myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Wednesday, November 19, 2008

Twentiy: Impak maksima!



Ibu..!!!!!!!!!!!!! Aku sudah masuk 20 kini..hhh…apekah aku teruja, suka atau sedih. Teruja mungkin kerana  diri sudah diterima secara rasminya ke dalam club twentiy! Suka, sebab hari yang sungguh bermakna. Sedih, sebab sudah tua...

Hari ini sungguh seronok. Sungguh gembira. Sebab aku mendapat ucapan tulus-tulus dari teman2.. Tak sangka, jauh-jauh begini, tambah dalam kekalutan hidup yang baru belajar erti merantau, masih wujud sahabat-sahabat yang begitu membahagiakan..


Hampir sepanjang siang yang tidak begitu panjang itu, ucapan teman2 mengunjungi robok hati. Terima kasih, terima kasih dan hapi bufday kembali..haha. Seronok, ade yang jauh didatangkan khas dari Malaysia. Malah ade yang terlebih awal seminggu..bagi yang suka hati jer meneka aku lahir bile, malang untuk dinyatakan..ia darah dagingku sendiri..huhu. That's my sis... Takpelah..tak kisah. Memang tak kisah..


Awalnya, memang dalam perancangan, sengaja didiamkan. Biarlah, sekadar untuk memberi ucapan…Apalah yang ada pada ucapan. Rasa seperti tak berkepentingan. Kalau sudah tiada kepentingan,mengapa perlu diheboh2kan. Begitulah mindset aku. Mungkin ada yang akan berkata, "bosan.." Huhhu.. tidak mengapa, aku memang membosankan. Tiada apa yang menarik pada diri ini.


Tapi tahun ini, sangat berbeza. Sangat dirasai kehadirannya. Jauh-jauh masuk message ke dalam inboxku.. Ucapan mesra daripada Prague, Czech. Terima kasih roomate. Tak kurang, terbang dari Cork, menyapa aku yang bertapa di Dublin ini. Tapi, ada kurang. Di manakah Leen dan kawan2nya, yang bermukim Cuma setengah jam perjalanan menaiki bas dari UCD. Haha, Leen, kamu masuk perangkapku. Takpe, aku masih menunggu Leen, kalau kamu sudi…hee. 


Hmm, gembira kerana ucapan2 yang diterima, datang atas kesedaran pemberi2nya sendiri, semestinya tulus dari hati mereka. Gembira, memang gembira. Tapi masih memikirkan, jawapan untuk mereka yang bertanyakan soalan, "Apakah perasaan kamu setelah bergelar Twentiy"


Buat aku termenung panjang, cuba mencari dalam-dalam, apa bezanya memiliku umur bernombor 19 dan 20 ini. Hmm..Cuma beza setahun, ape yang perlu dikisahkan. Digit doesn’t matter. 


Aha~ tak. Aku dapat rasakan perbezaannya. Seolah wujud 'gap' yang begitu besar antara 19 dan 20. Yup, apabila menyatakan "Saya berumur 19" dan "Saya berumur 20". Ia tak sama. 19, angka belasan..yang selalunya dikaitkan dengan ketidakmatangan. Tapi 20, sesuatu yang genap. Satu titik permulaan menuju kedewasaan. Permulaan peringkat di mana pemikiran memainkan peranan. Untuk menyelongkar erti tanggungjawab yang dilakonkan setiap watak utama dalam pentas kehidupan. 


Tanggungjawab? Tiba-tiba teringat soalan seorang teman tempoh hari,


"Apakah yang anda tahu tentang ilmu tauhid?"


Gulp, telan air liur mendengar soalan. Pantas otak menyemak senarai jawapan skema soalan bertaraf SPM, ops.. mungkin PMR. Haih, mana satu pilihan jawapan.

"Tauhid bererti mengesakan Tuhan." 

Konsep mudah yang dipelajari di sekolah dulu-dulu. Lagi? Mati akal untuk penghuraian. Nampaknya Thesis statement ku tak ber'isi'. No supporting details. Uhh. Dangkalnya ilmuku tentang erti ketuhanan. Maka layakkah aku untuk mengakui aku seorang Muslim yang berjaya. Walau terbang merata, konon mencari ilmu untuk dipenuhkan di dada. Tapi, hanya itu konsep ketuhanan yang aku ada. Rubbubiyah, Uluhiyyat, semua melekat dalam ingatan, tapi hanya pada nama.


Aku dihuraikan lagi dengan empat elemen utama dalam Islam, agama yang telah dipakaikan padaku semenjak lahir lagi.

"tauhid", "syariat", "tariqat", "hakikat"

3 elemen tadi wajib diseimbangkan oleh setiap yang bergelar muslim untuk menjadi mukmin yang berjaya, membentuk elemen yang keempat, iaitu "hakikat".


Aku termenung sejenak. Elemen pertama sahaja, aku sudah kebuntuan mencari jawapan untuk menjelaskannya. Apatah yang lagi tiga. Memang, empat konsep ini bukan boleh difaham serta-merta hanya dengan satu penjelasan, jelas temanku. Malah, sebenarnya menuntut kita untuk bergerak mencarinya.


Bergerak. Yup. Kita kini berada tak jauh, dan boleh kata memang berada di zaman jahiliyyah. Sila perhatikan betul2 graf peralihan umat Muhammad yang boleh didapati di blog fadzlinashukri dalam entry s.e.j.a.r.a.h. Selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah hinggalah saat-saat paling rasmi hasil pembonekaan Kamal al-Tartuk pada 1924, umat Islam tidak bangkit-bangkit lagi. Lihat betul-betul. Kita jatuh terus, sama taraf dengan zaman sebelum dakwah tersebar di Makkah dahulu. Saat itu, bilangan yang memeluk Islam teramat lah sedikit, hanya 300 daripada 10000 (3%).  Tapi lihat, bagaimana umat yang 3% ini boleh membawa kepada umat Islam yang lebih dari berjuta-juta kini. Bagaimana Islam disebarkan?? GERAKAN. Bayangkan, jika umat yang 3% ini hanya duduk berdiam diri, sekadar berlumba meningkatkan ibadah dalam rumah masing-masing, akan dapatkah kita mewarisi nikmat Islam sepertimana yang kita peroleh pada hari ni?

 

Huh~ tajuk mula terasa berat..itukah yang aku rasa? Pastikan betul-betul, begitukah yang aku rasa saat ini…


Tak. Aku dapat sesuatu di sini.

Disabdakan oleh Rasulullah s.a.w menerusi riwayat Imam Ahmad bahawa: Islam bermula asing dan ia akan kembali asing seperti permulaannya, maka bahagialah golongan ghuraba. Sahabat-sahabat bertanya kepada baginda: Siapakah golongan ghuraba ya Rasulullah? Baginda bersabda: Mereka adalah golongan yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan manusia.


Islam kembali asing… dan kita? Kita lah yang sepatutnya menjadi 'umat 3%' itu. Kita lah yang perlu memulakan 'gerakan' itu semula. Yup, harus menjadi umat yang bergerak.

 

Dan aku, kalau hanya sebaris "mengesakan Tuhan" yang tersemat di otak. Bukankah menjadi tanggungjawab aku untuk bergerak mencari 'baris-baris' yang seterusnya?

 

Renungkan dan sila ambil tindakan bersama; Mengapa umat Islam manjadi lemah??

  1. Tidak tahu sejarah (@sebenarnya tidak mahu ambil tahu sejarah)
  2. Malas (dalam erti kata lain, tidak mahu bergerak)
  3. Tidak ada strategi (andai kita dkurniakan Tuhan otak yang bijak pandai, seharusnya kite bijak bertindak,   mulakan dengan diri sendiri!)


Hmm, sekarang aku lebih jelas. Bagaimana perasaannya menjejak 20. Tanggungjawab terhadap diri sendiri, terlebih utama. Tanggungjawab seorang yang mengaku Islam. Tanggungjawab seorang hamba kepada Tuhannya.


Aku yang akan membina diriku sendiri. Memutuskan hidup matiku kerana siapa. Memilih untuk mengikut atau diikut. Dan siapa yang mengikut dan diikut. Akulah. Menentukan jatuh bangunnya genetik Islam di awangan akhir zaman. Dan kamu juga!


Subhanallah... peningkatan umur dan pemendekan usia kali ini ditemani rakan-rakan yang berjiwa pemurah. Alhamdulillah... pertama kali merasa sebuah sambutan yang diperindahkan dengan bacaan Yassin secara berjemaah.  JAZAKALLAHU KHAIRAN semua...



I've got a bunch of swEet orange roses.. thanx kak mimah^^



gift..gift..gift

Sunday, November 16, 2008

Mengharapkan 'sweet memories'..

1048am, jam laptop aku.. detik demi detik, aku kini berada di ambang zulhijjah, sudah hampir mencecah kemuncak ibadah haji di Makkah al-Mukarramah. Semalam aku pergi mengambil laptop yang telah diservis, mujur masih dalam 'warranty'. Alhamdulillah, cepat siap. Ya ALLAH, semoga lepas ini tidak berlaku sebarang kerumitan lagi, peliharalah laptop ini ya ALLAH.. engkaulah sebaik-baik sandaran bagi kami insan yang lemah.

Sepanjang-panjang berada di dalam Persona itu, otak ini tidak henti-henti memikirkan itu dan ini, aku menyedari hakikat itu. Sememangnya otak manusia tidak pernah berehat dengan rehat yang sebetul-betulnya. 24 jam ligat memutar pengalaman, mengadun perancangan bersama harapan-harapan yang tersusun rapi di celah-celah serebrum.

Ya, "harapan-harapan yang tersusun rapi"...

Cukup untuk menggambarkan betapa banyak keinginan manusia di dunia ini. Apatah lagi bagi diri ini, harapan-harapan itu aku lipat kemas-kemas dan susun serapi mungkin di celah lipatan hati ini... menyediakan ruang yang cukup untuk harapan-harapan kemudian yang bakal bertandang. 

Oh, ya.. mengapa begitu banyak ruang diperlukan?? Harapan yang sudah bertukar menjadi kenyataan tidak menjadi harapan lagi.. sebaliknya menjadi kenangan indah yang sewajarnya membahagiakan. Dan untuk itu, aku akan memindahkannya ke dalam robok ingatan, yang dari semasa ke semasa akan memutar semula merentas masa. Maka, akan wujud lebih banyak ruang untuk harapan yang baru.. 

Ya, sepatutnya tidak wujud masalah dalam hal ini. Tetapi, bagaimana sekiranya harapanku hanya tinggal harapan? Sudahnya harapanku akan menggunung tinggi... Dan semua orang, tidak kira famili, teman-teman mahupun  orang luar akan mendongak tinggi padaku bersama harapan-harapan itu. Tetapi apalah ertinya jika ia hanyalah segunung harapan... =(

La'(tidak)!!!! Aku tidak mahu mengecewakan mereka. Aku tidak mahu menghadiahkan kehampaan untuk hati-hati yang telah ALLAH ciptakan untuk membakar semangat dalam diriku.. Sebab itu aku mesti berusaha keras untuk mencapai matlamatku, menukarkan segala impian menjadi kenyataan yang membanggakan. Dan membantu hati ini mengendalikan harapan yang bertali arus ini. Ya, aku harus berusaha. Harapan memang tidak akan berhenti mengetuk pintu hati ini. Aku harus bijak memujuk mereka supaya singgah di ingatan sebagai kenangan... ya, "sweet memories".00020114.gif


I am no one. But with Allah, I can do everything. Allah is my strength


Cebisan tulisan yang di'post' sekadar untuk tafsiran bersama..

Saturday, November 15, 2008

Syukran Ummi wa Abi

"Dah jauh begini, terasa sepi pula."

Baru kini aku tahu rasanya melangkah ke alam universiti, yang sejak dulu kunanti-nantikan. Dulu tak sabar merasa. Kini baru tahu tinggi rendahnya. Sepanjang dua purnama, beberapa pemerhatian dapat aku simpulkan.

Kehidupan universiti terutama di rantau orang ini sama seolah-olah seperti kembali ke alam sekolah rendah semula. Pagi-pagi bangun. Sibuk menyiapkan diri. Kemudian bergegas menuju bangunan 'sekolah'. Kalau berkesempatan, seteguk susu akan mengalasi perut. Jamah makanan seadanya. Berlari mengejar masa. Ops, tak lupa membawa bekal untuk dimakan waktu rehat nanti. Dan nantinya dalam 'kelas' tak sabar menunggu saat pulang ke rumah. Tiba waktunya, 'hepi' tidak terkata.

Tapi, tetap tak sama. Kalau dulu, emak yang siapkan bekal. Tapi kali ini, aku harus sediakan sendiri semuanya. Kalau dulu, makanan yang dibawa sedap-sedap belaka. Paling kurang mi goreng, nasi goreng, kuih muih. Ahh, apa jua pun yang emak buat pastinya sedap! Air pula semestinya yang berwarna. Tapi, hari ini. Mungkin sekadar roti yang disapu planta. Air bujang mengisi poket beg galas. Bukan tidak mahu membuat. Bukan tidak tahu. Tapi kekangan masa mengehadkan agenda. Nanti pulang, harus memanaskan dapur lagi. Maka, rasanya cukuplah sehari sekali. Tak mengapalah, perutku pasti memahami. Andai tiba aura kerajinan yang keterlebihan, barulah merasa makanan yang berat-berat. Ahh..rindunya saat dulu-dulu.

Teringat botol air yang beraneka rupa. "Ribena", "Milo", "Vico", "Ovaltine", "Sunquick".
Produk yang diperoleh percuma dengan setiap pembelian di Malaysia. Zaman kanak-kanak yang melucukan. 'Perebutan kuasa' untuk memilikinya pula tidak kurang hebatnya. Kalau tidak kerana kebijaksanaan ibu bapa untuk menanganinya, pasti 'perang dunia' meletus berpanjangan.

Kenangan zaman kecil-kecil terlalu banyak jika mahu diselak satu persatu. Bagaimanalah agaknya ibu dan bapa jenuh melayan kerenah kita yea. Kesabaran yang tinggi- pastinya rahsia utama.

Sedar tak sedar, terlalu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh insan yang bertanggungjawab melahirkan kita ke dunia ini. Dari sekecil-kecil perkara, hingga sebesar-besarnya. Sentiasa dalam pengetahuan mereka. Tak perlu diterang lebih lanjut di sini, kerana setiap dari kita sewajarnya tahu. Cuma kita yang begitu angkuh untuk menghadiahkan walau
sebaris "TERIMA KASIH".

Terkadang bukan sebab angkuh, bukan dek ego. Tapi, budaya keluarga yang menjadikan lidah kelu untuk melafazkannya. Diri ini pun tidak kurang kelemahannya.Sebab itu, sangat berhajat agar Tuhan menyampaikan rasa sayangku kepada kedua-dua insan yang jauh di mata. Harap sekali aku akan dapat berbakti kepada kalian, walau ku tahu pasti tidak dapat membalasi segalanya. Maafkan diri ini kerana sering melukakan, terkadang menyakitkan. Mohon ampun andai perlakuan terkadang melampaui batasan.

