myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Saturday, November 21, 2009

Hati yang tak terbalas...


Maaf. Kurang berkesempatan. Terlalu lama ingin menulis di sini. Tetapi, kekangan masa dan ruangan peribadi (mungkin) menjadikan suara-suara kecil ini tidak kedengaran. Saya malu untuk menulis blog di hadapan mereka. huhu. Sementelah kini saya 'beroomate'... =)

Hmm... alhamdulillah. Terima kasih Tuhan untuk waktu-waktu yang diberikan, setiap langkah yang terjejak, setiap detik kemanisan ukhuwwah yang terbina, dan untuk setiap cahaya yang Engkau suluhkan supaya kami mendapat kebenaran. Terima kasih ALLAH...

Sesungguhnya beribu-ribu memori itu tak termampu saya lakarkan di sini. Tapi, sebenar-benar ingin sekali mengucapkan setinggi terima kasih untuk teman-teman, untuk ahli Rifa dan teristimewa untuk ibu, ayah, along dan selanjutnya atas ingatan. Semoga Allah membalas kebaikan kalian dengan rahmat dan redhaNya. Jazakumullahu khayran kathiran..



sebuah kad dari luar negara (malaysia) yang menemuiku sebulan awalnya


sebuah rumah (burung) -mungkin persediaan housemates sblm sy dibuang kewarganegaraan san lorenzo =p


sepasang katak comel di sock kaki yg sy jadikan sock lengan


baby cow dan baby bear
(hasil yang sy dapat selepas mengunjungi Rifa utk QC)


Sebuah bekas puding roti enak, air tangan sahabati
(maaf, isinya sudah habis)


Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu (Muhammad) siarkan."
[Ad-Dhuhaa: 11]



Tuhan,
sungguh Engkau lebih mengetahui
apa yang besar ertinya buatku


Friday, November 13, 2009

kala senja itu tiba..




6/27/2009


Kala senja itu tiba

Kutermenung sendirian

Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan

Dosa yang aku lakukan

Menerjah ruang fikiran

Masihkah ada untukku keampunan..


Gelap rasa dunia ini

tanpa cahaya Illahi

baru kini kusedari

jalan yang aku lalui

memusnah pedoman hidup

melempar hatiku ini ke lembah kehinaan



Dalam kegelapan itu

Terbit cahaya dariMu

Memandu hambaMu menuju iman

Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran


Kau terangi jalanku menuju syurgaMu

Dan Kau tunjuki dengan hidayahMu

Hanyalah padaMu kuhadapkan diri

Mohon keampunan



Wahai Yang Maha Pengasih

Bantulah hambaMu ini

Yang kian terumbang-ambing

Di dalam arus duniawi

Kuberdoa kepadaMu

Memohon limpah rahmatMu

Mentari hidupku kan bersinar kembali




terlama menunggu
tersejuk terbeku
terasing di situ

mujur tuhan
ilhamkan
payung
=)

Sunday, November 8, 2009

. . .. .


Sy tikus

Sy sedang membaiki labu


Alamak!!! labu sy rosakkk..



Di hati bersama mengembara
Tiba masanya tika saatnya kuterasa
Meredah lautan kasih sinar iman yang subur
Redup menyinar hati sanubariku

Kutabahkan hatiku dibuang berkelana
Gerimis hati terpaku sukma
Semoga hidayahNya kan terus menyinar
Penuhi alam kegelapan

Berikan kekuatan dalam mencari sinar
Di jalan ini kuhadapi duka dan sedu sepi
Bersama teman-teman harungi perjuangan
Biarpun kekurangannya ada
Takkan ku gundah

Kita akan bersama
Menempuh segalanya
Bersatu hati mendamaikan jiwa yang keluh resah
Janji patri bersama ikatan teguh setia
Berjaya menuju gerbang impian kita harapkan

Di hati kita bersama..

Di hati kita melangkah...

Jangan dipisahkan kasih bersaudara

Jangan didendamkan ukhuwah yang terbina..


This song is dedicated to my best buddy, my best friends & my dearest headphone


"Biarpun kekurangannya ada
Takkan ku gundah "

kamu tetap labu terbaik sy

Friday, November 6, 2009

Well, i will...


