Thursday, September 23, 2010
ICP n brain compression
Monday, September 20, 2010
Fenomena Nurien

Tuesday, September 14, 2010
30/10/10 ???
Sambil lagu Binnabil Huda gemersik kedengaran, berputaran dari laman 'youtube'. Selawat nabi bergema-gema, beriring nada-nada merdu. Awan terus berarak dan menghilang. Berganti awan baru. Bila beredar yang putih, maka tertinggallah latarnya yang membiru.. Subhanallah. Pepohon terus melambai rindu. Mungkin berjuta salam sudah diucapkan kepada kekasih yang dicintai Rabbal Alamin. Kepada penghulu, Sohibul Azman Rasulullah s.a.w...
Dahulu sy selalu tertanya, paling tidakpun sekali sekala memikirkan. Untuk apa kita disuruh dan dituntut berselawat ke atas junjungan Nabi yang mulia. Sy tidak nampak di manakah buahnya. Mungkin juga kita pernah berfikir, apakah manfaatnya kepada Rasulullah s.a.w. sedangkan dirinya sendiri adalah kekasih yang sangat-sangat dicintai ALLAH. Sudahpun dijanjikan syurga. Lalu, mengapa masih kita disuruh berselawat (mendoakan) ke atas baginda?
Masa berlalu, jawapan demi jawapan bertamu. Logik pada pemikiran kita, itulah cara Tuhan melebihkan kekasihNya daripada sekalian manusia. Doa-doa kita bukanlah menjadi sesuatu yang menyelamatkan atau menjadi suatu manfaat ke atas baginda Rasul, bahkan dengannya tertonjollah kemuliaan dan ketinggian kedudukan Rasulullah kekasih Tuhan itu. Sedangkan seorang Raja biasa pun rakyat begitu mendoakan, apatah lagi Rasulullah pemilik semua zaman. Rasulullah s.a.w yang peranannya sungguh tinggi dalam menyelamatkan insan dari jalan-jalan yang dimurkai Tuhan. Rasulullah s.a.w yang masih berperanan sehingga hari ini meskipun zahirnya jasad baginda sudah dimakamkan. Rasulullah s.a.w yang nurnya telah diciptakan lebih dahulu dari apapun sebelum alam ini dan segala isinya diciptakan. Bahkan sebelum Nabi Adam diciptakan...
Alhamdulillah, kini sy sudah bertemu satu lagi jawapan baru yang lebih mempunyai sebab yang jauh lebih tinggi untuk kita berselawat ke atas baginda Rasulullah. Terima kasih Allah. Bantulah hambaMu ini untuk beramal dengannya.. Terima kasih Tuhan =)
memetik kata2 seorang wali Allah..
Saturday, September 11, 2010
Lebaran

yang tak berminat nak ketawa
Sunday, September 5, 2010
Tanpa agama...
"Tanpa agama manusia binasa
Tanpa ilmu manusia buta
Tanpa iman manusia sengsara
Tanpa ukhuwah manusia tersiksa
Ada agama datangnya pelita
Ada ilmu datangnya harta
Ada harta datangnya derma
Ada ukhuwah datangnya saudara"
[petikan lirik lagu Tanpa Agama : Hijjaz]
Hinggakan hari ini, masyarakat tidak lagi berkasih sayang. Ahli keluarga saling membenci. Sesama kawan saling berdengki. Ahli sekampung tidak lagi bersatu hati.. . Saling mengumpat caci mencaci. Sungguh, memang tiada lagi kasih sayang dalam masyarakat kini... mungkin ini bukan pengalaman seorang dua. Siapa yang hidup, cubalah perhatikannya.
Ada benarlah lirik di atas. Mengapa agaknya manusia hari ini terlalu teruk. Bayi kecil dicampak seperti sampah. Zina merata-rata. Jatuh-menjatuhkan menjadi bualan sehari-hari. Selalu timbul hasad dan iri hati. Bukanlah ini hanya mereka dan mereka. Kadang-kadang diri kita sendiri memilikinya, tapi kita tak merasa. Sungguh, manusia seluruhnya telah binasa. Kerana kita telah meninggalkan agama..
Apa yang dilakukan adalah mengikut arus dunia. Dunia mengalir ke lembah neraka, kita turut bersama-sama. Bahkan ketua keluarga juga bersama menggalakkan anak-anak didikannya, bukan membimbing mereka. Kerana apa? Kerana manusia tidak lagi memahami dan menghayati agama. Agama sekadar saduran kulit. Tetapi tidak menjadi darah daging. Kadang kita sendiri tidak sedar bahawa agama kita selama ini tidak sempurna. Kita merasakan diri sudah cukup beragama. Inilah yang berlaku, kerana manusia telah dilarikan dari Tuhan. Hidup terasa seperti esok tidak mati. Benar, tanyalah diri kita.
Kita mengumpul-ngumpul harta. Bukan untuk diderma. Sedekah juga amat payah. Kerana merasakan harta itu milik kita. Merasakan semua itu hak kita. Hurm..Memang susah, susah bila sistem ruhi telah dirosakkan oleh Yahudi..
Kita berhibur hari ini juga bukanlah dengan kata-kata nasihat yang baik. Bahkan sekadar kata-kata yang memuja nafsu cinta, segala jenis cinta yang hakikatnya palsu belaka. Kita bernyanyikan lagu-lagu yang entah apa-apa. Asalkan hati suka, tapi jiwa kosong belaka. Kalau tiba-tiba esok kita mati, menyesal sungguh-sungguhlah kita. Bila terasa ruh ditarik dari tubuh, menangis-nangislah jiwa. Tapi semua tak berguna. Kerana segala taubat itu tidak berguna lagi bila nyawa sudah sampai ke kerongkongan.. Benar. semua benar. Tapi hati ini masih lagi tidak mahu kembali mencari Tuhan. Lihatlah, anda akan membaca dan menyambung kehidupan seperti biasa. Diri ini juga akan menulis, dan esok-esok akan lupa. Kerana hati sudah terlalu jauh dari Tuhan.. :(
hurm.. pernahkah
Semalam, saya terasa betul-betul seperti diri akan mati. Terasa ruh seperti sedang ditarik keluar dari jasad, terdengar bunyi detik-detik yang hampir sangat di telinga. Setiap saat terasa. Hati cemasnya hanya Tuhan yang tahu, segera teringat segala-gala. Amal belum cukup, bakti belum ada. Sungguh-sungguh saya tak sangka itulah waktunya. Saat panggilan itu sudah tiba. Tapi aku belum bersedia! Huhh..sepantas kilat sesal bertandang kerana saya bersenang-senang melelapkan mata. BUKAN kerana mengingatiNya. Kesal teramat-amat kerana diri akan menghadap Tuhan sebagai bukan kekasihNya. Kesallah saya setinggi-tingginya, masyaAllah tak dapat terbayangkan betapa ruginya. Kerana dipanggil menemui dalam keadaan berdosa. Dalam keadaan tidak cintakanNya. Kerana di atas dunia masih berlalai-lalai. Beragama masih cuai. Berjuang masih tidak sungguh-sungguh. Ya Allah..
Ya ALLAH, kalau benarlah Engkau matikan aku semalam, alangkah hinanya pengembalianku. Alangkah aku termasuk orang-orang yang rugi. Ruginya aku kerana tidak benar-benar memanfaatkan usia yang Engkau beri. Ouh, aku ingin pulang sebagai tetamu yang Engkau cintai..
tolonglah aku jgn lalai lagi
Thursday, August 12, 2010
Ramadhan kedua
Cuti? Cuti sy sudah berlalu..kini sudah hampir mencecah usia 3bulan.. Deadline sudah sangat dekat. 3minggu 1hari pasti akan berlalu dengan begitu cepat, sy pasti. Apa yang anda peroleh, dari cuti anda ini?
Hurm. Walaupun rasa seperti sy tidak mempunyai apa2..sy tahu Tuhan telah memberi begitu banyak nikmatNya.. Walaupun yang diterima adalah sedikit kesakitan..sy tahu itu caranya Dia memberikan kita nikmat sihat. Masakan kita akan menghargai yang sihat itu andai tubuh tidak pernah merasa sakit, biarpun sekejap. Biarpun yang diuji hanya kacang-kacangan… Sekalipun yang merasa hingga daging yang terdalam..ruh yang tidak dilihat..
Ujian itu hakikatnya nikmat.
3minggu. 3minggu di bulan Ramadhan…di sisi famili, sahabat-sahabat dan sanak saudara. InsyaAllah..sy
rindu dublin, hari2 boleh tampal
Wednesday, June 2, 2010
Moga harapan menjadi nyata
Bergema suara takbir di angkasa
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa
Betapa hatimu terharu
Menyambut anakmu kembali
Terbayang senyuman di wajah nan sepi
Pulangnya anakmu di pagi yang murni
Kasihmu seharum kasturi
Melambai anakmu kembali
Dalam dakapan keheningan maya
Pertemuan yang menyentuh di jiwa
Sekian lamanya terpisah
Harapan kini menjadi nyata
Kiranya perpisahan terjadi lagi
Anakmu pergi mencurahkan bakti
Doamu teriring selalu
Semoga bertemu kembali
Sedap pulak aman shah ni nyanyi kan... secara tak sengaja je terpasang lagu ni sebenarnya. Tapi, lagu ni memang kena pada masanya la..hehee. Malam ni nak pasang lebih dari 10kali!! Yakin akan lebih 20..hhe.
Malam terakhir... persediaan terakhir. Packing terakhir! Haih, seronoknya balik kampung jauh-jauh ni. Kalau orang tu boleh sampai dengan 'kuda' dia jea.. . kite kena sampai guna burung besi ^^. Wahai burung besi, terbangkanlah aku ke tanah hang tuah pada esok hari. Moga teguhlah burung besi itu menerjah gumpalan-gumpalan awan di langit nan tinggi itu, merentas gurun, gunung dan serata bumi.. . mencari tanah kecilku.
Hurm...
Hehe, malam ni tugas membasuh baju harus berjalan dengan lancar. Esok kita ada agenda yang penuh! Doakan semuanya berjalan lancar yea kawan-kawan. Andai ada apa-apa berlaku, saya terlebih dahulu ingin memohon maaf atas kekasaran dan salah silap selama saya hidup di hadapan dan di belakang anda... Sampaikan salam sayang buat famili tercinta, yang tak pernah mengetahui kewujudan tulisan ini.. .
Berkahilah perjalanan kami Ya Rahim..
Semoga perjalanan ini menambah iman dan amal kami.
Ya Allah, janganlah Kau jadikan kami berkeluh kesah di atas setiap ujian dan dugaanMu.. . Didiklah kami untuk menjadi hamba yang bersyukur. ..untuk setiap titis nikmat yang Engkau turunkan. Allah, bantulah kami untuk memperbaiki diri... kerana Engkau jualah yang menentukan baik-buruk kami.
| | | Dublin to London Heathrow |
| | | |
| | | Thursday, 03 June 2010, 18:15 |
| | | Thursday, 03 June 2010, 19:40 |
| | | BD130 |
| London To: Kuala Lumpur | |||
| Flight: | Malaysia Airlines MH1 | Aircraft: | Boeing 747-400 |
| Depart: | Thu, 03 Jun, 22:00 | Arrive: | Fri, 04 Jun, 17:25 |
| Number of stops: | 0 | Class: | Economy |
semua ^^