Terima kasih buat ayahanda dan ibunda yang telah membesarkan aku hingga hari ini. Moga ALLAH sentiasa memelihara kalian dan meneduhi dengan limpah rahmat dan kasihNYA. Moga kita semua dimatikan dalam keadaan beriman...terpilih untuk manjadi calon-calon ahli syurga...dengan izin ALLAH

zwani.com myspace graphic comments

Tuhanku Maha Penyayang

Malulah kamu. Kate mahu jadi doktor yang beriman?! Isyh… Aku kini seperti kehilangan dalam kekalutan diri terutama pada keadaan-kedaan kini. Keadaan kini?? Apekah keadaan kini… dalam dilema exam Final buat semester pertama dalam bidang perubatan. Terasa begitu pantas benar masa berlalu. Bagai semalam baru menjejakkan kaki ini di sini.


Huh~ kenapa aku seperti hilang punca, macam tak mengetahui ilmu apa yang sedang dikejar. Apakah aku keciciran? Apakah kehadiran ku di dewan kuliah sekadar lakonan? Apakah aku kehilangan selama ini… Aku tak berharap semester ini segera berakhir. Mungkin kerana aku belum bersedia. Ya Allah, kembalikan aku pada trek yang sebenar. Jangan Kau biarkan aku hanyut dengan duniaku. Sedarkanlah aku ya Rahim.


Hmm, benar masa kini begitu pantas berlari. Temanku sering mengingatkan itu. Umur bertambah, usia berkurang. Perbanyakkan ibadah. Aku mengiyakan. Ya, betapapun manusia sering mengiyakan, sejauh mana keikhlasan kita mengiyakannya. Kalau benar apa yang lahir adalah bukti ketulusan, bagaimana pula aku bolah tewas lewat tadi. Sedang baru malam tadi hatiku berkobar mendengar siapa itu Said ibnu Kutub. Sedang malam tadi aku sibuk mengetahui peralihan garis graf Umat Muhammad. Jadi adakah ini hanyalah satu kepalsuan. Janji hati yang hakikatnya satu penipuan. Menipu diri sendiri. Ya, sungguh aku telah menzalimi diri ini. Ya Tuhan, ampunkanlah aku.


Aku gembira, melihat bulan pagi tempoh hari. Betapa cepatnya makhluk Allah yang satu itu menghilangkan diri. Terasa seperti, apakah ia tak sudi aku menatapnya lagi. Inilah kebahagiaan yang masih Tuhan kurniakan walaupun air mata ini semakin hari semakin beku untuk dialirkan. Sungguhpun hati ini seringnya menangis kekeringan. Tapi Dia masih begitu pemurah denganku. Tuhanku Yang Maha Pemurah. Tuhanku Yang Maha Penyayang. Dia memberiku peluang kedua untuk menyertai Quranic Circle walau aku yang membuat keputusan untuk tidak datang. Tuhanku Maha Penyayang.


Alhamdulillah. Malam tadi menjadikan aku kini tahu apa ertinya dilindungi alQuran, apa makna keberkatan yang memberkati usia. Apa maknanya kebahagiaan abadi yang hanya menjadi milik insan yang mencari. Ya, yang mencari. Mencari bermakna suatu pergerakan. Ya, memerlukan gerakan. Manusia yang bergerak. Itu yang aku mahu jadi kini. Walau diri kini hanyalah menggalas tanggungjawab menimba pelajaran. Tapi, aku masih keraguan akan kemampuan. Kenapa? Jangan terlalu memikirkan sedang kamu tetap tak beranjak dari titik permulaan. Kamu harus bergerak! Ya, ayuh! Siapa lagi mahu menjadi manusia penggerak, kalau bukan diriku sendiri. Perjalanan yang bakal ditempuh kelihatannya jauh. Hakikatnya kematian semakin mendekat.

Tapi aku? Cukupkah hanya dengan segenggam tabah?

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial