myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Friday, October 2, 2009

rona-rona kilmacud


Malam bulan hampir penuh, rupanya ini malam yang ke 26 ku di sini. Purnama yang kutinggalkan di Malaysia sudah hampir-hampir muncul kembali. Menempel di dada langit dengan berseri-seri.. Haih..haih. Mujur juga kamu yang menemaniku pulang tadi. =)

Semalam, sebetulnya pagi semalam, dalam ketergesaan mengejar 'bus stop' yang tidak akan pernah lari ke mana-mana, aku terserempak dengan itu. Ya, yang melengkung di langit pagi itu, sebuah semi bulatan warna warni.. Ahhaa. Subhanallah..cantiknya!

Jadi, sementara hendak melintas kawasan traffic light yang boleh tahan sibuknya di setiap pagi itu, sempat sahaja tangan ini menyeluk MzW910i dan menangkap si jalur pelangi! Dan ini hasilnya...



Dan sesudah itu pula... kala melihat-lihat paparan kaca sony ericsson saya, barulah terperasan kewujudan gambar-gambar yang telah di'snap' sejak terbang ke mari awal September lepas. Kebosanan yang memukau para penumpang AirAsia mencadangkan saya untuk menangkap keindahan yang diluarnya. =p


sayap versi 'bebas'

sayap versi 'frame'

sayap versi 'awan lalu'

Memandangkan, takdir saya untuk bermukim di seat 23K, maka hanya pemandangan sayap yang besar dan lebar itu sahaja yang dihidangkan oleh team penerbangan D7 2006. Saya terpaksa terjenguk-jenguk kalau berhajat nak melihat kemulusan awan-awan di bawah burung gergasi ini. Redha je lah. Kali ni kita menangkap sayapnya, lain kali saya cuba dari sudut lain pula yea.

Kebosanan pertama


Kisah di sebalik cerita, hanya Tuhan yang tahu betapa tergugatnya iman saya bila menu pertama dihidangkan -sebekas beriani panasss. Uh, aroma yang menguja amilase untuk dirembes. Walaupun air yang menjadi peneman santapan sekadar sbotol kecil mineral Spritzer, ketidaksempatan sahur pagi tadi benar-benar menggugah sekeping iman tipis milik yang melihat. Berlakulah drama antara iman dan nafsu yang berebut-rebut mahu menilai puasa saya pada hari itu. Berjam juga jiwa ini terbelasah dengan pergolakan yang berlaku. Saya tahu rukhsahnya, tahu sewajarnya saya mampu, tapi saya juga tidak mahu meneruskan puasa kerana melihat manusia lain berbuat sedemikiannya. Sampaikan sekian di penghujungan saya sangat merasakan puasa saya telahpun terbatal kerana terlalu memikirkan tentang si beriani di depan. MasyaAllah..

Lelap, melihat luar, lelap, lelap dan lelap. Penumpang di sebelah kelihatan begitu rajin membaca buku yang 'tebal giler', tak pasti tentang apa. Tapi seolah-olahnya macam novel sejarah...wooow. Sekilas mata menatap novel kecil dan nipis di depan mata yang masih belum terusik-usik sejak awal penerbangan. Demi tergugat dengan kekhusyukan orang sebelah, saya buka juga akhirnya. Dan dengan izin Allah, saya menemui kekuatan dan jawapan untuk dilema yang berat itu. Zainab al-Ghazali (watak benar dalam novel ini) telah menjawab kedaifan iman saya hari ini. Beliau telah membuktikan bahawa dalam keadaan terpenjara, disiksa dan dikurung tanpa makanan selama seminggu pun, beliau masih mampu bertahan dalam ketenangan. Subhanallah..apatah lagi saya yang sekadar teruji untuk berpuasa sekadar 24jam di atas kerusi empuk milik pesawat AirAsia. Haru. Hampir-hampir tertitis molekul itu. Terima kasih Allah...

Alkisah saya terperangkap di sebelah mamat Spanish ni. Maka, tak boleh keluar masuk tempat duduk sesuka hati. Huu. Sekali je saya minta keluar. Sebab memang perlu untuk ambil wudhu dan bersolat.

pic snapped waktu beliau sibuk menelan pizza margharitta.. (dan saya hanya menelan air liur di sebelah)


Menu telah bertambah menjadi dua.
Saya tahu orang sebelah hairan kenapa saya tidak menjamahnya.

Berkali-kali juga kakak pramugari bertanya dan cuba menerangkan akan kemustahilan untuk kami menemui waktu berbuka puasa dalam penerbangan itu. Kami mengangguk faham, sungguh baik hati kakak-kakak itu. Saat flight dah nak mendarat pun, masih ada yang bertanya kalau-kalau kami memerlukan secawan air panas, takut-takut kalau ada yang pitam bila nak transit nanti. Moga Tuhan balas keikhlasan mereka dengan nikmat iman dan islam...amin.


mencari maghrib

Rakaman gambar ini diambil semasa di dalam RyanAir, bersemangat untuk mencari waktu berbuka =). Hakikatnya sudah tidak sabar. Hehee. Tapi, hanya minuman Ribena yang mampu kami bawakan ke atas pesawat. Alhamdulillah...

Perjalanan yang panjang dan 'payah' berjaya ditempuh. Dan akhirnya sampailah saya ke tempat yang dituju. Kediaman baru untuk Tahun (pengajian) baru...


San Lorenzo -nama rumah baru kami =p

Dipendekkan cerita, saya suka rumah baru kami, besar, cantik dan kos rendah. Bilik baru saya juga menarik. Roomate baru juga baik. Pemandangan pun cantik. Ada apa-apa lagi nak puji??? hehee. Boleh lar...alhamdulillah. Kekurangan diredhai, kebaikan atau keterlebihan disyukuri. (^^)

Maka saya tampalkan je lah buat tatapan semua. Terimalah, sebuah rumah di Kilmacud...sebuah persimpangan antara Dundrum, Stillorgan dan City Centre...















House warming. Sangat suka keunikan gambar ni ;)


Berikut pula koleksi gambar-gambar kegemaran...


matahari pagi...

mencuri snap pakcik posmen (pertama kali perasan mereka berbasikal rupanya..)


ini pokok kegemaran saye..boleh dijumpai dalam perjalanan ke bus stop


gambar sahabat ini terambil secara tak sengaja
Ter'snap' setelah sy membatalkan sesi bergambar kerana latar dilihat tidak menyerlah di dalam kamera..

Tapi ketidaksengajaan ini menghasilkan satu foto yang tiada galang gantinya
Suka sangat emosi gambar ni =)




Sekian dahulu untuk kali ini...


tiba-tiba terasa ini
blog fotografi..=p

2 comments:

  1. Rumah ko serius besar dan cantik..Mahal kut harga kayu..Luar batu dalam kayu..
    Umah Irish mmg cantik2 ek..

    Tgk gambar byg2..mcm panjang sungguh orangnya..

    sian pak cik posmen..mesti dia ingat dia hensem..pak cik, smile..Konica!

    gambar last tu serius unik.. ko tngkap n edit yer.. haha..jahat aku..

    tahniah la,sbb tersnap dgn tidak disengajakan.. =p

    ReplyDelete
  2. urm.. struktur umah kt sini mmg smua dinding, lantai dia ada lapik kayu (4heating purpose agknye).

    hha, pakcik posmen tu xtaula prasan ke x..ak tgh tggu bas time tu, ingt nk snap beskal die je, tp tba2 dia kuar plk..pastu cpat2 ak snap..(lupe plk nk silent kn phone ~bunyi 'klik' kuat kut, hehe..kantoi)

    erm..hey, gmba last tu ak xedit sikitpun tau
    that's apa yg kamera MzW910i haslkn sndri
    :p

    nway, xsume umh irish cantik..tp mgkn lah byknye cantik..depends on landlord r..

    ReplyDelete

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial