myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Tuesday, October 9, 2012

Rindu, rindu...


Kepayahan hidup
itulah satu tarbiyah dari ALLAH
susah mengajar diri untuk bersyukur pada nikmatNYA
yang selama ini dirasakan seperti tidak ada apa

Tatkala diri runsing
itulah ujian untuk hati
agar selalu ingat kepada DIA
agar sentiasa bermohon padaNYA

Ya ALLAH,
terima kasih atas segala nikmat yang Engkau berikan padaku
nikmat yang terlalu banyak untuk hamba menghitungnya
ketenangan yang hanya milik Engkau
ku harapkan dapat memberi jalan
dan menyokongku ketika berada di jalan ini

Ya ALLAH,
panggillah aku untuk bersujud lagi
agar dekat hatiku denganMu
agar tercampak segala noda yang cuba menghalang cintaku
agar syukurku bertambah-tambah lagi
dengan nikmat kurniaanMu

Ya Allah, wahai Tuhan Penguasa Sekalian Alam
perkenankanlah doa hambaMu




Tuesday, September 25, 2012

Alhamdulillah


Pelajaran paling penting dapat dari hospital hari ini,
bangunlah solat tahajjud,
hafazlah alQuran kalam ALLAH
alangkah bersihnya hati kalau penuh dengan ayat-ayat Allah
mesti senang nak belajar kan

Bestnya dengar cerita daripada makcik tadi
sejuk hati ibu punya anak-anak begitu
kecil-kecil sudah berjiwa bersih
dididik dalam maahad tahfiz dengan suasana Islam
hasilnya, anak sekecil 5 tahun pun sudah meminta pada ibunya
mahu memakai purdah, kerana melihat ustazahnya berpurdah

subhanallah

umur 11tahun tapi mampu berkata
'angah redho, mak' apabila si ibu menitiskan air mata
tatkala diberitakan anak lelakinya punyai brain tumour

masyaAllah
hebatnya orang-orang yang disayangi Allah

Friday, September 14, 2012

Pilihan..



more to a reminder for myself..




Thursday, August 9, 2012

Berubah???


Manusia memang selalu berubah-ubah 
dari semasa ke semasa,
kadang-kadang berubah fikiran,
kadang-kadang berubah penampilan,
kadang-kadang berubah sikap...

Jangan salahkan mereka,
kerana perubahan itu 
tanda mereka masih mencari-cari identiti diri
doakan, mudah-mudahan perubahan itu
ke arah kebaikan...



21 Ramadhan
Georgetown













'cepat atau lambat
yang penting perubahan itu ikhlas & istiqomah'

insyaAllah (^^)


Tuesday, July 17, 2012

KHUTBAH RASULULLAH S.A.W MENYAMBUT RAMADHAN


Diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib:
Wahai manusia, sudah datang kepada kalian bulan Allah dengan membawa keberkatan rahmat dan keampunan. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan olehNya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu dimakbulkan. Mohon kepada Allah, Tuhanmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu bagi melaksanakan puasa dan membaca KitabNya.

Malang bagi orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenang dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekah kepada fakir miskin. Muliakan orang tuamu, sayangi yang muda, sambungkan tali persaudaraanmu, pelihara lidahmu, kawal pandanganmu dari apa yang tidak halal bagi kamu memandangnya dan kawal pendenganranmu dari apa yang tidak halal bagi kamu mendengarnya. Kasihi anak-anak yatim, nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkat tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itu adalah saat-saat yang paling utama ketika Allah memandang hamba-hambaNya dengan penuh kasih sayang. Dia menjawab permintaan mereka ketika mereka menyeruNya, menyambut mereka ketika mereka memanggilNya dan memakbulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepadaNya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu, bebaskan ia dengan istighfar. Belakangmu berat kerana beban dosamu, ringankan dengan memanjangkan sujudmu.

Ketahuilah, Allah Taala bersumpah dengan segala kebesaranNya, Dia tidak akan mengazab orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Tuhan seluruh alam.

Wahai manusia, siapa di antara kamu memberi jamuan berbuka puasa kepada orang Islam yang berpuasa pada bulan ini, di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.” Rasulullah s.a.w meneruskan khutbahnya, “Pelihara dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Pelihara dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.”

Wahai manusia, siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini, ia akan berhasil melewati Sirat al-Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaanNya di hari kiamat. Siapa menahan sikap buruknya di bulan ini, Allah akan menahan kemurkaanNya pada hari ia berjumpa denganNya.

Siapa memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah memuliakannya pada hari ia berjumpa denganNya. Siapa yang menyambungkan tali persaudaraan pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmatNya pada hari ia berjumpa denganNya. Siapa yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmatNya pada hari ia berjumpa denganNya.

Siapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa yang melakukan solat fardhu, baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain.

Siapa memperbanyak selawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan menjadi ringan. Siapa membaca satu ayat al-Quran pada bulan ini, ganjarannya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, mohon kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, mohon kepada Tuhanmu agar ia tidak akan dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, mintalah agar ia tidak lagi dapat menguasaimu.

Ali bin Abi Thalib yang meriwayatkan hadis ini berdiri dan berkata, “Wahai Rasulullah, amal apakah yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi Muhammad s.a.w, “Wahai Abu al-Hasan, amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah.”



Sumber: Buku ‘Khutbah Rasulullah, Wasiat Agung Buat Umat Tercinta’, oleh Rohidzir Rais.
 


Sunday, June 24, 2012

ALLAH i luv YOU ♥



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

“Allah `azza wa jall berkata: 

‘Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba-Ku terdapat orang beriman yang tidak boleh diperbetulkan kecuali disusahkan dengan kemiskinan, dan untuk Aku memberi kekayaan kepadanya, sudah pasti itu akan merosakkannya. 
Sesungguhnya, dari kalangan hamba-hamba-Ku terdapat orang beriman yang tidak boleh diperbetulkan kecuali dengan kekayaan dan kemewahan, dan untuk Aku merampas itu daripadanya, sudah pasti akan merosakkannya.
Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba-Ku terdapat orang beriman yang tidak boleh diperbetulkan kecuali dengan kesihatan yang baik, dan untuk Aku memberikan dia kesihatan yang tidak baik, sudah pasti itu akan merosakkannya.
Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba-Ku adalah orang beriman yang tidak boleh diperbetulkan kecuali dengan penyakit dan kesakitan, dan untuk Aku memberikan dia kesihatan, sudah pasti itu akan merosakkannya.
Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba-Ku terdapat orang yang ingin beribadah dengan perbuatan-perbuatan tertentu tetapi Aku menghalangnya supaya kekaguman kepada diri sendiri tidak memasuki hatinya.
Sudah tentu, Aku menguruskan hal-ehwal hamba-hamba-Ku dengan Pengetahuan-Ku tentang apa yang ada dalam hati-hati mereka. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui dan Maha Menyedari.” 

[Hadith riwayat at-Tabarani]




duhai hati, ketahuilah
sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui
dan Dia Maha Adil dan Maha Bijaksana
berdoalah dengan sabar dan solat

Thursday, June 14, 2012

Dunia...



"Ya Allah...Aku akan pergi ke mana saja Engkau hantarkan aku, Pintaku hanya..hantarkan lah aku ke tempat dan padanya yang terbaik buatku, agamaku, hidupku di dunia dan akhirat... Jangan engkau biarkan aku hanyut dalam lautan kesedihan ciptaanku sendiri. Angkatkanlah kesedihan ini dari hatiku. Hapuskan duka dari jiwaku. Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada Allah kami akan kembali. Ya Allah, berikanlah pahala atas musibah yang menimpaku dan berikanlah aku ganti yang lebih baik darinya......"





Secebis Renungan...

Islamik Testimonial