myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Saturday, January 31, 2009

H.E.A.R.T dissection

30Jan09

Hari ini, kami melihat jantung, dalam rupa ia yang sebenar2nya. Jantung, organ paling penting dalam badan manusia. Saiznya, lihat saiz 'penumbuk' kita sendiri. Tapi, tadi...jantung yang kami lihat sangat besar! Tiga kali penumbuk aku, mungkin. Subhanallah. Kala itu, teringat idiom.. "big hearted". Hehe, baris kata medik mentafsirkan jantung sebagai 'heart'...yang kita selalu tafsirkannya dalam bahasa kita sebagai hati. Wow, this cadaver has really a big heart! Besar hati pepatah kita..huhu..mulianya kalau begitu ya.

Hmm..now that I know how my own heart really looks like. I touched the heart. So soft..smooth. it should be some pretty to see the heart beating..if it can be. Wow, subhanallah..God's creation is really awesome. It's is very complete..with the veins, arteries..not forgetting the mitral and tricuspid (the valves)... Halusnya ciptaan Allah..siap ada ligamentum arteriosum lagi. Aku melihat struktur 'heart' itu. Wahh..seperti jantung pisang lah pula design dinding dalamnya. Haha, entah kenapa..sejak hari itu lagi aku teringat jantung pisang tiap kali pandang heart ni. Really, it's kind of.. the structure..huhu.

Setiap corong mula mendapat perhatian. Mengenali lebih dekat 3 saudara arch of aorta, the brachiocephalic trunk, common carotid artery dan left subclavian artery. Huhu, lihat descending aorta itu sungguh besar! *subhanallah*. Oh, kini baru tahu rupanya pulmonary veins itu ada 4 kesemuanya. Selama ini belajar 1 jer..huu. Unik lah. Sangat perfect ciptaanNya. Papillary muscles dihubungkan kepada valves melalui chordae tendineae rupanya. Dan trabeculae carneae turut memainkan peranan untuk meng'hidup'kan kita.. Waah..bukan calang2 Pencipta jantung kite yea..

Diberi pula peluang untuk membelah jantung itu..betapa susahhhnye.. dengan ketulan2 darah beku yang mengisi.. Buat aku terfikir, ketulan darah itu asalnya adalah cairan darah..yang pantas mengalir di seluruh tubuh.. Tapi semenjak tubuh itu ditakdirkan berpisah dari ruhnya oleh Tuhan. Darah tidak lagi mengalir. Jantung itu pula tidak pula dibersihkan dalamnya, dibiarkan tersimpan di dalam jasad yang diawetkan itu. Hinggalah sampai ke tangan kami.. 

Darah-darang kering beku itu dikorek2 keluar.. *ish..macam melihat manusia mengikis karat lah pula. Ditunggang terbalikkan kan jantung itu untung mengeluarkan habuk-habuk darah yang telah berjaya dipecahkan. Betapa sukarnya...

Jantung itu mengajar aku suatu simbolik. Simboliknya jantung itu sebagai hati kita. Dan darah-darah beku itu adalah karat-karat yang terbina, terkumpul pabila hati ditinggalkan terbiar. Karat-karat dosa yang tidak dibersihkan dengan kalam-kalam Allah. Dan pabila darah itu beku, menjadikan saluran jantung itu tersumbat dengan pepejal kehitaman. Begitu juga hati yang lama dibiar tanpa pengisian rohani. Akan hitam bernodalah ia.. 



"Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu seorang Rasul (Muhammad) dari (kalangan) kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu, dan mengajarkan kepadamu Kitab (alQuran) dan Hikmah (sunnah), serta mengajarkan apa yang tidak kamu ketahui."
[2:151]



kenali jantung anda...