"Okay, see you later buddy," tegur classmate irish yang duduk bersebelahanku tadi sambil mengambil barang-barangnya untuk berpindah tempat. Lambat aku men'digest' patah-patah kata mudawan irish yang sama-sama tiba lewat itu tadi. Sedar-sedar aku sedang menganggukkan kepala sambil fikiran baru sibuk menterjemah bahasa yang dilontarkan. Sekadar senyuman memulang jawapan. Ouh, hha.. geli hati dengan perlakuan sendiri.

Sekadar memori baru untuk saat peralihan dua 'lecture' sebentar tadi.

F o k u s hari ini hilang entah ke mana. Bebelan Philips Newsholme sekadar mencecah gegendang telinga, langsung tidak ke otak untuk dicerna. Apatah lagi yang disyarahkan molekul-molekul yang tak pernah ternampak oleh mata kasar. Entah teori siapa-siapa yang diperbenarkan dan 'kebenaran' itu pula mahu disampaikan kepada kami untuk di'benar'kan. Huhh..saya memang anti-biochemistry.

Namun, bukan itu yang sebenarnya membuang fokusku tadi. Bukan, aku masih betah menerima kalaupun diri ini tidak sudi mem'benar'kan. Tapi, ada sesuatu yang lain yang bersesak di fikiran. Hurm..

Saat-saat yang berlalu selama hampir 2jam itu dihadapi bersama gerak-gerak tubuh yang sedang menikmati rasa yang sesekali menghujam di belakang. Bilakah mahu berakhirnya, ya tuhan.. Sesak. Sesak wilayah trafik neuron ku dengan perkaitan-perkaitan yang cuba dihubungkan antara persoalan dan kemungkinan jawapan. Dua, tiga hari ini ku semakin rajin untuk berfikir tentang itu.

Ya Allah, andai ada sesuatu yang belum Kau zahirkan padaku, izinkanlah aku mengetahuinya...

Dan kurniakan aku kekuatan untuk menerimanya..


"Dan ALLAH tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannyatelah datang. Dan ALLAH Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan."
[al-Munafiqun:11]



Terima kasih Tuhan atas hadiah-hadiah pelangiMu hari ini =)


Sekadar pencetus
rungkaian permasalahan

Saturday, October 31, 2009

Status



'Beliau kecintaan saya'


Beliau 1
Beliau sedang sibuk mengurus rumah tangga. Bersama dilema penyakit-penyakit tubuhnya. Bersama sejuta kelemahan otot-otot dan deria-deria yang menguji jiwa. Meski begitu tetap tegar menjalankan kewajipan sebagai isteri yang solehah. Sedaya upaya menyokong dan mendorong teman hidupnya untuk sama-mendekati ALLAH. Kudoakan semoga beliau tetap terus tabah. Moga akhirnya nanti beliau dikurniakan jannah..

Beliau 2
Beliau sedang di fasa mujahadah jiwa. Menghadapi hari-hari baru bertemankan Allah. Berteleku di sejadah tiap kali suara azan mencecah gegendang telinga, berpindah kepada osikel-osikel kecil, menyerbu salur separuh bulat, terus berlarutan menyentuh-nyentuh jiwanya. Kudoakan semoga Tuhan terus menerus memberinya ketenangan jiwa. Agar kukuh jiwanya untuk menghadap lagi Tuhannya. Agar kemanisan iman dan amal itu bertandang di hatinya.. supaya kita sama-sama merasa betapa kehilangannya kita jika kita kehilangan ALLAH.

Beliau 3
Beliau sedang di dalam kesabaran dan kepahitan yang amat payah. Meski tak diluahkan, meski kedengarannya tegar, ku tahu jiwanya lemah. Pembedahan yang bakal dihadapi moga-moga dipermudahkan ALLAH. Semoga hikmahnya tersebar luas lalu menakung kembali molekul-molekul H2O yang bakal tumpah. Bukan mudah untuk seorang ibu kehilangan kandungan sulungnya. Mudah-mudahan ALLAH menyelamatkan. Mudah-mudahan Tuhan mengizinkan fetus itu untuk terus berkembang dengan kesihatan iman, amal dan ihsan. Ya Allah, kumohon permudahkanlah..

