myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Sunday, January 8, 2012

tudung labuh


Sy juga suka lihat wanita dan muslimah yang bertudung bulat labuh... Sy rasa mereka sangat comey, cantik dan selamat. Suka :) td sy tiba-tiba teringin google search 'tudung labuh bulat' dan lihat apa yang sy jumpa
'Saya secara peribadi ingin berterus-terang bahawa saya selalu didatangi perasaan yang damai tatkala terpandang wanita yang bertudung labuh. Apabila ternampak mereka dari jauh, rasa sejuk hati ini. Saya rasa ramai lelaki yang mempunyai perasaan seperti ini. Tetapi, kalau mat-mat rock, mat-mat punk, mat-mat rempit, mat-mat disko dan seumpama dengannya, saya rasa mereka takdelah perasaan macam ni. Eh, entah-entah pun ada perasaan yang sama…? Agaknya mereka pun rasa tersentuh, rasa beragama…'
'Isteri saya sendiri bertudung labuh. Sejak beliau di bangku sekolah, di universiti sehinggalah kini bekerja dan berumahtangga. Saya suka isteri saya bertudung labuh. Rasa damai dan tenang apabila saya berjalan di tengah ramai sambil saya memimpin tangan isteri. Rasa cinta dan rasa hidup beragama sentiasa mekar sehingga kini. Mudah2an beliau terus dengan bertudung labuhnya. Kerana mata dan hati ini sejuk apabila melihat beliau berpakaian begitu.'

she is soooo beautiful^^ betul, rasa hendak beragama bila melihatnya
dan selebihnya sila baca di sini =) (klik)

ni pun tudung labuh cantik, kreatif juga pembikinnya, masih kembang dan bulat
sy tetap suka yang kembang dan bulat ^^

Tuesday, January 3, 2012

Tahun baru hmm..


Bismillah, Tuhan Yang Maha Kaya dan Maha Penyantun


Tahun baru masihi sudah menjelma. Berangkat sudah nikmat umur 23 yang baru diteroka, menjengah angka 24. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa hamba pada tahun yang sudah...

Hari berlalu, saat bergerak dengan cepat. Diri masih belum menggapai setiap azam yang dibuat. Dan ini tahun baru, apakah akan muncul azam baru menambah deretan azam pada tahun-tahun yang sudah? Allah...

Ya Allah, bebaskanlah kami dari nafsu yang merosakkan iman...

Jauhkan kami dari mendekati maksiat dan zina..

Kuatkan kami untuk beramal ibadah padaMu...

amiin...ya Allah


Hmm..ada orang berazam untuk belajar memasak. Hhi..almaklum tarikh ijab kabul sudah ditetapkan.. alhamdulillah, semoga Allah mengabulkan hajat beliau dan memberkahi ikatan yang dibina dengan rahmat dan kasih sayangNya. =)

Hajat saya? agar sy lebih beperilaku baik dan menjaga tutur kata dan tidak menyakiti sesiapa.. Susah nak buat, huhu.. insyaAllah, semoga Allah mengingatkan sy setiap hari. Dan semoga sy tidak lalai lagi dalam solat, moga dilayakkan untuk menjadi antara pejuang kalimah Allah.. semoga diri lebih kuat dan lebih kuat lagi menegakkan iman dalam diri sendiri...

Semoga Allah memberkati kalian semua, :)
maaf zahir dan batin...


tiba-tiba teringin pulak
nak buat diary planner
kan bagus beli satu hari tu
hmm....


Secebis Renungan...

Islamik Testimonial