myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Monday, March 28, 2011

Sekuntum rindu...


Kata-katamu bagai kesopanan
Yang kau ajarkan di dalam benak jiwaku
Meski kau tersimpan
Tetap kau masih sentiasa mengembalikan suasana
Untuk kembali mencariNya

Hati kecil tangis untukmu

Jika ku tak harus
tinggalkan dirimu...

Mesti kau di sini, tersemat di sisi

Bergulir aku di hujung gelisah
Teringat syahdu penguat jiwaku
Mengharap lembut syahadahmu
Hadir kembali di tangan ku
Tapi sudah berlalu masa
Yang ada hanya sekuntum rindu

Malam-malamku ku harapkan seribu bintang
Yang terbentang di angkasa, di negeri sini
Untuk sekadar menemani lintasan hati
Mendidik membetul menegur
Salah yang sentiasa tersaji di satu sisi hati

Jika ku tak harus
melepaskan milikku



editasi roman picisan
dedikasi untuk sebuah
peninggalanku di Dublin
T.T

Sunday, March 20, 2011

Tq for ur reminder


"Orang yang jiwanya lemah, sekalipun akal dan fizikalnya kuat tidak mungkin boleh berjuang sampai ke hujung, kerana ketahanan seseorang yang asasi dan utama itu ialah ketahanan jiwanya"

"Kalau manusia itu rasa bertuhan itu kuat nescaya setiap yang berilmu ingin menyampaikan sekalipun tanpa bayaran, setiap yang kaya akan mengagih-agihkan, setiap yang berjuang ingin membela, setiap yang berkuasa ingin menaung dan menjaga."

[ASZ]


has much to be improved yet.. much much more to train myself

Is it so hard to live a life?

It should be harder without Him, i know


not gud enough
not perfect enough
i m so sorry for those around me
really really sorry


Saturday, March 19, 2011

penang...


Bismillah, dengan nama Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, telah selamat kembali ke tanah air tercinta, menyaksikan desa yang ku membesar di dalamnya. Biarpun sekejap cuma.

Kini, telahpun berhijrah ke tempat pengajian seterusnya. Sebuah kota yang terasing dari Semenanjung Malaysia. Sebuah pulau yang kecil sahaja. Tapi teramat sibuk dengan pembangunannya..

Berbeza dengan kali pertama sy menjejak bumi Ireland. Segalanya tersedia. Tapi di sini, sedikit terkesima melangkah ke dalam kamar kubus yang kosong tanpa apa-apa. Bahkan kipas penyejuk badan juga tiada. Hurm... Suasana baru. Kehidupan yang baru. Yang lebih baik harapnya.

Tapi alhamdulillah, kehadiran tilam, meja, rak kecil dan almari yang telah dibeli menampakkan bahawa ianya sebuah bilik... terima kasih Tuhan.

Urm, diharapkan sy dapat memaintainkan rupa bilik ini. huhu. Selalu sahaja kekemasan itu tidak bertahan lama =(

Ok, dengan ini sy berazam agar bilik sy sentiasa nampak kemas, teratur dan bersih serta tidak menyakitkan mata. Semoga azam sy kali ini berjaya....

Sekian, welcome back to a student life~


seganlah pulak nak jumpa
huhuh

Tuesday, March 1, 2011

3hari lagi


Bismillah...

Alhamdulillah ^^. Sedang menghitung hari-hari untuk terbang PULANG ke malaysia =)

Rabu, Khamis, Jumaat, dan Sabtu! Hhihi.. tak sabar rasanya. (tapi, perlu sabar sebab banyak barang-barang perlu dikemas ni) =p

Hurm.. bagasi sy sudah nampak penuh pun. Tapi semua bukan barang-barang sy. Huhuhu. Ada lah 5% mungkin baru barang sy. Hohoho. Macam mana ni? Barang sy semua masih di luar bagasi nih. Hua3.

Tapi tak mengapalah, sy sudah tempah satu kotak untuk dipos terus ke Penang. Jadi mana yang perlu awal sahaja sy akan bawa terbang. Yang lain sila belayar secara berdikari ke Malaysia ya. Hihi. Ikutkan memang tak muatlah kalau nak masuk barang sy sekali banyak-banyak. Tapi tak sampai hati pula nak menghampakan harapan orang-orang di sana. huhu..

Hoorey! Sudah tamat pengajian sy di sini. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.. Tamat sudah exam terakhir semalam. Buat kali terakhir menemubual 'pesakit' Irish, berbahasa Inggeris ala-ala mat salleh. huhu..walaupun lidah ini tetap tidak fasih T T...

'Pesakit' sy semalam pula sangatlah tak mahu membantu. Sampai hati dia. huhuhu. Ditanya, dijawab separuh sahaja. Ditanya open question, dia mahu juga kita tanya specific question. huhuhu. Manalah sy ingat apa lagi symptom-symptom yang terlibat dengan respiratory dan patut ditanya. huhu. Macam-macam ragam..

Mujur. Doktor yang examine sy sedikit baik. Hai, sangatlah cuak. Dahlah jadi orang pertama yang kena examine. (tapi bagus jugak. Taklah cuak begitu lama dalam bilik kuarantin.huhuhu)

Jadi doktor, tolonglah luluskan sy dengan izin Tuhan.

ameen


tamat sahaja exam semalam, keluar makan dengan rakan-rakan seusrah
makan-makan terakhir kami di sini di Nyonya
walaupun mata sangatlah kantuk
bahana tak tidur walaupun sekelip sejak 1130 malam semalam
tapi demi usrahmates ku digagahkan jua...


nak telefon rumah!
bagitahu sy nak balik
hehehee


Secebis Renungan...

Islamik Testimonial