Bismillah, dengan nama Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, telah selamat kembali ke tanah air tercinta, menyaksikan desa yang ku membesar di dalamnya. Biarpun sekejap cuma.
Kini, telahpun berhijrah ke tempat pengajian seterusnya. Sebuah kota yang terasing dari Semenanjung Malaysia. Sebuah pulau yang kecil sahaja. Tapi teramat sibuk dengan pembangunannya..
Berbeza dengan kali pertama sy menjejak bumi Ireland. Segalanya tersedia. Tapi di sini, sedikit terkesima melangkah ke dalam kamar kubus yang kosong tanpa apa-apa. Bahkan kipas penyejuk badan juga tiada. Hurm... Suasana baru. Kehidupan yang baru. Yang lebih baik harapnya.
Tapi alhamdulillah, kehadiran tilam, meja, rak kecil dan almari yang telah dibeli menampakkan bahawa ianya sebuah bilik... terima kasih Tuhan.
Urm, diharapkan sy dapat memaintainkan rupa bilik ini. huhu. Selalu sahaja kekemasan itu tidak bertahan lama =(
Ok, dengan ini sy berazam agar bilik sy sentiasa nampak kemas, teratur dan bersih serta tidak menyakitkan mata. Semoga azam sy kali ini berjaya....
Sekian, welcome back to a student life~
seganlah pulak nak jumpa
huhuh
No comments:
Post a Comment
Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!