Wahai Tuhanku, kami telah lalai dan alpa
Namun setiap daripada kami tetap mendambakan
Pada keampunanMu...
Pada sifat pemurahMu...
Pada pembebasan daripada api nerakaMu...
Dan pada syurgaMu, yang dimasuki bersama Penghulu seluruh manusia
Kami memohon padaMu
Kami mohon padaMu, dengan sangat.. wahai Tuhanku
Dari sudut hati kami yang paling dalam..
Andai KekasihMu masih bersama-sama kami,
Pasti yang jauh dan dekat akan datang kepadanya
Mengharapkan kebaikan Rasulullah, sebelum ia berakhir
Dengan harapan dapat mendampingi Rasulullah
Kerana mendampinginya, jiwa menjadi tenang
Dan doa akan diperkenankan oleh Allah
Cahaya Rasulullah tidak pernah sirna
Wahai Tuhan makbulkan hajat kami untuk bertemu dengannya
Hidayahmu ibarat alam yang terbentang luas
Sebagai rahmat kasih sayang Tuhan pemberi hidayah
Bicara-bicaramu bagai sungai yang jernih
Berdampingan denganmu bagaikan dahan yang segar dan basah
Ku tebuskan diriku dengan dirimu, wahai Rasulullah
Wahai Muhammad, yang memuliakan segala makhluk
Berada di sisimu, jiwa menjadi tenang
Wahai pembawa rahmat bagi sekalian alam
Wahai kekasihku… Wahai Muhammad
Wahai penawar hatiku, wahai yang sentiasa dipuji
Kelebihanmu tidak dapat disangsikan lagi
Maha Agung yang berselawat ke atas Baginda
Wahai kekasihku… Wahai Muhammad
Wahai penawar hatiku, wahai yang sentiasa dipuji
Kelebihanmu tidak dapat disangsikan lagi
Maha Agung yang berselawat ke atas Baginda
No comments:
Post a Comment
Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!