myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Sunday, April 11, 2010

salah cita-cita yang kecil


memori di Newgrange Lodge, Meath

Salam semua!

Saya beramanah untuk berkongsi sesuatu tentang Spring Camp tempoh hari (especially kepada leen =p). Tapi tak tahu hendak berkongsi bagaimana. Hurm... Apa yang harus ditaipkan di sini yea.

Hmm..beginilah. Saya rasa saya cukup tertarik dengan ilmu-ilmu dalam sesi compass setting, iaitu sesi terawal keseluruhan 'spring camp'. Mendengar suara kecil kakak Haneem berbicara. Kakak kabir yang kecil..=D alhamdulillah..sangatlah suka saya menadah telinga.

Dalam sebuah hadith Qudsi, Allah telah berfirman;

"Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertaqwa umpama hati orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaanKu.

Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang-cacatkan apa-apapun dalam kerajaanKu..."

Ini cebisan dari Hadith ke-24 dalam Hadith 40. Ilmu baru yang saya dapat -yang dimaksudkan dengan hadis q u d s i adalah... perkataan Allah kepada Nabi s.a.w.(yang tidak terkandung dalam al-Quran) yang kemudiannya baginda sampaikan kepada umatnya..(kitalah!) =)

Hmm..

Maha suci Tuhan, sesungguhnya segala perbuatan manusia sama ada ketaqwaan atau kejahatan, walaupun pada tahap yang paling maksimum dan paling dahsyat pun, semuanya tidak akan menambah atau menjejaskan kedudukan Allah SWT walaupun sedikit. Maka, tak perlulah kita merasa bahawa kita ini sudah berbudi dengan Tuhan hanya dek sejumlah wang yang kita keluarkan untuk menghadiri majlis-majlis ilmu atau program-program agama. Apalah sangat kiraannya, dibandingkan dengan kekayaan dan kerajaan Tuhan Yang Maha Kaya. Bahkan, Allah kata, "..itu adalah amalanmu, dan Aku catatkan untukmu."

Maha Pemurahnya Tuhan, kebaikan-kebaikan yang kita disuruh buat dicatatkan pula untuk kita. Ya Allah, Maha Tingginya Engkau. Sesungguhnya kebaikan yang manusia lakukan adalah untuk dirinya sendiri. Bukanlah ia sesuatu yang menambah kemuliaan dan ketinggian Tuhan, bahkan tanpanya Tuhan sedikitpun tidak terjejas. Bahkan kitalah yang rugi kalau kita tak berlumba-lumba ke arahnya. Fastabiqul khairat! (^^)

Ma makna fastabiqul khairat? Merujuk surah al-Baqarah ayat 148..

"Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan. Di mana saja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya..Sungguh ALLAH Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Tiba-tiba teringat soalan Imam Ghazali kepada anak muridnya :Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini? Jawapannya adalah MATI, kerana kematian itu akan tetap datang menjemput kita tepat pada masanya tak kira di mana kita berada. Tak kira berapa usia kita saat ini...

Hurm..hurm..hm. Sesungguhnya memang lebih senang berkata daripada berbuat. Memang tidak mudah. Tidak mudah untuk berlumba-lumba bagi orang yang tidak mahu seperti kita. Tidak mudah untuk berlumba lari bagi orang yang tidak suka berlari. Tapi, ia akan mudah bagi orang-orang yang memang ingin berlari. Analogi mudah untuk dibawa tidur...

Tiduuuur?? Wahai orang yang berselimut, nanti saya share kan serba sedikit kefahaman yang saya dapat dari sesi tafsir surah al-Muzammil.. insyaAllah. Memang sesuatu yang perlu untuk dikongsikan..=)

Jadi, bagaimana untuk menjadikan diri kita seorang suka berlumba lari? Kakak Haneem kata..pepatah orang puteh yang dimelayukan : kalau cita-cita kita besar, segala halangan akan menjadi kecil. Begitulah sebaliknya, kalau sedari awal cita-cita kita untuk berlumba ke arah kebaikan itu adalah kecil, maka sekecil-kecil halangan pun akan menjadi besar buat kita. Maka, sama-sama kita renungkan saiz ape cita-cita kita setakat hari ini.

Bersambung nanti...(leen, baca tauuu..sayang kamu)


jazakillah sis ^^

InsyaAllah kita usahakan solat

kerana langkah utama untuk

perbaiki diri adalah

perbaiki solat kte

terlebih dahulu

=)


No comments:

Post a Comment

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial