myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Thursday, March 22, 2012

h.u.j.a.n.




Orang kata bila hujan turun itu rahmat

Bunyi hujan turun sangat menenangkan, cara hujan jatuh sangat cantik, sesekali bila berdentum guruh, biar rasa luruh jantung tapi segar jiwa,

kecut perut pada Yang Maha Pencipta

Paling nikmat adalah menadah muka di dalam hujan; sejuk, segar, bersih
rasa ingin berlari, melompat-lompat, atau sekadar bersandar atas buaian menadah hujan
deria rasa muka sangat menginginkan... tapi selalu ditegah oleh pandangan

mak kata, "hujan, masuk"

"jangan main hujan, nanti kena tembak petir"

"demam..."

tapi memang betul paling nikmat berjalan di dalam hujan

seronok juga kadang-kadang pulang dari kuliah berjalan sejauh-jauhnya diteman hujan

tapi itu hujan Dublin, tak selebat Malaysia; mungkin ada seronoknya, cuma kurang seronok jika bila hujan bertambah sejuk dingin persekitaran

menggigil kesejukan!

sampai sahaja rumah, akan segera menukar pakaian berjemur kaki di depan 'heating blower'

hurm, kaki adalah aset penting penentu keselesaan sy, kalau kaki sejuk, tangan pun tak boleh buat kerja, otak nak berfikir belajar apatah lagi.

Begitu juga sekarang di Malaysia iklim Khatulistiwa, penentu enak tidur malam sy adalah keselesaan kaki, tidak boleh terlalu rimas, tidak boleh terlalu sejuk.

eh, entah. sy baru terfikir akan hal ni

setelah sekian lama hidup di dunia




tapi bunyi hujan menimpa atap plastik
di tingkap bilik ini selalunya
menganggu tumpuan
hmm...


Sunday, March 4, 2012

Bismillah


Sy sudah jarang-jarang menulis di sini. Mungkin terlalu jarang barangkali. Sy ingin selalu menulis seperti dahulu... rindu sekali.

Mungkinkah di sini sudah tiada suasana itu lagi..

Bi'ah yang menjadikan otak berfikir...
menjadikan hati celik dan mula mendengar
menggesa mata supaya berair
melimpahkan rasa di dada

Sy tahu di sini, ia tetap ada
cuma hati ini yang hilang kepekaannya
hati tidak peka...
kerana dosa..

Mengapa hati ini menjadi tidak sensitif?? :'(


"Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah."
surah al-A'raf ayat 179




Secebis Renungan...

Islamik Testimonial