Beliau 4
Beliau juga di fasa dilema yang sama. Perkembangan sel-sel yang tidak terkawal menghantui hari-harinya. Siang dan malamnya kini bertemankan ayat-ayat penyembuh dari Allah. Moga ilmu perubatan Syifa itu sedikit sebanyak membantunya. Moga apa yang bakal berlaku di hari mendatang bukan sesuatu untuk dikesalkan. Kerana segala-segalanya telah dicatitkan oleh ALLAH dalam kitabnya. Telahpun lebih awal disimpan di Lauh Mahfuz sebelum sekujur tubuh kecil itu dilahirkan ke dunia. Moga kehidupan ini kita hadapi bersama. Kita amali bersama dengan bekal iman dan islam di dada. Kerana kehidupan yang selamanya adalah di sana... akhirat yang dijanjikan Allah. Duhai saudaraku, bersabarlah..

Beliau 5
Beliau juga sedang pada usaha istiqamahnya. Ku yakin sejauh-jauh hati manusia, hakikatnya kita ingin selalu dekat kepada ALLAH. Kerana kita bukanlah sesiapa tanpa ALLAH. Pekerjaan kita di dunia setiapnya dalam genggaman ALLAH. Mata rezeki kita semuanya adalah atas kehendak ALLAH. Maka kepadaNYAlah kita menyerah. KepadaNYA kita meluah. KepadaNYA kita memanjatkan hajat dan cita. Kerana kita ini sekadar segumpal tanah yang tak bernilai tanpa bimbingan ALLAH. Kita ini makhluk bergerak yang terhina tanpa ajaran ALLAH. Kerna itu, janganlah sesekali kita melarikan hati dari tuhan yang telah menciptakan kita...

Beliau 6
Beliau bersama tema dan cita-citanya hendak menyempurnakan sebahagian dari syariatNya. Melengkapkan sebahagian dari iman. Setakat ini, itu sahaja yang mampu kukatakan. Moga Tuhan merahmati dan memberkati hidup saudaraku. Semoga terhaluan kepada jalan yang menuju ke arah kebaikan. Kebaikan dalam beragama dan kebaikan dalam bertuhan. =)

Beliau 7
Beliau masih bergembira dalam kekeliruan alam remajanya. Alam kebiasaan kita tanpa fahaman. Mempelajari tanpa mampu mengerti. Menghadapi tanpa kisah tentang hakikat realiti. Kudoakan hidupmu terus-terusan dalam bimbingan Tuhan. Moga langkah-langkah itu tidak lari dari garis iman. Ya Allah, peliharakanlah...

Beliau 8
Beliau masih bersama labu-labunya. Cubaan berenang ke lautan perjuangan bersama sekadar sebuah labu kecil hasil 20tahun penanaman. Semoga labu itu semakin membesar, bisa memudahkan proses menentang arusnya. Moga bisanya andai suatu hari labu itu pecah, beliau tegar berenang menggunakan sedaya tenaga yang tersisa. Ya Allah, ya Allah, ya allah... kuatkanlah.



Ya Allah

jadikanlah aku hambaMu yang selalu berdoa kepadaMu

dengan setulusnya

ketika dalam keadaan tenteram

sebagaimana tulusnya doa orang-orang yang terpaksa

kerana berada dalam kesempitan . ..

a m e e n


yang ingin cintaMu..




Friday, October 30, 2009

Psssstt.. .


Memaafkan itu mengubati hati luka

Meletakkan kesalahan atas diri menjadikan hati reda


Kalaupun aku tak berjaya meluahkannya, suara hati itu tetap akan bergema. Daripada terus dibiar sakit, biarlah beban itu ditaruh pada tubuh sendiri, kerana yang demikian itu lebih mengubat jiwa ini.

Hari ini aku belajar, bahawa kasih sayang manusia itu tak sempurna. Sejauh mana dipertahankan pun, tetap wujud cacat celanya. Sekasih mana ayah pada anaknya pun, pasti ada sakitnya. Semurni mana persahabatan diwujudkan pun, pasti luka mencelah. Bukan niat kita, bukan sengaja kita sakiti sahabat kita. Tapi sememangnya kasih sayang manusia itu takkan pernah sempurna. Tak setanding kasih sayang Allah...


Maka, dalam kebanyakan hal, yang sering menyakiti hati kita, ingatlah pesan ALLAH dalam kalam-Nya,

"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh."
[7:199]

Sungguh yang memegang hati-hati itu adalah Allah, Tuhan yang telah menciptakannya. Maka mohonlah pada-Nya. Carilah kekuatan dari-Nya. Kerana DIA jua yang berkuasa menghilangkan penyakit-penyakit yang menempel di hati manusia..

"Dan DIA menghilangkan kemarahan hati mereka (orang mukmin). Dan ALLAH menerima taubat orang Dia kehendaki. Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana."
[9:15]



Sekadar secebis pesanan buat d i r i

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. . ."
[49:12]


"Sungguh, ALLAH mengetahui yang ghaib (tersembunyi) di langit dan di bumi. Sungguh, DIA Maha Mengetahui segala isi hati."
[35:38]


Okies. Sekian pesanan ringkas dari ALLAH untuk hati-hati yang sering menjadi sasaran peluru berpandu syaitan laknatullah. Alhamdulillah, dapat isi juga ruang maya nie setelah seminggu lebih terabai oleh penulisnya. Huhu. Ngantukss... Tapi tiba-tiba terjumpa, err

"(Ingatlah), ketika Allah membuat kamu mengantuk untuk memberi ketenteraman dari-Nya, dan Allah menurunkan air (hujan) dari langit kepadamu untuk menyucikan kamu dengan (hujan) itu dan menghilangkan gangguan-gangguan syaitan dari dirimu dan untuk menguatkan hatimu serta memperteguh telapak kakimu (teguh pendirian)."
[al-Anfal : 11]


Wah sayangnya Tuhan pada kita! Tak sangka begitu sekali kejadianNya. MasyaALLAH... Sekecil-kecil perkara mengantuk pun hakikatnya adalah nikmat ALLAH rupanya. Kita je yang tak menyedari, isk. Dan lagi, hakikat berwudhu'. Rahsianya sila rujuk ayat di atas.

Padanlah...memang patutpun mengamalkan penjagaan wudhu' setiap masa..banyak rahsianya =)



Y a Tuhanku,

anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMU

yang telah Engkau anugerahkan kepadaku

dan kepada orang tuaku

dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai;

dan masukkanlah aku dengan rahmatMu

ke dalam golongan hamba-hambaMU yang soleh...


[sumber: doa Nabi Sulaiman dalam surah Semut]



Wednesday, October 21, 2009

kecil bukan tak bererti


Lama sungguh entri itu saya tinggalkan ya.. Sibuk? Anda boleh kata ya. Minggu saya yang sudah agak payah. Payah dalam erti penyusunan pemikiran. Tapi itu sekadar exam Japanese dan Neuroanatomy (mungkin bersama pemikiran tutorial menjadikan ruang waktu yang sangat terhad). Huhh. Bagaimana pula agaknya minggu hadapan. Kami bakal menghadapi 3 lagi ujian getir. Mujur juga subjek Locomotor Biology ditangguhkan ke Isnin yang berikutnya. Kalau tidak, kami terpaksa bertarung geliga 3hari berturut-turut 4paper! Huhh..terima kasih Allah.

Berkata tentang entri yang lepas, hakikatnya saya tahu bukanlah kesibukan itu yang menghalang. Bahkan sebenarnya saya tiba-tiba hilang yakin. Bimbang pula saya untuk mengolah sendiri.. Berhubung dengan alam yang nampak mudah, tapi selalunya susah untuk diamalkan. Hurmm...

Tanya diri anda, susah benarkah melihat sesuatu lalu meletakkan dihujungnya suatu kuasa yang Maha Sempurna iaitu Tuhan. Setiap hari, bermacam perkara berlaku dalam hidup kita. Dari kita buka mata hinggalah Allah menutupkannya semula, kalaulah anda seorang yang mencatat segala yang berlaku dengan terperinci, mungkin anda tak punya masa untuk mengolah semua kejadian ini.. Kerana terlalu banyak hikmahnya. Terlalu dalam impaknya, yang terkadang tak tercapai dek akal manusia. Tapi, dalam sebanyak-banyak perkara itu.. apakah pernah kita memikirkannya walau sebarang dua? Ataukah dalam satu hari itu anda langsung tidak pernah ambil peduli tentang setiap keremehan yang terjadi? Mungkin statusnya 'remeh' di mata kita, tapi sungguh tinggi nilainya bagi mereka yang berfikir...



"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar?..."
[22:46]

Semalam, dalam perjalanan dari rumah ke rumah (di daerah UCD) seorang sahabat memukul dahan pohon-pohon yang telahpun menguning dedaunnya. Katanya mahu membuat adegan filem Korea (=p). Kerana saat ini di daerah kami telah mula menunjukkan ke'autum'annya. Pohon-pohon menguning dengan cantiknya bersama helaian-helaian daunan yang bertaburan. Tapi, paluan raket skuasy itu tidak berjaya menggugurkan sehelai daun pun. Kami berpandangan. Sekadar tersenyum dengan ketidakberjayaan tadi.


'autumn on goin'

Seketika teman saya itu berkata, "Tengok, kalau Allah dah kata daun ni takkan gugur, tetap takkan gugur walaupun ia dah kering di atas dahan."

Benar. Benar sungguh kata-katanya. Masyaallah, subhanallah... Mungkin saya malas menggunakan akal untuk berfikir tentangnya..terima kasih Allah kerana menghantar teman ini untuk menyebutkannya kepada saya.. alhamdulillah.

"Jum, kita cuba lagi yang itu," sengaja saya mengajak teman saya mencuba lagi, kali ini pohon yang letaknya lebih jauh dari kami. Satu, dua (kasihan pokok itu tentu sakit dipukul oleh kami..isk). Sehelaipun tidak gugur.

"Kan Allah dah kata, kalau 'tak gugur' maka tak gugurlah." Ulangan suara versi berbeza yang menderaikan tawa kami. Kami pun berlalu. Betapa hebatnya kuasa Allah... Itu baru sekecil-kecil perkara. Kalau insiden-insiden yang lebih besar, masyaAllah.. hanya tinggal kita sama ada mahu memikirkannya atau tidak.

Laluan saya untuk pulang ke rumah, misalnya. Selalunya saya akan pulang sekadar berjalan kaki kerana bas di laluan ini sangat kurang frekuensinya di petang dan malam hari. Setengah jam 'gap' masa yang membolehkan saya sampai dahulu dengan senang hati (tak perlu stress menunggu bas, tak perlu keluarkan syiling lagi..hhe). Kalau diikutkan sebenarnya terlalu banyak perkara yang boleh saya fikirkan. Interaksi dengan alam bukan sekadar tertakluk kepada pohon-pohon, awan, langit, bulan, burung dan yang seangkatan. Tapi, setiap yang berlaku sesama manusia juga antara cara kita berhubung denganNya. Kerana setiap yang berlaku adalah takdir Allah, telah awal-awal lagi tercatit dalam ketetapanNya.

Satu hari, saya menapak ke uni, hampir di persimpangan 'pintu belakang' seekor anjing yang kelihatan tak terurus fizikalnya berlari kecil dari sebuah rumah, memotong sisi saya, lalu masuk ke rumah yang satu lagi. Seketika ia keluar semula, memotong lagi, saya tak pasti apa yang diperbuatnya. Tapi anjing itu telah 'menemani' saya smpai ke uni. Malamnya, saya pulang lewat, kerana kelas bahasa selalunya habis dalam lingkungan 8pm. Hampir di persimpangan itu semula, tiba-tiba saya dikejutkan dengan kehadiran anjing itu lagi. Hampir-hampir heart attack bila tiba-tiba makhluk itu muncul dari hadapan kala diri khusyuk berjalan kaki. Saya memotong, anjing itu berpatah balik. Dan berlari anak memotong saya lagi. Lakunya juga seperti tadi, masuk ke halaman rumah ke rumah. Subhanallah, apakah sejak pagi tadi ia berulang alik begitu?? Agak-agaknya apakah hikmahnya Allah tentukan begitu yea.. sampai sekarang belum bertemu jawapannya. Agak-agak anda?


"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada ALLAH,
sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri.
Mereka itulah orang-orang fasik.."
[al-Hasy:19]

"Sesungguhnya makhluk begerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan ALLAH ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.."
[al-Anfal:22]



Gembira tak bila ada Irish baby dalam pram yang
tiba-tiba melambai anda tika jauh anda berjalan kaki
haihh..sangat sangat sangat comel!!!!
(bukan senang baby kat sini murah hati nak bermesra sndr)
yosh~ hilang penat jalan kaki =p
(miggu hr tu je ada 2 baby..wawa)

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial