myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Tuesday, January 13, 2009

Formula MUDAH untuk kebangkitan!


Ya Allah, aku benci Israel ya Allah..

Hancurkan Israel ya Rabb..wahai tuhan yg Maha Perkasa, hancurkan bala tentera Israel

Menangkanlah kami atas mereka ya Adzim.

Baru pulang dari Orio Central, Milano malam semalam. Terus, sudah keputusan berita tentang isu Gaza sejak sekian lama. Dengar2 juga, tapi sekelumit cuma. Tambah berita yang dipaparkan di sana 100% Italian. Kami kembali ke sini, sudah terlepas satu demonstrasi yang diadakan di city centre. 'Mass at DCU'. Tak tahu lepas2 ni akan ada lagi atau x.

Hari ini cuba merajinkan diri menyelak satu per satu akhbar beritaharian online. Benci. Makin benci pada Israel. Kalaulah aku baca berita ni awal2 lagi. Mesti perjalanan aku di Italy tak sunyi dari kobaran semangat jihad saudara2 ku di Palestine. Agak malang, hati-hati kami sepanjang mengembara kurang diisi dengan berita2 sebegini. Sekadar mencuri2 lihat dan dengar di televisyen yang bahasanya kami tak faham walau sepatah. Rugi sekali.



Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Akan datang masa di mana kamu diperebutkan oleh bangsa-bangsa lain sebagaimana orang-orang berebut melahap isi mangkuk." Para sahabat bertanya, "Apakah saat itu jumlah kami sedikit ya Rasulallah?" Rasulullah menjawab tidak, pada masa itu mereka ramai, tapi ramainya macam buih di laut. Sebabnya? Waktu itu umat Islam ditimpa 2 penyakit iaitu cintakan dunia dan takutkan mati.

Lemah? Lemahkah umatku hari ini??

Lihatlah Gaza

Bukankah umat Islam sedang ditindas di bumi sana? Apa aku tidak tahu?? Atau buat2 tidak tahu.. atau tahu tanpa berbuat apa-apa.. Itukah umat yang kau katakan lemah? Meski dibedil bom, dihujani peluru, masih ingin kembali ke tanah airnya.. Bersama saudara2 yang masih mempertahankan al-Aqsa. Apakah kau nampak itu lemah? Sedang umurnya masih lingkungan 'sa'..

Bagiku umat Gaza tidak lemah. Tapi umat yang di kelilingnya yang harus diubah. Umat yang sekadar melempar pandangan, berkongsi cerita dan begitu mudah melupakan. Apatah lagi yang berjinjingan dengan botol arak...new year kononnya~ sedang hari yang sama bedilan demi bedilan melanda Gaza. Apakah kau masih nampak umat Gaza lemah?

Inilah realiti hari ini. Tak perlu kau cari jauh. Kita punya contoh 'terbaik' di Malaysia. Kita punya anak Malaysia yang masih bermain najis..hidup sekadar untuk hiburan. Walau nametag dipakai seagama yang di Gaza.. dan usianya 'sa' kali 'sa'.

Benarlah kata Rasulullah..
Penyakit wahn itu yang menjadikan umat kita lemah. .. Harus tidak ada alasan tidak cukup subsidi, tidak dapat tender, tak dapat projek atau tidak dapat teknologi canggih teknologi canggih ..tidak itu..tidak ini..bla..bla..
Bukan itu alasan untuk kita menyorokkan tangan.
Tapi kerana 2 penyakit yang mematikan jiwa ini.

CINTAKAN DUNIA dan TAKUT MATI

Jadi bagaimanakah kawanku.
Bagaimana umat ini harus diubah?

Formula kehancuran [seperti yang telah dibocorkan oleh Rasulullah s.a.w]
= Cinta Dunia + Takut Mati

Kita terbalikkannya 
= cinta Akhirat + Sukakan Kematian

Sukarkah untuk melakukan ini..?
Jika ahli saintis sentiasa bijak mencari jalan untuk menerbalikkan proses kimia dengan menerbalikkan formula2nya.. kenapa tidak kita terbalikkan formula yang datang dari Tuhan itu tadi untuk menyelamatkan umat kita? Tidaklah Allah mendatangkan sesuatu itu dengan sia2.. 
Fikirkan~ mengapa Tuhan menurunkan formula kejatuhan umat Islam ini melalui rasulNya.
JAWAPANnya: Agar umat Islam membangun dan selamat di dunia dan akhirat dengan mengambil sesuatu darinya. Sesuatu yang harus dipraktikkan!

Kawanku, anda masih berfikir akan relevannya formula itu? [sepertinya terdengar bisikan halus..."logikkah..ingat senangkah..dan ..dan seumpamanya.."]

Usah fikir cinta akhirat itu ---> banyak ibadah semata2. Itu hanya habluminallah (hubungan dengan Allah) sedangkan agama kita punya 2 aspek, iaitu habluminallah (hubungan dengan Tuhan) wa habluminannas (hubungan dengan manusia).

Hubungan dengan Tuhan hanya 1 sedangkan habluminannas (hubungan sesama manusia) itu BANYAK. Ertinya kalau diusahakan banyak hubungan dengan manusia kemajuan dengan sendirinya akan terbangun. Tiada lagi penindasan. Tiada lagi kehinaan..sebab kita akan jadi umat yang KUAT. Umat yang cintakan akhirat sanggup melakukan apa sahaja, yang TERBAIK untuk mendapat tempat yang terbaik di akhirat kelak. 
Hasilnya = cintakan akhirat itu membawa KEMAJUAN (baik kepada diri, bangsa, negara & agama)

BAGAIMANA?
Menegakkan agama melalui hablumminannas bererti saling menggalakkan manusia berkorban, kerjasama, bersatupadu, berkasih sayang, bertolak ansur dan sebagainya. 
Kalau berlaku begitu maju atau tidak umat ini? [anda sendiri fikir]

Tapi AWAS!
Apa akan berlaku kalau kita mahukan kemajuan tapi bukan akhirat sebagai tujuan??
Maka kepentingan diri akan diUTAMAkan.
Muncullah sikap tamak, sakit hati, tidak senang dengan kejayaan muslim lain, terus mula saling menjatuhkan...fitnah ditaburkan..rasuah disogokkan..lahirlah politik kotor..bisnes kotor..beralaskan taktik2 kotor etc...etc. 
Sampai bila umat kita mahu maju kalau terus begini??? Itulah sebabnya SANGAT PENTING untuk menanamkan semangat CINTAKAN AKHIRAT dalam diri setiap individu MUSLIM..baik yang 'sa', 'sa kali sa' 'sa kali sa kali sa' dan seterusnya... 

Betapa anganan kemajuan itu kalau tidak bersebabkan TUHAN..akan akhirnya rosak dan merosakkan.

Anda setuju kini?
Setuju atau tidak, anda harus terima hakikatnya. Memang anda harus gune pakai formula ni baik untuk diri anda, sebagai pemimpin untuk diri mahupun isteri dan bakal anak2 anda nanti, kalau anda benar2 ingin lihat umat ini naik semula. Harus CINTAKAN AKHIRAT dan bukan takut mati. Kalau tidak masakan Rasulullah s.a.w. berpesan, 

"sungguh orang yang paling bijak ialah yang paling banyak mengingati MATI."

Yakinilah DASAR CINTAKAN AKHIRAT ini. INI resolusi KITA, insyaAllah bijaklah umat ini apabila telah kembali ke landasan sebenar menjadikan Tuhan dan Rasul sebagai rujukan utama dalam memperkasakan ummah. Maka side effect daripadanya akan terbangunlah kemajuan yang selamat lagi menyelamatkan...

Not a Tambahan : Bersama melahirkan generasi ISLAM cemerlang yang cintakan Akhirat, bak kata seorang teman... "didik anak2 kita agar jadi seperti Salahuddin al-Ayubi" ;)
Ayuh sahut seruan pemimpin Palestine~

Ubahsuaian artikel yang telah diamanahkan oleh seorang teman. [tulisan asal: ustaz ashaari mohd]



Sunday, January 11, 2009

Sekilas P.U.I.S.I

Tamat exam, baru rehat sehari, masing2 dah sibuk mengemas2 beg. Winter retreat! Perhimpunan musim sejuk yang pertama buat kami yang first year, semestinya tak sabar merasa apa itu Perhimpunan Ukhwah Insaniyah Seluruh Ireland a.k.a PUISI. Bas bergerak meninggalkan UCD tepat jam 9 pagi [which is tak menepati waktu yang dirancangkan...kononnya bertolak jam 0745]. Perjalanan ke Killarney, sungguh jauh.. menuntut kami membawa bekalan2 makanan untuk disantap di dalam bas nanti. Berbesar hati ingin memasak sesuatu seperti mee..tapi nampaknya hanya sebungkus roti + sebotol jem strawberi termampu disambar sementelah segala urusan packing lambat selesai. Anggaran 5jam di dalam bas, setelah tidur berulang2 kali..akhirnya sampai kami ke destinasi. Agh... nasib baik jam-jam terakhir di dalam bas mata ini terjaga untuk menikmati keindahan bukit bukau Killarney..kehijauan yang ditompoki dengan biri-biri, lembu-lembuan...dan kincir angin. Oh, berlatarkan gunung ganang serta sebaran cahaya dari belakang gunung, sungguh cantik, subhanallah! Sayang sekali hanya mampu terakam dalam minda kerana lensa2 temanku tak mampu menembus kaca tingkap bas dengan sesungguhnya. Tapi sempat juga dapat sekeping dua. Subhanallah. Saya suka Killarney!



Urusan check in hostel segera dilakukan. Beruntung, dapat sebilik dengan Kay dan Mimie..dan juga Kak Dayang dari UK. Selesai urusan, kami dijemput makan sementelah masing2 kelaparan. Terima kasih kepada pasukan chef [yang juga seniors kami] yang sudi memasak makanan untuk kami sepanjang program. Almaklum, this hostel is self catering, jadi kena hire tukang masak sukarela. Apepun, alhamdulillah...ramai je yang puji masakan mereka. [tapi di sini tak boleh puji lebih2..=p] 

Kincir-kincir angin ini sungguh menarik...cantik.


Kawasan sekitar hostel yang kehutanan...tapi tetap terpancar keindahan kalau pemerhati pandai melihat.


Killarney International Hostel



Keindahan Killarney yang di'spoil'kan oleh tahi burung...


Program? Hmm..setiap hari akan berulang alik dari hostel ke dewan yang jaraknya lebih kurang 15-20minit perjalanan kaki. Nasib baik laluan kami dihiasi pemandangan yang indah2 belaka. Macam dalam gambar di bawah ni... Satu kepuasan. Kena jalan jauh pun takpe. Kami rela. =) Ada masa, keluar gelap-gelap lagi...dan pulang ke hostel juga hari sudah gelap. Maknanya, semua yang indah itu sudah takde maknanya...haha. Tapi cuma sehari dua. Yang lain kami tetap menikmati.


Seronoknya kalau hari2 pergi kelas pun lalu sini...


Menonton biri-biri meragut... [Kagum, biri-biri di sini buntal2 belaka]


Rumah usang itu tak tahu milik siapa. Mungkin rumah bebiri kat sini...hehe.



Hall inilah yang menyaksikan hampir semua aktiviti yang dilakukan dalam program PUISI. Aktiviti yang dimaksudkan termasuklah mendengar ceramah...ceramah...ceramah...upacara melelapkan mata bagi yang tak terdaya..juga kisah manusia menjadi jam tik tok. Yup, fantastic four! Akidah+ibadah+muamalat+. LDK juga begitu banyak. Menarik, menarik. 



Encik Khamis memberi ucapan...tak sure ni perasmian pembukaan @ penutup. Owh..penutup rupanya. Gambar kanan..LDK sedang berjalan..



Hari kedua terakhir... para peserta dibawa berjalan-jalan di Rings of Kerry. Kawasan yang sangat cantik tanpa perlu apa2 bayaran. Jauh juga berjalan. Malangnya, kena berjalan dalam kumpulan. Apakah itu? Perjalanan pergi memang hambar sebab kumpulan besar daku terpisah dari Leen, Kay, Mimi, Asma, dan segala yang kuharapkan. Geram. Bosan. [Mana tak bosan, langsung tak punya sesuatu untuk merakamkan view yang menarik] Stress melanda diri..nasib baik ku bawa bekal coklat  bar.. selamat ditelan sepanjang perjalanan. Huhh..


Petunjuk arah kata masuk di sini...


Mungkinkah kami akan berjalan sejauh 2km...



Perjalanan ini melibatkan bukit..terpaksa lah mengerah tenaga fizikal demi tempat yang dikatakan begitu cantik itu. 

Dari kejauhan sudah nampak apa yang bakal kami temui... Cantik kan rumput di sini, sebab kawasan ini berpagar, takde siapa boleh pijak.



Yuhh..akhirnya kami sampai. Itu dia Rings of Kerry...Cantiknya tasik.. Sampai di sini. Kumpulan besar tadi telah bertembung, lalu ku tekad lompat kumpulan. [hehee...meninggalkan Tomatoman atas alasan aku tertinggal sewaktu sibuk dalam urusan penggambaran] Tak baik. Lalu bermula dari sini, aku berjalan bersama kawan2ku kembali... maka berlakulah sesi2 yang sepatutnya terjadi. Hasilnya, aku sangat berpuas hati melompat kumpulan. Seronok sangat. Hilang sudah tensi tadi. 

Kami menuruni bukit tadi menuju tepi tasik...wawawahh..perjalanan bertambah menarik.
Kehijauan melanda segenap pandangan mata kami...juga langit serta air tasik yang membiru.


Subhanallah, awan menutup sebentar...menghasilkan belauan cahaya yang sungguh indah...

Turun ke tepi tasik. Masing-masing mengisi lensa kamera.. penuh bergaya. Kalau boleh setiap inci mahu dimuatkan dalam kamera. Lagat-lagat manusia pelbagai rupa...


Termasuklah kami..sesuka hati duduk di atas rumput MAHAL yang tidak boleh dipijak...[taklah..mungkin rumput tu belakang sedikit lagi..] Tapi, sanggup jer ambil risiko..=p


Perjalanan diteruskan, kali ini merentas kawasan padang golf dengan amaran, jangan buat bising. Dikhuatiri para pemain golf tak dapat concentrate untuk menolak bola golfnya ke dalam lubang...hahaha. Tapi tak nampak pula sesiapa sedang main kat situ...Krismas lah.


Penat jalan..duduk sebentar. Kali ni atas rumput murah jer..



Rings of Kerry benar2 memukau mata...


Tumpang jugak duduk atas Anna's seat nih..sekadar untuk bergambar..


Akhirnya mereka suruh pulang....tapi kami tak mahu..tu yang menyorok belakang pokok tu.. [bohong jer..mesti la nak balik...lapar..huhu]

Kaki2 yang telah banyak berjasa. Tanpanya tak mungkin kami di sini..

Tambah, ramai juga di antara kami yang jatuh sakit waktu ni..demam. Alhamdulillah, Allah sihatkan sebahagian besar peserta.


Maka kami terpaksa meninggalkan Rings of Kerry selaku kawasan terindah di Killarney dengan langkah yang berat.. [sebab dah tak larat. bahana asyik berlari bila bergambar dan ketinggalan di belakang] Tapi, hakikatnya memang kami rela berlari, sebab suhu begitu dingin sekali...sangat sejuk di Killarney. 

Esoknya PUISI berakhir...dan tanpa disangka-sangka, group TOMATOMAN dinobatkan sebagai group terbaik! Hahaha..ini mesti berkat kehadiran Kak Izzi dari Soton, UK...Kak Izzi yang banyak pengalaman...banyak pengetahuan.. pelajar PHD. Masakan...huhhuhu. Best datang PUISI, belajar pasal muamalat...faham apa itu riba..dll. Best2x..tapi mungkin tahun depan tak nak datang lagi..nak cuba program lain lah pulak..hehee. Maaflah yea..AJK2 PUISI semua.. Terima kasih banyak2..Jazakallahukhairankathiran.



Saturday, January 3, 2009

Try to fall in love


i love palestine

really? do you?

Bismillahirahmanirahiim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Saya mencintai kamu semua karena Allah,
MENGAPA SAYA MENCINTAI KALIAN KERANA ALLAH??
Karena kalian hamba-hamba-Nya, yang berpuasa,
yang mendirikan solat lima waktu,
yang memberi sedeqah,
mengeluarkan zakat,
serta beramal hanya kerana Allah, ikhlas.
Dan jangan lupa,
“Sesungguhnya kemenangan kaum Muslimin itu semata-mata
hanya kerana ketaatan kita kepada
Allah SWT.

Jika kita jauh dari Allah dan tidak taat kepada Allah,
maka
kemenangan akan menjauhi kita.
“Saya teringat suatu pesan dari
Umar ibn Khattab kepada Saad Abi Waqqash
yang mengatakan bahawa
nasab kita hanya dihitung jika kita taat kepada Allah.
Sesungguhnya, kita dengan musuh-musuh kita adalah sama.
Yang membezakannya hanyalah mereka
bermaksiat dan tidak beriman kepada Allah,
sedangkan KITA-mengapa kita
perlu menang atas kaum kafir dan musuh-musuh Allah,
semata-mata kerana
kita beriman dan taat kepada Allah.
Jika kita melakukan kemaksiatan
seperti yang mereka lakukan, maka kita
akan kalah dan terhina di hadapan
kaum kuffar.

“Sesungguhnya kemenangan itu tidak akan datang kecuali atas
izin pemiliknya,
iaitu Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Pemberi.”

Saya di sini berbicara kepada anda semua atas
nama kaum Muslim Palestine
yang dijajah oleh Zionis-Israel,
saya juga berbicara di hadapan kalian ini
atas nama pejuang-pejuang Palestine, iaitu HAMAS,
saya juga berbicara di
hadapan kalian atas nama seluruh
ulama-ulama Palestine yang diusir dari
negaranya,
saya akan memberikan beberapa maklumat terkini tentang apa yang
terjadi terhadap kaum Muslimin Palestine:

Pertama,
sekarang terdapat lebih dari 7000 keluarga syuhada yang ditinggalkan
oleh suaminya atau anaknya atau keluarganya yang syahid,
iaitu dari intifada pertama hingga intifada kedua.
Yang kedua,
sekarang terdapat lebih dari 50,000 kaum Muslimin Palestine
yang terluka dan cacat akibat penangkapan dan penyiksaan yang dilakukan
kaum Zionis-Israel. Saya juga ingin menyatakan kepada kalian semua kaum
Muslimin, sekarang terdapat lebih dari 12,000 orang tawanan yang masih
berada di penjara-penjara Israel.
Mereka mengalami berbagai penyiksaan
bahkan banyak yang sampai
menemui syahid atau cacat seperti saya.
Saya juga ingin menyatakan bahawa ada lebih dari
10,000 rumah kaum
Muslimin Palestine itu dihancurkan oleh
tentara Zionis Israel dan sekarang ini kami
dipisahkan dengan adanya pembangunan tembok-tembok pemisah yang
sangat kukuh dan tingginya sampai 10 meter.
Sehingga sekarang ini kami
dipisahkan dari rumah-rumah kami,
kami dipisahkan dari hospital kami,
kami dipisahkan dari universiti-universiti kami,
dari jiran-jiran kami sehingga
kaum perempuan kami pun untuk
melahirkan anak di hospital pun tidak boleh.
Ramai wanita-wanita kami terpaksa
melahirkan anak di pinggir-pinggir jalan
sahaja
atau pun di perbatasan-perbatasan yang sengaja
dibuat oleh
tentera-tentera Zionis-Israel.
Sekarang ini terdapat 500,000 kaum Muslimin Palestine yang tidak boleh
bekerja kerana cacat dan lumpuh seumur hidup disebabkan penyiksaan yang
dilakukan oleh tentera Zionis ke atas kami.
Dahulu kami, sekitar 500,000
Muslim Palestine boleh menunaikan solat berjamaah di Masjidil Aqsa, tetapi
sekarang kami hanya boleh melakukan solat di Masjidil Aqsa sekitar 50,000
orang sahaja itu pun dengan satu syarat
iaitu mestilah berusia 50 tahun ke atas.
Dan perlu diketahui juga bahawa sekarang ini Al-Aqsa
sedang berteriak
memanggil umat Islam yang berada di seluruh dunia kerana sekarang ini
Al-Aqsa tinggal masa menunggu keruntuhannya.
Di bawah Al-Aqsa,
Zionis-Israel telah melakukan penggalian di sana-sini,
kononnya untuk di
buat parit-parit dan sebagainya,
yang akhirnya jika Al-Aqsa akan runtuh
dan di atasnya akan dibangunkan kembali Haikal Sulaiman.
Wahai Saudaraku, selamatkanlah Al-Aqsa,
kerana Al-Aqsa ini akan segera
runtuh jika kaum Muslimin tidak segera membantunya.
Saya juga akan
menyampaikan khabar tentang pejuang-pejuang kaum Muslimin Palestine,
terutama HAMAS:
Pertama, kami sesungguhnya telah berjaya di dalam pilihanraya umum, HAMAS
berjaya memenangi kerusi parlimen dengan memperolehi 60% dan kami juga
berjaya mengusir keluar tentera Zionis-Israel dari Semenanjung Gaza yang
panjangnya 350 kilometer,
sehingga kini tentara Zionis-Israel tidak mampu
lagi untuk masuk ke Semenanjung Gaza walau hanya sejengkal pun.
AllahuAkbar!
Kedua, Dan kami juga ingin menyampaikan berita bahawa kami telah kembali
membangunkan hospital-hospital, universiti-universiti Islam di Gaza, dan
kami juga berjaya dengan dakwah dan tarbiyah kami sehingga kami dapat
menciptakan generasi-generasi Islam yang dekat dengan
Al-Qur’an dan As sunnah Rasulullah SAW.
Saya sendiri khuatir,
bukan kuatir dengan pejuang-pejuang, para mujahidin
Palestine,
tetapi saya kuatir dengan diri saya dan kalian semua yang ada
di Indonesia (bagi penulis orang Malaysia juga patut sedar hal ini)
yang sekarang masih menunggu di jalan jihad.
Kita sedang
menunggu untuk sampai tiba di sana,
tetapi mereka telah ada di sana dan
menunggu untuk boleh mendapat syahid atau hidup mulia.
Jika kita semua ingin tiba di sana,
berdoalah kepada Allah dan tetaplah istiqamah
sehingga nantinya kita termasuk orang-orang yang dipilih Allah
untuk membebaskan al-Aqsa
dan kita boleh melaksanakan solat berjamaah di sana dengan aman.
Mungkin ini saja dari saya,
Wa bilahi taufiq wal hidayah,
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
~Ucapan Syeikh Abu Bakar Pada hari Jumaat,
28 September 2007 bersamaan 17 Ramadhan 1428

H. Beliau pernah ditangkap sebanyak 5 kali oleh tentera Zionis
sehingga mengakibatkan beliau buta.
Sumber:
http://www.eramuslim.com/)

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Puasa yang lebih utama selepas Ramadhan ialah puasa di dalam
bulan Allah yang dimuliakan iaitu bulan Muharram.
Manakala sembahyang sunat yang afdhal selepas sembahyang fardhu
ialah sembahyang sunat di waktu malam (terutama di malam bulan Ramadhan)
(HR Muslim)
(diangkut dari fer)

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial