dia sebaik-baik suami. Tidak mampu orang lain membuatnya.

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya. Satu cerita yang menyayat hati.. Seorang buta yang benci kepadanya. Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya. Hingga sampai waktu wafatnya. Diganti oleh Saiyidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya.. Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya.. Kamu ini siapa? Saidina Abu Bakar berkata, "Saya Abu Bakar, pengganti rasul berkhidmat kepada kamu, yang Rasul itu sudah wafat". Si buta itu terkejut. Rupanya yang berkhidmat kepadanya orang yang paling dibenci.. Kerana terkejutnya menjadikan dia mati.. Tapi sempat dia mengucap 2 kalimah syahadah. Islamlah dia..

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Kalau dia bersahabat atau berkawan. Mengutamakan kawannya. Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya. Setiap orang yang bergaul berpuas hati dengannya. Setiap orang merasa dia dihormatinya. Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya. Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita. Supaya lebih terperinci lagi. Cerita dan beritanya. Dia manusia luar biasa kekasih tuhannya. Agar lebih nampak dia manusia istimewa. Dia tidak akan makan sebelum lapar... Dia akan berhenti sebelum kenyang. Tidak macam manusia biasa. Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya. Kalau dia suka kerana tuhannya. Kalau dia marah pun kerana tuhannya. Bukan kerana peribadinya...

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Dia wafat boleh dikatakan tidak meninggalkan harta. Dia tidak meninggalkan sembahyang berjemaah. Kecuali sekali sahaja dalam hidupnya. Iaitu ketika sakit hingga membawa kepada wafatnya... Makan minumnya bukan diusahakannya. Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya. Tapi pengikutnya disuruh berusaha..Terutama yang ada keluarga.. Dia tidak menerima upah..Lebih-lebih lagi lagi meminta upah. Kerana usaha perjuangannya.. Tapi ulama' hari ini memakan upah. Dari usaha dakwahnya. Seperti yang dibuat oleh ulama'2 yang cinta dunia.. Bahkan ada ulama' yang meminta upah dari dakwah dan pengajiannya...

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Takut dengan tuhan ketara di mukanya.. dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya. Hartanya diserahkan habis kepada Rasul. Tetapi nabi korbankan harta itu semuanya. Dan nabi kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan. Kalau dia dirumah sebaik-baik bapa. Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami. Kalau baginda memimpin sebaik-baik pemimpin..

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Kalau dia bercakap lantang suaranya. Tegang urat marihnya. Kesan dia bercakap bak mutiara. Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya. Kalau dia berucap atau berpidato, tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya. Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya..Tidak seperti ulama'-ulama hari ini. Kalau mereka bercakap, gelak ketawa orang yang mendengarnya..Kerana yang dicakap itu dari lidahnya, bukan dari hatinya.. Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak meleret..tidak seperti kebanyakan manusia. Dia bercakap pendek sahaja. Tapi terhimpun pelbagai ilmu didalamnya..

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Dikatakan oleh hadis 'jawa miul kalim'.. Kata-kata sangat singkat tapi padat. Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas. Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa. Tidak seperti orang lain, bercakap berjela-jela, isinya tiada. Masa terbuang cakapnya tidak mengetarkan jiwa. Kita sambung lagi tentang cerita nabi kita. Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa. Juga tidak akan bercakap sia-sia..Sekalipun tidak berdosa..

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Kalau dia ketawa tidak berbunyi. Insafnya dapat dilihat di mukanya..Takutnya kepada tuhan di mukanya ketara. Dia melahirkan kegembiraan bila kawan-kawannya gembira.. Dia melahirkan kesedihan di atas kesedihan kawan-kawannya. Rasullullah mudah menangis. Kerana takutkan tuhannya. Rasullullah tahu tuhan amat kasih kepadanya. Akhlaknya sangat agung. Tuhan memujinya. Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa di kalangan manusia. Sebelum dan sesudahnya..

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang tuhan kata terhadap dirinya..Tuhan berkata 'akhlaknya sungguh agung'..tiada siapa boleh menandinginya. Tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa hamba. Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan tuhannya. Rasa kehambaan sentiasa di dalam hatinya. Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya. Soal tuhan memujinya itu hak tuhannya. Tapi dia tetap merasa hamba kepada tuhannya. Tawadhuk dengan tuhannya sentiasa ada. Sangat ketara di dalam hidupnya..

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Dia berpakaian jubah dan serban. Warna yang dia suka kebanyakkannya putih dan hijau. Warna lain ada juga yang dipakainya. Tapi sekali sekala. Masakan yang dia suka, susu dan tamar. Daging sebagai lauknya. Itulah penguat badannya..Demikianlah secara ringkas..Yang global tentang cerita nabi kita..Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya..

*berdoa yang maksudnya*
" Ya Allah,harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar dari selawat dan salam.Ya Allah,sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya."

