myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Friday, November 12, 2010

seribu tahun dan sejuta langkah


153pm - bersama latar suasana luar kaca tingkap bilik yang nampaknya baik-baik sahaja. Ketenangan alam yang biasa. Awan yang bergerak perlahan. Dahan pokok-pokok yang kini tinggal ranting, bergerak sekali sekala, tanda kehadiran udara laju. Cerobong asap rumah nun di sana juga berkepul-kepul mengeluarkan asapnya. Sesekali ada yang terbang melayang...

Hurm, hari ini 'hari baru' untuk semua orang... selepas berakhirnya mimpi-mimpi exam midterm yang selalu membuatkn tidur tidak lena. Perlu rehat tapi tak mampu demikian. Itulah antara kenikmatan hidup yang Tuhan izinkan untuk diri ini merasa. Bezanya tidur 8jam terus menerus dan tidur dalam semalaman bangun entah mungkin mencecah 10kali, tetapi lemah dan tak mampu dengan semangat yang sedikit untuk bangkit ke meja studi. Betapa suasana itu berjaya mengejut malam-malamku sebanyak itu. Tapi hakikatnya diri masih belum mampu...

Alhamdulillah, kami menerima 'hari baru' pada hari ini... Semua rakan-rakan serumah sudah bertebaran ke sana sini dengan agenda masing-masing. Ada yang ke taman rimba... ada yang mungkin memenuhi keperluan peribadi... ada yang ke city. Cuma aku, tinggal seorang di sini. Ingin sahaja hati ikut bersama untuk menjejak taman Powerscott itu.. buat pertama dan terakhir kali. Tapi, mungkin lebih memerlukan rehat di rumah ini. Biarlah, untuk hari ini. Sy sedang mencari kehidupan sy yang tersendiri. Kemampuan sy dan mereka tidak sama mungkin.. .

Kita memang berbeza. Tuhan menciptakan kita masing-masing berbeza. Kita punya kelemahan dan kelebihan masing-masing yang berbeza. Cuma, apakah kita pandai menerima pemberianNya dan bijak menggunakanNya..

Itulah, masih mencuba untuk belajar menerima pemberian Tuhan ini dengan sebaik-baiknya. Semua yang Dia berikan adalah yang terbaik untuk diri kita. Semua, semua dan SEMUA.

Baik perasaan yang berubah-ubah, mood yang bertukar ganti, kejayaan, kegagalan... Susah, senang, sakit, sihat dan apa-apa yang muncul dalam kehidupan kita ini sebenarnya semua adalah nikmat Allah. Kalau kita pandai menerima, segalanya akan terasa seperti nikmat, kan. Hurm...

Masih belajar untuk menerima SEMUA dariNya...='(



tiap saat
ketikaku

2 comments:

  1. Wahai tuhan,permudahkanlah kami..Ampunilah kami atas dosa-dosa yang lalu..Tiada tuhan yang disembah melainkan Engkau, maha suci Engkau dan aku tergolong dalam golongan orang2 yang zalim..

    Selamatkanlah kami A

    ReplyDelete

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial