myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Friday, April 24, 2009

Hey, pemurah tak Dia?


Ahaha.. saat diri menulis, cebisan-cebisan karbohidrat itu baru membentuk bolus dan masih dihenyak-henyak oleh otot-otot esophagus ku. Cuba teka apakah itu...???

Hehehe..SURPRISE!!!


Aku sure seluruh sistem jasadiyah Mz ini terkezut dengan hadaman hari ini. Barangkali kelenjar liur yang sedang merembes enzim amilase juga boleh terhenti tugasnya oleh kerana kebegituan terkezutan dengan rezeki Yang Maha Kaya untuk hambaNya yang penuh dosa ini.. .
 
Uhh, seakan-akan terdengar kocak-kocak jus gaster yang tak sabar-sabar mahu menyambut gerombolan bolus-bolus yang enak itu. Masakan Jabatan Pemusatan Nafsu-nafsi Sedunia (nama tak komersial ---> p e r u t) itu tidak tahu akan ketibaan dif-dif roti canai yang semakin mampir. Sedangkan awal-awal lagi pekerja kaki lima tunas-tunas rasa sudah menyampaikan pada saraf glossopharyngeal, tetamu kehormat datang!

Bahkan sebelumnya juga gua berbibir dua ini pantas sekali bergema ria dengan gempak gempita ekoran excitednya sang hati tatkala saja cik mata berdua manatap rindu sekujur roti canai plastik bertemankan lipid berempah kari yang menghadap sembah.

Roti canai plastik???
Hahhaa.ini bukan main-main yea. Memang aku nampak dan pegang, memang rasa macam roti canai plastik...tapi boleh dimakan. Heheh. Cantik! Roti canai ini cantik. Terima kasih housemate!

Sudah berbulan-bulan diri ini mengidamkan hidangan ini. Siap berkobar-kobar mahu pulang ke Malaysia lagi demi menuntut hak-hak nafsu. Tapi akhirnya.. .

Pemurah kan DIA?

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH yang telah menggerakkan kaki dan tangan housemate ku ke city semalam dan menggerakkan pula hatinya untuk membeli roti canai segera yang entah dibeli di mana dan akhirnya melembutkan hatinya untuk menghadiahkan ku dengan sekeping ini. Huhu..


Terima kasih Allah =)

Yang pasti aku tahu lipid-lipid ini akan sibuk-sibuk menempelkan diri di celah-celah rectus abdominis ku.. maka secara tak rasminya, hilanglah kesasaan aku. Hahah.


Siapa tak tahu
apa itu rectus abdominis??

biarlah rahsia...


"Dan apabila Kami berikan sesuatu rahmat kepada manusia, niscaya mereka gembira dengan (rahmat) itu. Tetapi apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) kerana kesalahan mereka sendiri, seketika itu mereka berputus asa.."
[ar-Rum: 36]

Bersama renungkan...


aku siap buka netter nak siapkan entri ni
hahah...seriussss

5 comments:

  1. teruna harapan keluarga..April 24, 2009 at 11:18 PM

    alhamdulillah..akhirnya... =>

    hmm...sebelum balik malaysia..hafal 3 perkataan nie dulu..
    "macha,roti canai"
    sambil
    *angkat jari telunjuk,bagi isyarat 1*

    nanti kat malaysia, boleh praktikkan...
    Nway..entry ini bagus!..hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha
    tgh mkn roti canai banjir :P
    hhuhu

    ReplyDelete
  3. .::teruna harapan keluarga::.

    haha..insyaAllah, ak hafal! tp lpas tu nnt nk tunjuk kat sape?? aha..ak tau..nnt ak tunjuk kt ko..haks3x =p

    .:eqeen:.

    wahaha..roti cnai banjirrrr????
    besssssssssssssssssssssssssttt nyerr...
    huhhuhu T.T jeles2... ahah~

    ReplyDelete
  4. rectus abdominis tu ape?? baru terbuka hati nak tau...

    ReplyDelete
  5. cuba lah cari..
    =p

    internet wil give u the answer..hhe

    ReplyDelete

Mhu menjadi yang terbaik. Umat terbaik!

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial