myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Sunday, September 25, 2011


Alhamdulillah.. alhamdulillah... alhamdulillah..

Hajat sy untuk memasak tomyam akhirnya terlaksana ^^

Walaupun hanya ada seorang tetamu untuk makan...syukurlah kerana kehadirannya sudah cukup memberi semangat untuk sy memasak.. =)

Terima kasih juga kepada yang mendedikasi lagu ini Nazrey Johani - Muslimah..
lagu ini lah menjadi peneman sy di hujung minggu yang sunyi ini.. Memberi kekuatan untuk mengemas dan mencuci dapur hingga lewat malam. Menghiburkan hati yang seorang diri...alhamdulillah :)

Terima kasih semua~ Semoga Tuhan merahmati dan melimpahkan kasih sayangNya yang tidak terhingga kepada kita.. a m i n





Saturday, September 17, 2011

hati berbisik...





Aku selalu membuat dosa
sering melakukan kesalahan
sekalipun aku sudahpun mencuba untuk menolaknya
wahai Tuhan...

Dengan rahmatMu Engkau ampunkanlah
seluruh dosa-dosaku
jangan biarkan aku terumbang-ambing
dan tenggelam dengan dosa...

Tuhan,
aku tidak layak untuk ke syurgaMu
tapi ku tak sanggup
menanggung siksa nerakaMu
oleh itu kurniakanlah..
kurniakanlah ampunanMu kepdaku
sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun
segala dosa-dosa yang besar

Aku inikan hambaMu
aku hanyalah boneka yang Engkau cipta
jangan Engkau biarkan aku... tanpa pimpinan
aku akan tersesat jalan
kalau Engkau tinggalkan aku... dengan dosa dan noda
kalau Engkau tinggalkan aku dengan kesalahan
segala yang ku miliki
tiada erti apa-apa...


Friday, September 9, 2011

hati-hati Hati


'hati yang tenang pasti membuahkan insan yang tenteram.. hati yang tenang pasti menghasilkan hidup yang aman.. hati yang tenteram pasti kebal dari segala macam dugaan.. hati yang tenang pasti tidak gentar akan ujian.. hati yang tenang matlamatnya hanya panjang.. hati yang tenang keinginannya adalah Tuhan.. hati yang tenang tidak bosan beramal.. hati yang tenang tidak mengharapkan redhaNya.. hati yang tenang selalu ingat padaNya.. '




Nampaknya hati ini masih belum mendapat ketenangannya....




Tuesday, September 6, 2011

Ya Ghaffar ighfir dzunubana......


Pada setiap orang pendiriannya berbeza,

fikirannya berbeza

Tapi jangan sampai kerana salah fikiran kita

orang lain menjadi mangsa




Kalau geram pada seketul batu

aku harap aku melontarnya baik-baik


Secebis Renungan...

Islamik Testimonial