Not a Tambahan : tak sabar menunggu hari esok, ingin 'picnic' bersama anjing laut... :)

Monday, January 26, 2009

Bulat bulat



Pedulikan orang lain
Bersikaplah peduli diri
Bukan pentingkan diri
Tapi sedar diri


Hmm..sejak akhir-akhir ini, aktiviti melompat-lompat di alam maya semakin berleluasa melalui Toshiba ini. Lompat punya lompat, macam2lah mula kujumpa. Mata melihat, minda membaca, otak mentafsirkannya. Hati menilai. Ouh..pandainya mereka berbahasa........asing. Melihat diri sendiri. Berbahasa usang lagi. Kagum. Kagum melihat kawan-kawan berbicara. Fasihnya lidah jemari mereka. Lihat diri lagi. Kenapa aku tidak seperti mereka??

Hmm..manusia..manusia. Tidak sudah-sudah menyaksikan manusia lain. Terlalu mempedulikan orang lain. Terlalu mudah membuat perbandingan. Menilai. Menghakimi.

Tapi, sering terlupa untuk memerhatikan diri sendiri. Di mana kini? Terlupa apakah yang telah diperbuat hari ini dengan kudrat yang Tuhan berikan.



Jika benar anda tidak terlalu sibuk dengan hal orang lain, cuba tanya diri, adakah aku bermanfaat hari ini?? Adakah aku menghasilkan manfaat untuk orang lain? Kawan-kawan? Adik beradik? Mak Abah? Sesiapa sahaja di sekeliling kita. Adakah hari ini kita berguna?

Aku akan menjawab soalan itu untuk diriku sendiri. 
  • Betapa tak bermanfaatnya aku..hari-hari berlalu tanpa disedari. Malam siang berganti, tapi aku masih aku yang lama.
  • Hari-hari aku solat tapi masih mengulangi dosa-d0sa. Sedang solat itu seharusnya menyucikan jiwa.
Betapa khusyu' itu tidak hadir dalam solatku kerana suruhan Allah itu masih tak mampu menghindarkan aku dari bisik-bisik syaitan yang mahu hidupku haru. Ya Allah..
  • Berapa kali sangat bibir ini melafazkan nama2Nya.. ku mengagumi manusia hingga ku terlupa mengagumi yang menciptakan manusia.. hinggakan syaitan begitu cemerlang menyuntik sifat iri, hasad dalam hati ini tatkala melihat manusia lainnya..
  • Berapa lama sudah mata ini tidak berair keranaNya...hingga sayu hati itu susah lagi untukku cari...begitu jauh aku dari Yang Menjadikan aku.. .
Siapa lagi yang dapat menilai jiwa kita yang sebenar, melainkan diri sendiri. Diri yang telah membawa ruh ini berjalan 20 tahun lamanya. Diri yang telah meyaksikan bagaimana lemah jari menekan button 'Next' tiap kali ayat-ayat kecintaan Tuhan menyelangi irama penghibur jiwa. Tiada siapa tahu melainkan kita, dan Tuhan yang sentiasa memerhatikan hamba-hambaNya..

SesUatu untuk dinilai bersama.



Menyahut seruan PPIMI untuk menjadi mukmin yang pembersih.
Bersih jasmani, bersih rohani
Bersih juga desktopnya
Juga turut menyeru kawan-kawan
sama-sama menjaga kebersihan
jiwa dan perawakan

Kebersihan itu kan sebahagian dari iman.. :)


Not a Tambahan : Terima kasih kepada pencipta Bokeh yang kini terpilih untuk menghiasi desktopku. (^^) entah kenapa hidupku kini dipenuhi bulat-bulat

Sunday, January 25, 2009

Trek merah itu


Alhamdulillah..mission complete!

Trek pertama musim sejuk berjaya dijejaki hari ini, walaupun tak banyak. (cukuplah 3pusingan untuk hari pertama *heehee*) Uhh, sangat penat. Ya, misi untuk membasahkan fabrik kapas hari ini terlaksana sudah (walaupun hanya setitik dua). Menjulang rasa puas sementelah hajat sekian lama terkabul. Hohoo~ 

