myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Saturday, January 29, 2011

Di sini


Bismillah... Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagiMu Ya Allah. KurniaanMu.. nikmat-nikmat pemberianMu.. Ujian-ujian tanda kasih sayangMu.. Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur. Jadikanlah kami hamba-hamba yang beriman dan bertaqwa kepadaMu..

Subhanallah.. terlalu pantas masa berlalu. Semenjak ziarah bumi Mesir, hampir sebulan sudah. Baru hari ini dapatku menggunakan jemari pemberianMu ini untuk menemui teman-temanku di sini. Masa. Terlalu kehilangan dengan kehidupan. Meski hari-hari berlalu dengan hati yang selalu ingin menulis di sini. Tapi takdirNya mengatasi segala perancangan. Dan DIAlah sebaik-baik perancang dan penentu kehidupan kita. Terima kasih Tuhan...

Terlalu banyak yang telah berlaku sepanjang tempoh ini. Ziarah Mesir dengan cerita-ceritanya yang masih belum kesampaian. Peperiksaan akhir yang ditangguhkan. Permulaan Tahun baru bagi kami para pelajar perubatan, Tahun peralihan ke dunia hospital. Sakit sendu teman-teman... dan bermacam-macam lagi yang mungkin takkan tertulis di sini.

Kehidupan. Begitu banyak ragam dan rianya. Bersama jatuh dan bangun. Begitu juga iman. Jatuh dan naik... Jauh dan dekat dengan Pencipta. Ya Allah, selamatkanlah kami, peliharakanlah kami... T T

Janji sy dengan teman-teman semua untuk bercerita tentang Mesir, insyaAllah sy cuba dari semasa ke semasa. Maaf, kerana sy benar-benar ketandusan masa yang aman untuk mencatat sesuatu di sini. Tapi alhamdulillah, sekarang minggu-minggu hospital sy sudah berlalu. Sy lebih banyak masa kini. ^^ Sekurang-kurangnya tidak terlalu 'hectic' sepertimana dua minggu yang sudah. Tiada lagi keluar awal pagi, balik begitu lewat petang. Dengan kepenatan. Serius, dalam masa 2minggu yang lepas boleh bilang berapa kali sahaja laptop ini terusik. Kemudian hujung minggu lepas pula sangat sibuk dengan sesi mengemas dan mengepos kotak2. Tinggallah beberapa helai baju kini. Bersama 'sedikit' barang-barang dan souvenir. Tak sabar nak pulang ke Malaysia! hee

Sy tidak boleh celoteh lama-lama di sini. Tuhan sudah memanggil. Hamba yang banyak dosa ini harus belajar untuk lebih beradab denganNya. Ok kawan2.. nanti sy sambung lagi. Banyaaaaaaaaaaaaak sangat yang ingin dikongsikan. Ketemu lagi.. insyaAllah



mana boleh bersangka buruk
it's going to be better insyaALLAH


sy mahu kamu kamu semua
jaga diri semua baik-baik
=)

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial