8 years ago
Saturday, February 23, 2013
Kembali
alhamdulillah
ternyata lidah yang sekian lama meninggalkan
masih lembut untuk mengalunkan
moga-moga menjadi amalan
akan berusaha
hati yang kosong ingin ku penuhkan
usah dengarkan anjuran-anjuran yang sempit
kelak yang dikejar tak dapat
yang dikendong berciciran
kerana hati yang ikhlas
hanya dalam ketahuan Allah
Allahu Robbi
Sunday, February 17, 2013
RM2
Bismillahirrahman ar-Rahim
Assalamualaikum wbt. Sekadar 2 minit perkongsian..
Assalamualaikum wbt. Sekadar 2 minit perkongsian..
Sy mempunyai seorang adik lelaki, yang masih menuntut ilmu... Dalam tempoh cuti yang lepas, pernah kami keluar bersama. Dia jadi driver, motorsikal. Maka kami masuk ke salah sebuah kedai S, dan keluar dengan membeli beberapa botol air setiapnya berharga RM2, tanpa disangka dia membayarkannya untuk sy. Walaupun jika diikutkan sy lebih berduit daripadanya kerana dia tidak menerima sebarang tajaan dalam pembelajaran. Dan setelah pulang ke rumah, tidak pula dituntut perbelanjaannya daripada sy. Sy fikir mungkin dia tidak kisah, dan kira dia belanja sy lah. Alhamdulillah, ada orang belanja botol air. pink :)
Dan hari ini, setelah sy kembali ke Penang, sy teringat adik sy juga telah kembali belajar di Behrang. Lalu sy terfikir untuk memenuhi hajat sy untuk mengembalikan wangnya. Sy kira sy mahu memberinya RM10. Lagipun dia dah tolong bawa sy jalan-jalan, kira cover duit minyak jugalah.. Lalu seusai solat dan doa, sy hendak mencapai mini laptop, untuk membuat bank transfer. Dalam tempoh sesaat, hati sy berkata "hm, RM15 lah". Sambil tangan mula nak mencapai, teringat dia cuma disponsor oleh mak ayah, "hm, bagi RM20 lah" dan hati terus nekad untuk mensedekahkan RM20 kepadanya.
Dan kala melaksanakan online banking tersebut, sy terperasan sesuatu. Betullah, janji Allah. Buat 1 kebaikan dibalasNya 10. Mungkin adik sy betul-betul ikhlas membelanjakan sy botol berharga RM2 tempoh hari dan sekarang Tuhan dah gerakkan hati kakaknya untuk menyedekahkan RM20 kepadanya.
Subhanallah, tak rugi orang yang ikhlas berbuat kebaikan. Biarpun hanya nilai yang kecil, jika ikhlas, rezeki diganda-gandakan. Pengajaran yang baru untuk diri ini...ikhlaskan diri biarpun kebajikan yang cuma kecil, sekali mendapat pandangan di sisiNya, akan Dia tambahkan rezeki kita..Allahu Allah
Saturday, February 16, 2013
DIY
Do It Yourself
untuk mengejar kesederhanaan
untuk mengelakkan pembaziran
untuk merasai kepuasan
ala kadar secantik boleh
マズナ さn
boleh in syaa Allah
moga Allah redha
untuk mengejar kesederhanaan
untuk mengelakkan pembaziran
untuk merasai kepuasan
ala kadar secantik boleh
マズナ さn
boleh in syaa Allah
moga Allah redha
Wednesday, February 6, 2013
random
Bismillah
Dulu, saya selalu berkongsi cerita di sini.. kan? Baru tersedar apabila sy trace back jejak tetamu yang view page "Sepuluh hari". Apabila dibaca balik entri-entri yang lepas, terasa seperti sedang membaca blog orang lain pula. hehe. Serius, saya tak mungkin ingat kenangan-kenangan itu tanpa catatan seperti itu. Alhamdulillah, bermanfaat jugalah rupanya penulisan yang lepas-lepas. Kisah-kisah pengembaraan di bumi asing. Sayang, saya tak sempat mencatat tentang kembara bumi Anbiya. Walhal kisahnya jauh lebih panjang dan bermakna...
Tapi sekarang, seperti tidak ada lagi catatan sebegitu. Kerana sy berada di sini. Tanah tumpah darah. Mungkin tidak ada siapa pun mahu mendengar kisah kehidupan di bumi Penang, sebab orang tentu tak berminat nak tahu tentang tempat yang sudah menjadi kebiasaannya. Hehe. Mestilah. Sebab itu tiada catatan...mungkin antara sebabnya juga sy sibuk sekali hari-hari. Masa yang terluang hanya untuk berehat. Tak ada lagi perjalanan pulang sekolah yang panjang seperti berjalan kaki 40 minit seperti tika masih di Dublin. Yang membawa kepada banyak pemikiran dan semangat perkongsian. Tadabbur alam. Rindunya...
Sy akan usahakan untuk mencari sesuatu untuk berkongsi di sini. insyaa Allah. Ayuh saling berpesan-pesan kepada kebenaran. :)
oke. kembali kepada
siapkan TUTORIAL
Subscribe to:
Posts (Atom)