Di dalam sejarah nabi kita ada dicerita.. Mukjizat banyak berlaku di tangannya. Yang lahir dan yang batin. Yang besar ialah Al-quran dan Al-hadis..Yang kekal hingga akhir zaman. Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia. Demi keselamatan manusia dunia dan akhiratnya. Tetapi apa yang disebutkan itu sudah memadai. Bagi orang yang tiada masa mengkajinya....


Ya Allah,
masukkanlah nur muhammad ke dalam hatiku

Friday, February 11, 2011

Masna


al kisah di sebuah pasar yang dinampakan pasar Saiyidina Hussin. Suasana kehidupan masyarakat Kaherah jelas terpapar. Hiruk pikuk penjual dan pembeli. Sepanjang-panjang jalan Saiyidina Hussin itu. Penuh dengan pelbagai ragam penjual-penjual Arab. Yang menawar, melelong, cubaan-cubaan melariskan barangan masing-masing. Tidak kurang juga ada yang sekadar bertenteram di dalam kedainya menanti pelanggan yang sudi menjenguk.

"Bikam da?" (harganya berapa?) terpaksa buat intro ala-ala kita faham Arab, sebab kalau kita terus berbahasa Inggeris, akan awal-awal diletak harga tinggi melangit.

"asyar."

"khomsah?"

"bla..bla..bla..". bila tawar menawar sudah bermula, terpaksa lah guna bahasa Inggeris bercampur harga dalam bahasa Arab. Hhe. Memang payah nak berjual beli dengan orang-orang Arab ni. Hai..macam-macam ragam. Boleh jadi kita pembeli yang tension atau sama-samalah kita tension. Faktornya budaya yang berbeza. Pembeli boleh merasa pressure di bawah persetujuan Pak Cik Arab yang seperti tak sabar-sabar menyuruh kita membeli barangannya. Kalau boleh semua dia nak suruh kita beli. Nak memilih pun tak ada masa. Haih..

Tapi kebiasaannya, sebelum mula sesi tawar menawar. Sebaik sahaja mendengar perkataan Arab keluar mulut sy, mereka akan bertanya.

"Can you speak Arabic?" tentulah.. dari segi pakaian sudah tahu orang luar.

"qalil.. just a little bit." marilah menjawab dengan jujur. Huhu. Tapi, sekurang-kurangnya dia akan lebih bermurah hati menjual dengan harga Egyptian. (selalunya di kata begitu.. wallahua'lam).

Adalah sedikit-sedikit perbualan. Soalan tipikal, dari negara mana, belajarkah di sini etc.
Selalu mereka akan bertanya 'kamu belajar di university Azhar? Selalunya dalam bahasa Arab.

Terpaksa jawab.

"La'.. la'. liziarah". we study in ireland. we come here for ziarah."


Kadang-kadang perbualan berlanjutan. Ada juga beberapa kali mereka bertanya.

"Apa nama kamu?" (dalam bahasa Inggeris)

"Maznah."

"Masna?" soalan diajukan sekali lagi.

"Maznah.." jawapan diulang. Memang selalu terpaksa diulang kalau ditanya.

"Masna, wa thulasa wa rubaa'..." sambung penjual itu lagi. Sambil tersenyum. Walaupun tidak begitu bahasa Arab pasar, tapi sy faham dia sedang bergurau. Sepertinya macam faham ayat itu, tapi kurang pasti.

"Masna maksudnya dua," terang penjual tersebut sambil terus tersenyum. Oho.. faham-faham. Kita pun sekadar senyum tanda faham sahaja. Nak balas, tak dapat.

Tapi sudah dua, tiga kali juga penjual yang bertanyakan nama sy akan juga bergurau dengan ayat yang sama. Sy fikir, mungkin bilangan satu, dua dan tiga. Tak tahu apa istimewanya. Sekadar bahasa Arab Pasar mungkin. Maznah kedengaran seperti masna..

Tapi malam tadi, sebaik sahaja sesi tadabbur surah Fatir bermula, bilamana sahaja ayat pertama dari surah itu dialunkan, sy tertarik dengan sesuatu.

Ayat itu! Subhanallah. Ada dalam al-Quran rupa-rupanya. "...masna, wa thulaasa wa rubaa'."

"Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: Dua, tiga dan empat; Dia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

[surah Fathir : 1]

Tak sangka pula yang disebut penjual-penjual Arab tersebut adalah sebahagian dari ayat al-Quran. Menariknya! subhanallah.. Bacaan diteruskan dari ayat 1-18. Subhanallah, memang banyak sangat ayat-ayat yang menarik hati. Kalau-kalau pembaca ada masa, boleh selak-selak. Best! Tak reti lah nak dikongsikan di sini. Bukan orang yang arif apatah lagi layak. Tapi insyaAllah, besar manfaatnya, cubalah baca nanti ya.

Seronok tadabbur surah Fathir malam tadi ^^


ini je lah ceritanya
tak pandai nak cerita..huhu
mzb

Tuesday, February 8, 2011

Malam semalam


Akhir-akhir ini sy kurang sempat berfikir tentang... mimpi sy. Mungkin sebab kelas awal pagi setiap hari tidak menyempatkan sy untuk 'flashback' lama-lama tentang mimpi malam sebelumnya. Malah, selalunya (untuk semester ini) sy akan anggap sy tidak mimpi apa-apa. Tapi hari ini sy teringin untuk berfikir tentang mimpi semalam. Entah, seperti ada sesuatu yang menarik. Mungkin sesuatu yang tersirat? Hurm..

Yang penting sy bangun dengan perasaan, 'kenapa sy mimpi benda ni ya?'

Hhee.. mesti tak sabar nak tau kan apa bendanya. Hm, nak cerita tak nak, cerita ke tak..cerita. Oklah, memang nak diabadikan pun di sini. ^^

Sy mimpi tentang ayah, kakak, sebuah motorsikal dan mungkin... emak.

Sepertinya di sebuah kawasan pekan... ada kedai-kedai. Sy dan kakak berada di sebuah kedai. Kedai pakaian mungkin. Entah kenapa sy pun tak tahu kenapa sy di kedai tersebut agak lama. Sy rasa lebih lama dari kakak sy, mungkin dia pulang dahulu. Kemudian setelah sekian lama, (mungkin sampai petang) sy pun ingin pulang. Tapi sy hairan dan buntu melihat motorsikal yang sy parking tiada di tempat asalnya. Memang takde. Siapa yang alihkan? Macam mana boleh hilang? Cari di mana-mana, tak juga jumpa. Hai, buntu betul. Hihihi...

Dalam mati akal + hav no idea (bak kata orang puteh) tu... tiba-tiba muncul kakak sy yang tadi juga ayah (yang mana sy patut gubra sebab motorsikal sy hilang!) Tapi, yang sy teringat betul dalam mimpi tu.. Sy ternampak ayah sy macam tengah duduk (somewhere). Betul-betul sy tatap muka ayah sy. Tapi dalam hati boleh pulak macam tak percaya. 'Betulke ni ayah?' Oh, serius..anda juga mungkin patut tertanya, boleh pulak tertanya macam tu ek. huhu (mungkin lama sangat tak jumpa, tapi sy tahu sy tatap betul-betul. Tak tahu apa yang buatkan sy macam tak percaya).

Sy fikir ayah sampai muncul mungkin sebab sy tak balik-balik lagi. Tapi disebabkan kemunculan yang tidak ribut seperti ekspektasi maka sy teruskan kesibukan sy mencari motorsikal yang pelik hilang. Sambil itu terdengar-dengar juga kakak sy bercakap-cakap dengan ayah sy di belakang. Baik-baik sahaja semuanya.. Entah, suasana tenang yang menimbulkan tanda tanya di hati sy. Kami terus sahaja berjalan-jalan di situ (mungkin) mencari motorsikal yang hilang. Macam kawasan yang tepi laut. Cari-cari dan terus cari tapi tak jumpa.. mimpi hilang macam tu sahaja. Mungkin sy terjaga.

Eh, watak emak sy. Sy tak pasti beliau muncul di mana. Mungkin sekali dengan ayah sy. Hehe. Undetectable.

Tapi, benarlah sy terjaga dengan tanda tanya. Hairan, pelik, dan sedikit kagum. Tentang suasananya. Hrm.. mungkin anda faham maksud sy. Kalau tak faham, buat-buatlah faham. Hhee.

Mungkin persoalan utama : sy jarang mimpi tentang ayah, kenapa tiba-tiba semalam wajahnya muncul. Sy maksudkan memang betul-betul wajah. Sedang watak-watak lain sekadar pasti tapi bukan pasti pada wajah. Dan tentang motorsikal tu, mungkin bawaan dari perbualan dengan kakak sy hari sebelum-sebelumnya.

Hmm..

tapi sy juga mimpi sesuatu yang sedikit menakutkan rakan sebilik sy. Hihi. Maaf roomate. Sy juga tidak pasti mimpi apa yang memerlukan sy untuk membaca surah-surah dan ayatul Qursi tersebut.



mimpi oh mimpi!
semoga ia petanda yang baik
amin =)


Saturday, February 5, 2011

Damai BersamaMu










Aku..Termenung Di BawahMentari
Di Antara Megahnya Alam Ini
Menikmati Indahnya KasihMu
Kurasakan Damainya Hatiku

SabdaMu Bagai Air Yang Mengalir
Basahi Panas Terik Di Hatiku
Menerangi Semua Jalanku
Kurasakan Tenteramnya Hatiku

Jangan Biarkan Damai Ini Pergi
Jangan Biarkan Semuanya Berlalu
Hanya PadaMu Tuhan Tempatku Berteduh
Dari Semua Kepalsuan Dunia


Bila Ku Jauh Dari DiriMu, akan kutempuh semua perjalanan...
Agar Selalu Ada DekatMu
Biar Kurasakan Lembutnya KasihMu

Tuesday, February 1, 2011

sakit dan nikmat, semua nikmat =)


Alhamdulillah. baru sahaja habis makan maggie kari letup yang dibubuh kiub tomyam + telur + sayur campur. Hehee. Nikmat...nikmat.. huhu. Sekian lama sejak hari tu berangan nak makan maggie.. tapi baru hari ini menjadi kenyataan. Terima kasih Tuhan :)

Hmm.. bila takde orang masak lauk dan nasi.. baru boleh makan maggie kan. Kalau dulu-dulu..angan-angan je jadinya sebab kena makan nasi. Takkan nak telan banyak2, dah nasi, maggie pulak. Best! Masih ada macam banyak je lagi stok maggie ni. Kena habiskan sebelum pulang ke Malaysia ni! (tiba-tiba terasa..kalau makan semua tu dalam masa minggu-minggu terakhir ni, macam melahirkan insan yang kurang sihat jer..huhu) -.-'

Hmm! Sebenarnya pagi tadi bangun pagi terasa amat-amat penat sangat. Sketttttttttt je lagi boleh ikut 'setan' supaya tak pergi kelas pagi ni. Ouh, serius penat. Bila fikir akan berjalan kaki 40minit pergi dan 40minit pulang hanya untuk kelas yang 45minit... goyah segala semangat. Mujur ada orang message (housemate je pun..hhi) supaya sy buang sampah dalam tandas sebelum lori Panda datang kutip sampah. Rasanya kalau tak berbunyi handphone tu macam takde gaya orang akan kejut bangun je. Orang yang tidur sebelah sy malam tadi dah bersiap cantik...kita je elok bawah duvet. Dengan baju-baju wangi segumpal atas duvet kat hujung kaki yang xsempat nak dilipat malam tadi. Syahid terusssss. Serius badan penaaaaaaaaaaaaat sangat lah.. T T

Mujur, masih ternampak nikmat berjalan-jalan ke UCD di pagi hari.. kalau gerak awal, boleh buat sesi persiaran..insyaAllah boleh hilangkan penat tak habis ni. Hhi. Terima kasih Tuhan kerana memberi sy kekuatan untuk bangun dan bersiap dalam 10minit terus hayun kaki sorang-sorang..

Malam tadi sampai rumah selepas pukul 1200 tengah malam. Petang semalam, habis workshop pulang kerumah. Lepas Zuhur dan alas perut, sy bergerak ke city centre... mencari hadiah untuk orang dan seterusnya pergi ke rumah seorang kawan di Merrion. Ada majlis farewell gadis-gadis PMC dan tukar-tukar hadiah di sana. Hehee. So majlis start lambat sebab ramai datang lewat.. Pukul 11 lebih, disebabkan kami dah berazam tak nak stay overnight, bergegas melarikan diri ke jalan raya dengan harapan ada bas. Tapi jalan lengang, tak nampak tanda-tanda bas akan muncul. Jadi, kami menapak lebih ke depan ke jalan yang lebih besar lintas segala termasuk Hospital Vincent. Jauh ok! Semua gara-gara nak kejar bas terakhir yang belum tentu ada.

Sakit tapak kaki ni walkathon dalam kasut B.U.M. yang kurang indah khabar dari rupa. Huhu.. Kasut buruk Clark sy juga yang masih berwibawa. Biarpun telah ke Tursina menapak segala macam batu di sana. Kekal anggun di mata sy. Hhee.

Hmm. so malam tadi lepas dapat bas dekat jalan besar menuju arah stillorgan tu. Sampai sana, dengan dukacitanya menatap jadual bas 75 yang dah tamat servis awal. Pukul 11 bas terakhir dia yang akan lalu situ buat kali terakhirnya jam 1120pm. Sekarang, hanya dua pilihan. Pulang jalan kaki atau naik taxi. Taraa... kawan sy sanggup naik taxi. Terpaksa la korek segala cash yang ada.. seluk semua poket baju. Huhu..memang mahal naik taxi. Sampai juga ke rumah walau sudah lewat malam. Kutip baju dari laundry, syahid!

Oh yea... sy dapat sekotak coklat sedap malam tadi sebagai tukaran hadiah. ^^


share gambar je lah dengan kamu ^^

byk benda lain nak cerita
tp penat je dah satu cerita
=p

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial