myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Tuesday, December 1, 2009

sepi Eid



a l h a m d u l i l l a h

akhirnya merasa korban lembu ireland


this cute little 'lady'..
her name is...sarah i think (maaf, dah ingat dah hari tu)
~met at clonskeagh mosque~


i wonder this is the dog i told before
[sebab nmpak lebih kemas pulak hari ni]


ke'hangatan' christmas mula terasa
[city centre]


dan kepeningan exam lebih-lebih lagi


diulangi!



Maka kukuhlah reason saya
untuk bercuti dari blogging

Maaf zb
DOAKAN T.T

Tuesday, November 24, 2009

O youth! Represent!


Lewat malam tadi, kala sudahnya exam oral Japanese yang mudah tapi susah itu, kaki ini begitu berat melangkah. Lalu kuhentikan betul-betul di hadapan tasik swan uni. Lama sudah tak kujenguk tasik ini. Lama sungguh tak bermesra dengan swan-swan yang menghuni. Khabar apakah agaknya? Di mana 7 shabab swan itu?

Jauh, kutenung ke tengah tasik. Menggapai pancutan air yang gah di atas neon-neon yang ternyala. Huh. Serasa sudah lama tidak memandang sejauh ini. Jauh. Suatu tenungan jauh ke hadapan.

Maka setelah me'renda' dengan 4ekor swan itu, tanpa 7shabab yang tak diketahui nasibnya.. maka aku mengorak langkah pulang. Dengan perasaan yang tak diketahui identitinya. Berat. Kesal. Terkilan. Hampa. Tak tahu tentang apa.

Suhu malam ini dingin sekali. Terasa kebas sudah jemari ini. Sejuk menggigit kulit tangan. Seolah-seolah sayalah cadaver yang berjalan di malam hari. Tapi kebekuan itu sedikitpun tidak mempercepat perjalanan. Selangkah demi selangkah. Tak pernah aku membenarkan dua buah bas bernombor 11 melepasi perjalananku selama ini. Tapi hari ini, ia telahpun berlaku.




O youth!

Certainly you are representatives (of Allah)

and responded to Allah

Indeed who hopes in reward (of Allah)

Does not pay attention to difficulty


In the way of Allah, we pass

We expect to raise the flag

So He promises the glory to this Deen

And promises the honour to this Deen


O youth!

Certainly you are representatives (of Allah)

and responded to Allah

Indeed who hopes in reward (of Allah)

Does not pay attention to difficulty



Kefahaman perjuangan. Bukan bererti ketinggian martabat. Bukan kebanggaan di kalangan manusia. Tetapi ia adalah pekerjaan yang dilakukan dengan hati. Pekerjaan demi mendapat redha Illahi.



Lemahnya hati
andai dunia itu menjadi sebab
untuk merasa kecewa dan terkilan

untuk penghayatan klik sini


Saturday, November 21, 2009

Hati yang tak terbalas...


Maaf. Kurang berkesempatan. Terlalu lama ingin menulis di sini. Tetapi, kekangan masa dan ruangan peribadi (mungkin) menjadikan suara-suara kecil ini tidak kedengaran. Saya malu untuk menulis blog di hadapan mereka. huhu. Sementelah kini saya 'beroomate'... =)

Hmm... alhamdulillah. Terima kasih Tuhan untuk waktu-waktu yang diberikan, setiap langkah yang terjejak, setiap detik kemanisan ukhuwwah yang terbina, dan untuk setiap cahaya yang Engkau suluhkan supaya kami mendapat kebenaran. Terima kasih ALLAH...

Sesungguhnya beribu-ribu memori itu tak termampu saya lakarkan di sini. Tapi, sebenar-benar ingin sekali mengucapkan setinggi terima kasih untuk teman-teman, untuk ahli Rifa dan teristimewa untuk ibu, ayah, along dan selanjutnya atas ingatan. Semoga Allah membalas kebaikan kalian dengan rahmat dan redhaNya. Jazakumullahu khayran kathiran..



sebuah kad dari luar negara (malaysia) yang menemuiku sebulan awalnya


sebuah rumah (burung) -mungkin persediaan housemates sblm sy dibuang kewarganegaraan san lorenzo =p


sepasang katak comel di sock kaki yg sy jadikan sock lengan


baby cow dan baby bear
(hasil yang sy dapat selepas mengunjungi Rifa utk QC)


Sebuah bekas puding roti enak, air tangan sahabati
(maaf, isinya sudah habis)


“Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu (Muhammad) siarkan."
[Ad-Dhuhaa: 11]



Tuhan,
sungguh Engkau lebih mengetahui
apa yang besar ertinya buatku


Friday, November 13, 2009

kala senja itu tiba..




6/27/2009


Kala senja itu tiba

Kutermenung sendirian

Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan

Dosa yang aku lakukan

Menerjah ruang fikiran

Masihkah ada untukku keampunan..


Gelap rasa dunia ini

tanpa cahaya Illahi

baru kini kusedari

jalan yang aku lalui

memusnah pedoman hidup

melempar hatiku ini ke lembah kehinaan



Dalam kegelapan itu

Terbit cahaya dariMu

Memandu hambaMu menuju iman

Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran


Kau terangi jalanku menuju syurgaMu

Dan Kau tunjuki dengan hidayahMu

Hanyalah padaMu kuhadapkan diri

Mohon keampunan



Wahai Yang Maha Pengasih

Bantulah hambaMu ini

Yang kian terumbang-ambing

Di dalam arus duniawi

Kuberdoa kepadaMu

Memohon limpah rahmatMu

Mentari hidupku kan bersinar kembali




terlama menunggu
tersejuk terbeku
terasing di situ

mujur tuhan
ilhamkan
payung
=)

Sunday, November 8, 2009

. . .. .


Sy tikus

Sy sedang membaiki labu


Alamak!!! labu sy rosakkk..



Di hati bersama mengembara
Tiba masanya tika saatnya kuterasa
Meredah lautan kasih sinar iman yang subur
Redup menyinar hati sanubariku

Kutabahkan hatiku dibuang berkelana
Gerimis hati terpaku sukma
Semoga hidayahNya kan terus menyinar
Penuhi alam kegelapan

Berikan kekuatan dalam mencari sinar
Di jalan ini kuhadapi duka dan sedu sepi
Bersama teman-teman harungi perjuangan
Biarpun kekurangannya ada
Takkan ku gundah

Kita akan bersama
Menempuh segalanya
Bersatu hati mendamaikan jiwa yang keluh resah
Janji patri bersama ikatan teguh setia
Berjaya menuju gerbang impian kita harapkan

Di hati kita bersama..

Di hati kita melangkah...

Jangan dipisahkan kasih bersaudara

Jangan didendamkan ukhuwah yang terbina..


This song is dedicated to my best buddy, my best friends & my dearest headphone


"Biarpun kekurangannya ada
Takkan ku gundah "

kamu tetap labu terbaik sy

Friday, November 6, 2009

Well, i will...


"Okay, see you later buddy," tegur classmate irish yang duduk bersebelahanku tadi sambil mengambil barang-barangnya untuk berpindah tempat. Lambat aku men'digest' patah-patah kata mudawan irish yang sama-sama tiba lewat itu tadi. Sedar-sedar aku sedang menganggukkan kepala sambil fikiran baru sibuk menterjemah bahasa yang dilontarkan. Sekadar senyuman memulang jawapan. Ouh, hha.. geli hati dengan perlakuan sendiri.

Sekadar memori baru untuk saat peralihan dua 'lecture' sebentar tadi.

F o k u s hari ini hilang entah ke mana. Bebelan Philips Newsholme sekadar mencecah gegendang telinga, langsung tidak ke otak untuk dicerna. Apatah lagi yang disyarahkan molekul-molekul yang tak pernah ternampak oleh mata kasar. Entah teori siapa-siapa yang diperbenarkan dan 'kebenaran' itu pula mahu disampaikan kepada kami untuk di'benar'kan. Huhh..saya memang anti-biochemistry.

Namun, bukan itu yang sebenarnya membuang fokusku tadi. Bukan, aku masih betah menerima kalaupun diri ini tidak sudi mem'benar'kan. Tapi, ada sesuatu yang lain yang bersesak di fikiran. Hurm..

Saat-saat yang berlalu selama hampir 2jam itu dihadapi bersama gerak-gerak tubuh yang sedang menikmati rasa yang sesekali menghujam di belakang. Bilakah mahu berakhirnya, ya tuhan.. Sesak. Sesak wilayah trafik neuron ku dengan perkaitan-perkaitan yang cuba dihubungkan antara persoalan dan kemungkinan jawapan. Dua, tiga hari ini ku semakin rajin untuk berfikir tentang itu.

Ya Allah, andai ada sesuatu yang belum Kau zahirkan padaku, izinkanlah aku mengetahuinya...

Dan kurniakan aku kekuatan untuk menerimanya..


"Dan ALLAH tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannyatelah datang. Dan ALLAH Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan."
[al-Munafiqun:11]



Terima kasih Tuhan atas hadiah-hadiah pelangiMu hari ini =)


Sekadar pencetus
rungkaian permasalahan

Saturday, October 31, 2009

Status



'Beliau kecintaan saya'


Beliau 1
Beliau sedang sibuk mengurus rumah tangga. Bersama dilema penyakit-penyakit tubuhnya. Bersama sejuta kelemahan otot-otot dan deria-deria yang menguji jiwa. Meski begitu tetap tegar menjalankan kewajipan sebagai isteri yang solehah. Sedaya upaya menyokong dan mendorong teman hidupnya untuk sama-mendekati ALLAH. Kudoakan semoga beliau tetap terus tabah. Moga akhirnya nanti beliau dikurniakan jannah..

Beliau 2
Beliau sedang di fasa mujahadah jiwa. Menghadapi hari-hari baru bertemankan Allah. Berteleku di sejadah tiap kali suara azan mencecah gegendang telinga, berpindah kepada osikel-osikel kecil, menyerbu salur separuh bulat, terus berlarutan menyentuh-nyentuh jiwanya. Kudoakan semoga Tuhan terus menerus memberinya ketenangan jiwa. Agar kukuh jiwanya untuk menghadap lagi Tuhannya. Agar kemanisan iman dan amal itu bertandang di hatinya.. supaya kita sama-sama merasa betapa kehilangannya kita jika kita kehilangan ALLAH.

Beliau 3
Beliau sedang di dalam kesabaran dan kepahitan yang amat payah. Meski tak diluahkan, meski kedengarannya tegar, ku tahu jiwanya lemah. Pembedahan yang bakal dihadapi moga-moga dipermudahkan ALLAH. Semoga hikmahnya tersebar luas lalu menakung kembali molekul-molekul H2O yang bakal tumpah. Bukan mudah untuk seorang ibu kehilangan kandungan sulungnya. Mudah-mudahan ALLAH menyelamatkan. Mudah-mudahan Tuhan mengizinkan fetus itu untuk terus berkembang dengan kesihatan iman, amal dan ihsan. Ya Allah, kumohon permudahkanlah..

Beliau 4
Beliau juga di fasa dilema yang sama. Perkembangan sel-sel yang tidak terkawal menghantui hari-harinya. Siang dan malamnya kini bertemankan ayat-ayat penyembuh dari Allah. Moga ilmu perubatan Syifa itu sedikit sebanyak membantunya. Moga apa yang bakal berlaku di hari mendatang bukan sesuatu untuk dikesalkan. Kerana segala-segalanya telah dicatitkan oleh ALLAH dalam kitabnya. Telahpun lebih awal disimpan di Lauh Mahfuz sebelum sekujur tubuh kecil itu dilahirkan ke dunia. Moga kehidupan ini kita hadapi bersama. Kita amali bersama dengan bekal iman dan islam di dada. Kerana kehidupan yang selamanya adalah di sana... akhirat yang dijanjikan Allah. Duhai saudaraku, bersabarlah..

Beliau 5
Beliau juga sedang pada usaha istiqamahnya. Ku yakin sejauh-jauh hati manusia, hakikatnya kita ingin selalu dekat kepada ALLAH. Kerana kita bukanlah sesiapa tanpa ALLAH. Pekerjaan kita di dunia setiapnya dalam genggaman ALLAH. Mata rezeki kita semuanya adalah atas kehendak ALLAH. Maka kepadaNYAlah kita menyerah. KepadaNYA kita meluah. KepadaNYA kita memanjatkan hajat dan cita. Kerana kita ini sekadar segumpal tanah yang tak bernilai tanpa bimbingan ALLAH. Kita ini makhluk bergerak yang terhina tanpa ajaran ALLAH. Kerna itu, janganlah sesekali kita melarikan hati dari tuhan yang telah menciptakan kita...

Beliau 6
Beliau bersama tema dan cita-citanya hendak menyempurnakan sebahagian dari syariatNya. Melengkapkan sebahagian dari iman. Setakat ini, itu sahaja yang mampu kukatakan. Moga Tuhan merahmati dan memberkati hidup saudaraku. Semoga terhaluan kepada jalan yang menuju ke arah kebaikan. Kebaikan dalam beragama dan kebaikan dalam bertuhan. =)

Beliau 7
Beliau masih bergembira dalam kekeliruan alam remajanya. Alam kebiasaan kita tanpa fahaman. Mempelajari tanpa mampu mengerti. Menghadapi tanpa kisah tentang hakikat realiti. Kudoakan hidupmu terus-terusan dalam bimbingan Tuhan. Moga langkah-langkah itu tidak lari dari garis iman. Ya Allah, peliharakanlah...

Beliau 8
Beliau masih bersama labu-labunya. Cubaan berenang ke lautan perjuangan bersama sekadar sebuah labu kecil hasil 20tahun penanaman. Semoga labu itu semakin membesar, bisa memudahkan proses menentang arusnya. Moga bisanya andai suatu hari labu itu pecah, beliau tegar berenang menggunakan sedaya tenaga yang tersisa. Ya Allah, ya Allah, ya allah... kuatkanlah.



Ya Allah

jadikanlah aku hambaMu yang selalu berdoa kepadaMu

dengan setulusnya

ketika dalam keadaan tenteram

sebagaimana tulusnya doa orang-orang yang terpaksa

kerana berada dalam kesempitan . ..

a m e e n


yang ingin cintaMu..




Secebis Renungan...

Islamik Testimonial