myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Friday, November 12, 2010

seribu tahun dan sejuta langkah


153pm - bersama latar suasana luar kaca tingkap bilik yang nampaknya baik-baik sahaja. Ketenangan alam yang biasa. Awan yang bergerak perlahan. Dahan pokok-pokok yang kini tinggal ranting, bergerak sekali sekala, tanda kehadiran udara laju. Cerobong asap rumah nun di sana juga berkepul-kepul mengeluarkan asapnya. Sesekali ada yang terbang melayang...

Hurm, hari ini 'hari baru' untuk semua orang... selepas berakhirnya mimpi-mimpi exam midterm yang selalu membuatkn tidur tidak lena. Perlu rehat tapi tak mampu demikian. Itulah antara kenikmatan hidup yang Tuhan izinkan untuk diri ini merasa. Bezanya tidur 8jam terus menerus dan tidur dalam semalaman bangun entah mungkin mencecah 10kali, tetapi lemah dan tak mampu dengan semangat yang sedikit untuk bangkit ke meja studi. Betapa suasana itu berjaya mengejut malam-malamku sebanyak itu. Tapi hakikatnya diri masih belum mampu...

Alhamdulillah, kami menerima 'hari baru' pada hari ini... Semua rakan-rakan serumah sudah bertebaran ke sana sini dengan agenda masing-masing. Ada yang ke taman rimba... ada yang mungkin memenuhi keperluan peribadi... ada yang ke city. Cuma aku, tinggal seorang di sini. Ingin sahaja hati ikut bersama untuk menjejak taman Powerscott itu.. buat pertama dan terakhir kali. Tapi, mungkin lebih memerlukan rehat di rumah ini. Biarlah, untuk hari ini. Sy sedang mencari kehidupan sy yang tersendiri. Kemampuan sy dan mereka tidak sama mungkin.. .

Kita memang berbeza. Tuhan menciptakan kita masing-masing berbeza. Kita punya kelemahan dan kelebihan masing-masing yang berbeza. Cuma, apakah kita pandai menerima pemberianNya dan bijak menggunakanNya..

Itulah, masih mencuba untuk belajar menerima pemberian Tuhan ini dengan sebaik-baiknya. Semua yang Dia berikan adalah yang terbaik untuk diri kita. Semua, semua dan SEMUA.

Baik perasaan yang berubah-ubah, mood yang bertukar ganti, kejayaan, kegagalan... Susah, senang, sakit, sihat dan apa-apa yang muncul dalam kehidupan kita ini sebenarnya semua adalah nikmat Allah. Kalau kita pandai menerima, segalanya akan terasa seperti nikmat, kan. Hurm...

Masih belajar untuk menerima SEMUA dariNya...='(



tiap saat
ketikaku

Tuesday, November 9, 2010

belajar dan terus belajar tentang kehidupan





Alangkah indah hidup ini

hidup bersama Illahi

kehendak Allah difahami

pandai menerima dariNYA


bijak menggunakan nikmatNya

ia dianggap ibadah

semua diberi pahala

tarbiyah Allah berhikmah

SABAR dengan ujian . . .

tanpa hisab akan diganjari

nikmat yang diberi memudahkan untuk berbakti

merasai pemberianNya itulah tanda bersyukur

akan ditambah lagi nikmat yang diberi

terseksa bermujahadah

kerana ingin menempuh jalan

untuk menuju Allah panduannya Allah tunjukkan

korban harta fisabillah agar berdaulat kalimatullah

setiap kebajikan 700 digandakan


tawakkal kepada Ilahi

terutama mengenai rezeki

tanpa ragu-ragu walaupun sedikit

ada jaminan pembelaan dari Nya

bila taqwa pakaian kita

urusan kita dimudahkan

kerana kita sudah menjadi ahlillah

begitu indah hidup bersama Tuhan


Alangkah indah... jika difahami.. T T


Tuesday, November 2, 2010

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud




Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..


Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii
(berilah aku petunjuk)


Wa'Aafinii
(sihatkan aku)


Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja


Terima kasih Allah... :)


usaha!
perbaiki diri

Saturday, October 30, 2010

Engkau Hendak Berjuang??



Engkau hendak berjuang?
Bagus kalau itulah yang kamu mahu

Berjuang sasarannya adalah manusia
Engkau mesti kenal manusia lahir dan batin
Engkau tidak akan kenal manusia sebelum engkau mengenal dirimu sendiri

Sudahkah engkau kenal dirimu sendiri?
Sejauh mana engkau kenal perjalanan fikiranmu?
Apakah fikiranmu sudah Islam?!

Sudahkah engkau kenal nafsumu?
Fahamkah engkau kehendak-kehendak nafsumu?
Ke mana dia hendak membawamu?!
Apakah kehendak Islam dengan kehendak nafsumu selari?

Lebih-lebih lagi sudahkah engkau faham jiwamu?
Jiwa ada perasaannya
Perasaannya ada yang positif dan ada yang negatif
Yang positif hendak dilepaskan
Yang negatif hendaklah ditahan
Melepaskan yang positif, menahan yang negatif
Adalah satu perjuangan
Ia lebih besar daripada perjuangan yang lahir ini
Bahkan yang lahir ini ditentukan oleh yang batin, iaitu jiwamu

Kalau engkau berjuang tidak faham ini semua
Ertinya engkau laksana masuk ke hutan belantara
Yang tidak mempunyai pedoman
Tidak ada kompas, tidak kenal kedudukan hutan
Jangan-jangan engkau akan tersesat nanti
Marabahaya hutan akan membinasakan kamu
Bahkan rimau pun boleh membaham kamu

Kawan, perkataan berjuang mudah disebut
Tapi tidak mudah difahami
Berjuang mudah diperkatakan
Tapi tidak mudah dikotakan

Ia memerlukan ilmu yang cukup
Tidak sekadar semangat yang cukup
Ia memerlukan pemimpin yang tepat
Yang boleh memimpin dan ia ditaati

Kalau belum sampai ke taraf ini
Engkau tidak berjuang lebih selamat daripada berjuang
Kalau engkau berjuang juga
Ingatlah kerosakan yang engkau lakukan lebih banyak, tanpa disedari
Sekalipun niat engkau suci



sungguh hari ini miladmu
izinkanlahku untuk kekal bersama
sekalipun ku tahu...aku jauuuhhh T T

Tuesday, October 26, 2010

sedangkan diriku insan biasa


Kadang-kadang,
kita rasa kita hebat sebab boleh trace masalah orang
lalu gelombang negatif orang tersebut berpindah dan mengena kita
tapi hakikatnya, masalah tidak akan timbul pun
andainya kita tak menimbulkan pun isu tersebut
dan menerima orang tersebut sedang menghadapi 'gangguan' yang ditakdirkan Tuhannya
dengan seadanya
lalu salah siapa?

Kadang-kadang,
kita selalu anggap orang lain
selalu melahirkan benda di dalam tindakan
dan lahirnya benda itu telah merosakkan kita
tapi logiknya apa yang di dalam akan terzahir di luar
sepertimana hati yang baik melahirkan perkerti yang baik
hati yang cacat melahirkan perlakuan yang cacat
lalu kenapa hendak disalahkan pada kejadian?
sebab setiap itu ada hikmahnya
dengan itu baru kita tahu apa yang zahirnya kita tidak boleh tahu
dengannya kita mengambil tindakan
untuk membaiki atau membetulkan
bukan menyalahkan dan lebih merosakkan

Kadang-kadang,
memang susah juga nak berkongsi betul-betul
susah juga nak memenuhi kata-kata menjadi perbuatan
kelmarin kita berkata, hari ini kita sebaliknya
sebenarnya sangat susah mungkin
untuk menjadi suatu kesenangan kepada orang lain

Tanpa kadang-kadang di atas
Maka sy tidak mungkin membunuh emosi sesiapa
malah sy tidak mahu!
Tapi jika ada yang was-was hal di atas akan terjadi juga
Sila jangan berhubung dengan diri ini lagi
Kerana sy seorang perempuan
Kenapa entah 'perempuan' ni macam ni?
Mungkin soalan itu patut ditanya kepada Tuhan

Sebab DIA yang Menjadikan
Maka DIA lebih Mengetahui

Jika ditanyakan kepada sy
Hanya jawapan yang tidak rasional akan diperoleh
sebab sy seorang perempuan

hurm, tertanya juga...
benarkah emosi kita sendiri tidak pernah dilahirkan baik dalam tindakan, perkataan atau...langsung?
sekalipun sy bukan seorang 'perempuan'

kalau anda mendapat jawapannya 'ya'
maka anda manusia terpilih


sebenarnya tidak ada susah dan senang kan
susah sementara, senang juga sementara
semuanya sekadar kehidupan dunia
ilusi dan perasaan yang menduga

Thursday, October 21, 2010

cahaya Mu



Sendiri menyepi.. .

tenggelam dalam renungan

Ada apa aku

seakan ku jauh dari ketenangan

perlahan kucari

mengapa diriku hampa…

mungkin ada salah, mungkin ku tersesat,

mungkin dan mungkin lagi…

Oh Tuhan aku merasa

sendiri menyepi

ingin ku menangis,

menyesali diri, mengapa terjadi

sampai kapan ku begini..

resah tak bertepi


kembalikan aku pada cahayaMu

yang sempat menyala

benderang di hidupku..


ku ingin cahayaMu

benderang di hidupku


Ada yang ingin kutulis. Sudah diayat-ayatkan semalam, sepanjang perjalanan pulang itu. Sepanjang-panjang tempoh 60minit bertemankan alam. Kehidupan malam. Si penyeri itu. :) terima kasih Tuhan...

Tapi tidak berjaya, seperti biasa. Entri itu tertinggal sahaja di ruangan angkasa. Bersama entri-entri yang terdahulu. Mungkin kerana tidak perlu. Mungkin, lebih baik untuk menjaga hati...

Tapi semalam, bila dibanding-banding cahaya itu. Tiada tolok bandingnya jika nak disamakan dengan cahaya 'ciptaan' manusia. Lihat lampu jalan itu. Dan lihat yang tergantung di langit itu. Serinya tak sama! Kurasakan bersihnya cahaya yang dipantul bulan. Langsung tak menyilaukan. Sangat senang mata menatapnya, meskipun jauhnya hanya Tuhan yang tahu. Lihat lampu tiga warna ini, juga tak seindah cahayaMu. Bagaimanalah agaknya... Purnama penuh bersinar itu sungguh-sungguh cantik. Tapi itu cuma bahagian ketiga baginda. Yang pertama dan kedua? Pasti lebih-lebih lagi.... Subhanallah~ agungnya kekasihMu..

Hadis riwayat dari Imam Abdul Razak, "Dan telah meriwayatkan oleh Abdul Razak dengan sanadnya dari Jabir bin Abdullah radiallah anhu, beliau berkata;

"Ya Rasulullah, demi bapaku ,engkau dan ibuku,
khabarkanlah daku berkenaan awwal awwal sesuatu yang Allah Taala telah ciptakan sebelum sesuatu! Bersabda Nabi s.a.w : Ya Jabir, sesungguhnya Allah Taala menciptakan sebelum sesuatu, Nur Nabimu daripada Nur-Nya. Maka jadilah Nur tersebut berkeliling dengan QudratNya sekira-kira yang menghendaki Allah Taala...hingga akhir al hadis.

Menurut Dr. Ali Jum'ah al-Syafi'i yang merupakan Mufti Republik Arab Mesir antara menjawab persoalan mengenai kedudukan Rasulullah s.a.w. Di dalam kitab "Al-Bayan Lima Yusyghil Al-Adzhan".

Read more: bilikaunseling :
Keagungan nabi Muhammad SAW =)


Wednesday, October 6, 2010

Calon penghuni syurga~


Dari Abdullah bin Abbas r.a. : Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Mahukah ku beritahukan kepada kalian tentang isteri-isteri kalian yang termasuk penghuni syurga? Yaitu perempuan yang mencintai suami, mempunyai banyak anak, dan selalu meminta maaf kepada suaminya. Jika ia menyakiti atau disakiti, ia segera mendatangi suaminya dan memegang tangannya, lalu berkata,

“Demi Allah, aku tidak akan tidur sebelum engkau ridha kepadaku.”

[ HR Al-Nasa’i ]

Hadis di atas menggambarkan beberapa hal sebagai berikut :

Pertama, karakter perempuan Muslim yang soleh, yaitu perempuan yang mencintai suaminya dan selalu menjaga ikatan pernikahannya dengan baik. Dialah perempuan idaman yang perhatiannya kepada suami lebih besar daripada kepada orang lain. Baginya, suami dan keutuhan rumah tangga adalah dua kekayaan yang hakiki dan pusaka utama yang tidak akan tertandingi oleh harta yang berlimpah. Apabila seorang isteri mampu mencintai suaminya, menjalani kehidupan rumah tangganya dengan baik, dan menjaga keutuhan pernikahannya, ia pasti akan meraih syurga yang dijanjikan. =)

Kedua, isteri yang mencintai suami akan sentiasa memohon maaf kepadanya, baik kerana telah menyakiti mahupun kerana disakiti, mendatanginya, dan mencium tangannya untuk memohon keredhaannya. Ia tidak akan pernah bisa tidur sebelum memperoleh keredhaan suaminya.

Ketiga, isteri yang mencintai suami selalu bersungguh-sungguh dalam melayani suaminya dan mentaati perintahnya. Bahkan, ia mahu merendahkan diri dan merasakan berbagai macam kesusahan demi memperoleh keredhaan Allah s.w.t.

Keempat, perempuan yang mencintai suami tergerak untuk mengingatkan kelalaian suaminya terhadap kewajiban agama. Ketika suaminya lupa solat, berzikir, dan menjalankan tanggungjawab , ia akan mengingatkan dan menyedarkannya, serta mendorongnya untuk melaksanakannya. Inilah antara empat sifat perempuan yang dijanjikan syurga..

sumber : buku hadiah "100 pesan nabi untuk wanita solehah"


Semoga sy dapat menjadi seperti ini suatu hari nanti...huhu


Secebis Renungan...

Islamik Testimonial