peliharalah Allah::nescaya Dia akan memeliharamu::peliharalah Allah::kamu akan mendapatiNYA bersamamu::apabila kamu meminta sesuatu::maka mintalah daripada Allah::dan apabila kamu meminta pertolongan::maka mintalah daripada Allah
Cuti? Cuti sy sudah berlalu..kini sudah hampir mencecah usia 3bulan.. Deadline sudah sangat dekat. 3minggu 1hari pasti akan berlalu dengan begitu cepat, sy pasti. Apa yang anda peroleh, dari cuti anda ini? Cuba anda senaraikan…
Hurm. Walaupun rasa seperti sy tidak mempunyai apa2..sy tahu Tuhan telah memberi begitu banyak nikmatNya.. Walaupun yang diterima adalah sedikit kesakitan..sy tahu itu caranya Dia memberikan kita nikmat sihat. Masakan kita akan menghargai yang sihat itu andai tubuh tidak pernah merasa sakit, biarpun sekejap. Biarpun yang diuji hanya kacang-kacangan… Sekalipun yang merasa hingga daging yang terdalam..ruh yang tidak dilihat..
Ujian itu hakikatnya nikmat. Kerana dengannya kita memperoleh sabar. Dengannya kita belajar untuk redha.Dengannya kita beroleh kasih sayang manusia.. Dengannya kita sedar betapa cintaNya Tuhan kepada kita. Dengannya maka kita dapat melihat sejauh mana kesyukuran kita selayaknya hamba yang sering melakukan dosa. Apakah ujian yang sebentar dan hadir sekali sekala itu kita mahu berkira dengan Tuhan, sedangkan hidup kita seluruhnya yang dipenuhi berbagai-bagai nikmat kita lupakan begitu sahaja. Kita ini benar-benar hamba yang tidak reti bersyukur. Tidak kenal dan tidak cinta pada Dia yang memberikan segala-galanya, yang memelihara dan menjaga kita dengan kasih-sayangNya. Dialah Tuhan. Tuhan yang telah mengajarkan apa yang tidak kita ketahui. Yang memberikan segala-gala yang kita perlukan.. Duhai hati, mengapa sukar sangat untuk beradab denganNya…mengapa sering lupa.. =(
3minggu. 3minggu di bulan Ramadhan…di sisi famili, sahabat-sahabat dan sanak saudara. InsyaAllah..sy cuba mengusahakan 3minggu itu. Moga 3minggu itu bukan penambah dosa..bukan mencetus kekeruhan.. Bukan juga penuh dengan kelalaian.huhu... Teman-teman, sy mohon maaf sebanyak-banyaknya..andai pernah ada khilaf di antara kita.. Mohon maaf pada yang merasa sy jauh menyepi… Mohon maaf pada yang sering rasa teruji dengan tingkah laku diri.. Mohon maaf pada yang tak sempat bersua muka..bertanya khabar berita. Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik buat kalian..semoga segala amal diterima Allah. Semoga selama perjalanan kita di atas dunia dalam redha Allah..
lama sangat tak menampal rindu dublin, hari2 boleh tampal
"Dan berjihadlah kamu di jalan ALLAH dengan jihad yang sebenar-benarnya. DIA telah memilih kamu dan DIA tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama" [22:78]
Listen n Smile =)
my 7 little samakun (feed..feed..juz click!) mine is pink ;p
Dalam proses mendidik diri
mencintai Pemilik Cint a hakiki.
Kini bertatih menuntun hati
menelusuri warisan Ibnu Sina.
Ingin sekali menjadi makhluk celupan lllahi,
mengejar kesempurnaan
sebelum menemui noktah usia.