Tadi ada 1 mat salleh, 1 mak salleh, 1 kakak salleh dan sepasang lagi salleh berkongsi trek merah itu. Hmm...mesti kepelikan tengok aku muncul pula di situ. Tak kisah lah salleh-salleh sekalian, lepas2 ni kita akan jumpa lagi. Hahaa~ Hari pertama yang mengundang kembali perasaan-perasaan dulu. Semangat kobar-kobar di awal garisan, sedikit ketabahan di tengah perjalanan, detik demi detik prinsip kura-kura mula dipraktikkan dan akhir sekali loya nak muntah sebaik sahaja tiba di garisan penamat. Huhuhu. Nasib baik tak pengsan. Sekian 5bulan enjin dimatikan, tiba-tiba hari ini pula meredah kesejukan. Hasilnya, aku dapat pengajaran, lain kali turun trek bawak sebotol air, kalau boleh biar berkawan (sebab nanti kalau rebah siapa nak tolong angkatkan..takkan salleh-salleh itu~)

Huhuh~ Bersama pengajaran-pengajaran itu ku teruskan hayunan langkah, memusing separuh bulatan trek, memanjat jalan keluar. Cuba menghirup oksigen sebanyak yang mampu, berharap hutang oksigen cepat dilangsaikan sambil diri cuba memujuk,

"Keep moving, keep moving...please no fainting."

Kalau di KMB dulu, saat-saat darurat ini berjaya digagahi sehingga ke Dewan Selera. Tapi kali ini, tiada siapa jamin aku mampu bertahan atau tidak. Cubaan menyedut udara yang sejuk itu mengundang mukus-mukus baru. *sob..sob* Teringat pagi tadi kualas perut dengan sekeping roti cuma, membalut sehelai cheese dan jem strawberi. Ouh, pengajaran lagi. Lain kali tambah segelas susu. Huhu~ mulalah timbul perasaan seperti yang dulu-dulu.

Joging ni tak best sebenarnya. Hanya seronok untuk berkata, tapi sangat perit bila berbuatnya.

"Owh, di sini jalannya lebih short cut rupanya. Tak pernah kutahu..ada car park ini."

"Hmm...jalan pun boleh tahan.." 
Ya, pening-pening tapi hati masih mengomel melihatkan garis-garis indah bunga tayar bulldozer yang ada hati mahu lalu di lorong padestrian.

"Eh, AIB???"
[AIB singkatan untuk Allied Irish Bank, bank femes di sini]. Kali ini aku gelak kecil sorang-sorang dalam kemabukan yang melanda.

Baru tersedar rupanya langkah sudah tersasar jauh dari Merville. Ini menyimpang ke arah tasik, cehhh. Terbukti 5bulan bermastautin di sini masih tidak arif selok belok UCD. Apakah... 
Padanlah semua jalan macam baru pertama kali ditempuh. Rupanya short cut sudah menjadi long cut. Huhh... bertambah panjang perjalanan, luas pemandangan. Tak mengapa. Aku suka.

Akhirnya berjaya juga menemui pintu M-10-4-3. Oh, Tuhan...alhamdulillah.

Not a Tambahan : It was my first winter tracking day...but afterall..

Emo Comments For Hi5

~baru tahu nikmat angin Dublin bagaimana :)


Thursday, January 22, 2009

Ada apa pada nama


Ada apa pada nama?
Pada nama tersimpan rahsia...
Ada apa pada rahsia?
Kerana sekarang ia bukan lagi rahsia...

Emo Comments For Hi5

Dulu, sekali pandang sahaja benda ni.. tapi hari ni ditakdirkan terjumpa lagi ketika terjumpa blog Kak Bib. Hmm, mungkin patut ambil sesuatu di sini. Apa salahnya membongkar rahsia nama. Tidak salah. Anggaplah ini 'motivasi pagi'. Motivasi untuk empunya diri yang lama terleka. Sengaja aku post di sini. Bukan untuk kalian sebenarnya. Lebih untuk DIRI sendiri. Moga dapat memperbaiki diri atas kelemahan yang ada. Dan moga kekuatan itu dapat digunakan sebaik-baiknya. Yup, membina diri menjadi mukminah solehah. Berjuang!!! 


Berikut adalah hasil yang dipaparkan oleh enjin carian setelah memasukkan nama ******.
Terasa ada pula yang benarnya. Huhuh~ Mari nilai bersama.


You Are Powerful and Determined
  • You are confident, self assured, and capable. You are not easily intimidated.
  • You master any and all skills easily. (really?? want to..) You don't have to work hard for what you want.
  • You make your life out to be exactly how you want it. And you'll knock down anyone who gets in your way! (owh...)
  • You are usually the best at everything ... you strive for perfection.
  • You are confident, authoritative, and aggressive. (aha~ berkemungkinan..)
  • You have the classic "Type A" personality.
  • You are incredibly wise and perceptive. You have a lot of life experience.
  • You are a natural peacemaker, and you are especially good at helping others get along.
  • But keeping the peace in your own life is not easy. You see things very differently, and it's hard to get you to budge. (mungkin sesetengah anda tidak menafikannya.. juga terkadang terasa diri bersifat konservatif)
  • You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people.
  • You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts.
  • You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals. (juga mungkin ada benarnya..huhu)
  • You are truly an original person. You have amazing ideas, and the power to carry them out.
  • Success comes rather easily for you... especially in business and academia. (ameen..)
  • Some people find you to be selfish and a bit overbearing. (saya mohon maaf untuk ini)
  • You're a strong person. (hope so..)


Yang berlalu telahpun menjadi sejarah. Sejarah tak boleh diubah. Tapi, perilaku boleh. Dan perilaku yang akan mencorak sejarah yang seterusnya =)

Yang perlu, mulakan sesuatu...

Emo Comments For Hi5


Not a Tambahan: Kalau anda berminat memotivasi diri anda, klik 
saya.


Sunday, January 18, 2009

Sekeping nota hati


Dulunya aku sekadar melihat
Satu hari aku turut merasa
Kemudian datang lagi hari yang serupa
Mengisi satu demi satu 
Memori luka

Tak jenuhkah kamu
Wahai tragis

Kini kupunya barisan famili
Setiap satunya dengan cerita tersendiri
kecuali ayahanda dan bonda
pada mata kami sekurang2nya
Ya Allah, selamatkanlah mereka...

Bila tragedi ini melanda lagi

Maafkanlah aku
Kerana aku tak mampu menangisi
Kala kau ingin berkongsi

Maafkanlah aku
Kerana aku tidak pandai menghulur simpati
Walau derita itu kufahami

Ku sedar
Lemahku itu
Tiap kali tragedi menjengah lagi

Justeru
Maafkanlah aku
Andai keluhmu bersambut jawapan sepi
Andai ku takmampu membawamu
tenang kembali...
Hanya mahuku kau tahu
Aku setia mendengarmu
Jua esakmu dalam hati
Walau itu kau cuba tutupi

Tapi maafkanlah aku
Andai di matamu aku tak punya hati

Maafkanlah aku
kerana aku begini...






Friday, January 16, 2009

Selayang warkah untuk yang bergelar Hawa


Duhai Hawa ku sayang,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa yang penyayang,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu , ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disususli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Ketahuilah Hawa…

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tdak menilai wanita melalui keayuannya, kemajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Justeru itu,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu , cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Andai benar kau Hawa…..

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.


Not a Tambahan : kupetik artikel ini dari iluvislam lalu kulayangkan utk diri dan sahabat2 kecintaan....



Tuesday, January 13, 2009

Formula MUDAH untuk kebangkitan!


Ya Allah, aku benci Israel ya Allah..

Hancurkan Israel ya Rabb..wahai tuhan yg Maha Perkasa, hancurkan bala tentera Israel

Menangkanlah kami atas mereka ya Adzim.

Baru pulang dari Orio Central, Milano malam semalam. Terus, sudah keputusan berita tentang isu Gaza sejak sekian lama. Dengar2 juga, tapi sekelumit cuma. Tambah berita yang dipaparkan di sana 100% Italian. Kami kembali ke sini, sudah terlepas satu demonstrasi yang diadakan di city centre. 'Mass at DCU'. Tak tahu lepas2 ni akan ada lagi atau x.

Hari ini cuba merajinkan diri menyelak satu per satu akhbar beritaharian online. Benci. Makin benci pada Israel. Kalaulah aku baca berita ni awal2 lagi. Mesti perjalanan aku di Italy tak sunyi dari kobaran semangat jihad saudara2 ku di Palestine. Agak malang, hati-hati kami sepanjang mengembara kurang diisi dengan berita2 sebegini. Sekadar mencuri2 lihat dan dengar di televisyen yang bahasanya kami tak faham walau sepatah. Rugi sekali.



Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Akan datang masa di mana kamu diperebutkan oleh bangsa-bangsa lain sebagaimana orang-orang berebut melahap isi mangkuk." Para sahabat bertanya, "Apakah saat itu jumlah kami sedikit ya Rasulallah?" Rasulullah menjawab tidak, pada masa itu mereka ramai, tapi ramainya macam buih di laut. Sebabnya? Waktu itu umat Islam ditimpa 2 penyakit iaitu cintakan dunia dan takutkan mati.

Lemah? Lemahkah umatku hari ini??

Lihatlah Gaza

Bukankah umat Islam sedang ditindas di bumi sana? Apa aku tidak tahu?? Atau buat2 tidak tahu.. atau tahu tanpa berbuat apa-apa.. Itukah umat yang kau katakan lemah? Meski dibedil bom, dihujani peluru, masih ingin kembali ke tanah airnya.. Bersama saudara2 yang masih mempertahankan al-Aqsa. Apakah kau nampak itu lemah? Sedang umurnya masih lingkungan 'sa'..

Bagiku umat Gaza tidak lemah. Tapi umat yang di kelilingnya yang harus diubah. Umat yang sekadar melempar pandangan, berkongsi cerita dan begitu mudah melupakan. Apatah lagi yang berjinjingan dengan botol arak...new year kononnya~ sedang hari yang sama bedilan demi bedilan melanda Gaza. Apakah kau masih nampak umat Gaza lemah?

Inilah realiti hari ini. Tak perlu kau cari jauh. Kita punya contoh 'terbaik' di Malaysia. Kita punya anak Malaysia yang masih bermain najis..hidup sekadar untuk hiburan. Walau nametag dipakai seagama yang di Gaza.. dan usianya 'sa' kali 'sa'.

Benarlah kata Rasulullah..
Penyakit wahn itu yang menjadikan umat kita lemah. .. Harus tidak ada alasan tidak cukup subsidi, tidak dapat tender, tak dapat projek atau tidak dapat teknologi canggih teknologi canggih ..tidak itu..tidak ini..bla..bla..
Bukan itu alasan untuk kita menyorokkan tangan.
Tapi kerana 2 penyakit yang mematikan jiwa ini.

CINTAKAN DUNIA dan TAKUT MATI

Jadi bagaimanakah kawanku.
Bagaimana umat ini harus diubah?

Formula kehancuran [seperti yang telah dibocorkan oleh Rasulullah s.a.w]
= Cinta Dunia + Takut Mati

Kita terbalikkannya 
= cinta Akhirat + Sukakan Kematian

Sukarkah untuk melakukan ini..?
Jika ahli saintis sentiasa bijak mencari jalan untuk menerbalikkan proses kimia dengan menerbalikkan formula2nya.. kenapa tidak kita terbalikkan formula yang datang dari Tuhan itu tadi untuk menyelamatkan umat kita? Tidaklah Allah mendatangkan sesuatu itu dengan sia2.. 
Fikirkan~ mengapa Tuhan menurunkan formula kejatuhan umat Islam ini melalui rasulNya.
JAWAPANnya: Agar umat Islam membangun dan selamat di dunia dan akhirat dengan mengambil sesuatu darinya. Sesuatu yang harus dipraktikkan!

Kawanku, anda masih berfikir akan relevannya formula itu? [sepertinya terdengar bisikan halus..."logikkah..ingat senangkah..dan ..dan seumpamanya.."]

Usah fikir cinta akhirat itu ---> banyak ibadah semata2. Itu hanya habluminallah (hubungan dengan Allah) sedangkan agama kita punya 2 aspek, iaitu habluminallah (hubungan dengan Tuhan) wa habluminannas (hubungan dengan manusia).

Hubungan dengan Tuhan hanya 1 sedangkan habluminannas (hubungan sesama manusia) itu BANYAK. Ertinya kalau diusahakan banyak hubungan dengan manusia kemajuan dengan sendirinya akan terbangun. Tiada lagi penindasan. Tiada lagi kehinaan..sebab kita akan jadi umat yang KUAT. Umat yang cintakan akhirat sanggup melakukan apa sahaja, yang TERBAIK untuk mendapat tempat yang terbaik di akhirat kelak. 
Hasilnya = cintakan akhirat itu membawa KEMAJUAN (baik kepada diri, bangsa, negara & agama)

BAGAIMANA?
Menegakkan agama melalui hablumminannas bererti saling menggalakkan manusia berkorban, kerjasama, bersatupadu, berkasih sayang, bertolak ansur dan sebagainya. 
Kalau berlaku begitu maju atau tidak umat ini? [anda sendiri fikir]

Tapi AWAS!
Apa akan berlaku kalau kita mahukan kemajuan tapi bukan akhirat sebagai tujuan??
Maka kepentingan diri akan diUTAMAkan.
Muncullah sikap tamak, sakit hati, tidak senang dengan kejayaan muslim lain, terus mula saling menjatuhkan...fitnah ditaburkan..rasuah disogokkan..lahirlah politik kotor..bisnes kotor..beralaskan taktik2 kotor etc...etc. 
Sampai bila umat kita mahu maju kalau terus begini??? Itulah sebabnya SANGAT PENTING untuk menanamkan semangat CINTAKAN AKHIRAT dalam diri setiap individu MUSLIM..baik yang 'sa', 'sa kali sa' 'sa kali sa kali sa' dan seterusnya... 

Betapa anganan kemajuan itu kalau tidak bersebabkan TUHAN..akan akhirnya rosak dan merosakkan.

Anda setuju kini?
Setuju atau tidak, anda harus terima hakikatnya. Memang anda harus gune pakai formula ni baik untuk diri anda, sebagai pemimpin untuk diri mahupun isteri dan bakal anak2 anda nanti, kalau anda benar2 ingin lihat umat ini naik semula. Harus CINTAKAN AKHIRAT dan bukan takut mati. Kalau tidak masakan Rasulullah s.a.w. berpesan, 

"sungguh orang yang paling bijak ialah yang paling banyak mengingati MATI."

Yakinilah DASAR CINTAKAN AKHIRAT ini. INI resolusi KITA, insyaAllah bijaklah umat ini apabila telah kembali ke landasan sebenar menjadikan Tuhan dan Rasul sebagai rujukan utama dalam memperkasakan ummah. Maka side effect daripadanya akan terbangunlah kemajuan yang selamat lagi menyelamatkan...

Not a Tambahan : Bersama melahirkan generasi ISLAM cemerlang yang cintakan Akhirat, bak kata seorang teman... "didik anak2 kita agar jadi seperti Salahuddin al-Ayubi" ;)
Ayuh sahut seruan pemimpin Palestine~

Ubahsuaian artikel yang telah diamanahkan oleh seorang teman. [tulisan asal: ustaz ashaari mohd]



Sunday, January 11, 2009

Sekilas P.U.I.S.I

Tamat exam, baru rehat sehari, masing2 dah sibuk mengemas2 beg. Winter retreat! Perhimpunan musim sejuk yang pertama buat kami yang first year, semestinya tak sabar merasa apa itu Perhimpunan Ukhwah Insaniyah Seluruh Ireland a.k.a PUISI. Bas bergerak meninggalkan UCD tepat jam 9 pagi [which is tak menepati waktu yang dirancangkan...kononnya bertolak jam 0745]. Perjalanan ke Killarney, sungguh jauh.. menuntut kami membawa bekalan2 makanan untuk disantap di dalam bas nanti. Berbesar hati ingin memasak sesuatu seperti mee..tapi nampaknya hanya sebungkus roti + sebotol jem strawberi termampu disambar sementelah segala urusan packing lambat selesai. Anggaran 5jam di dalam bas, setelah tidur berulang2 kali..akhirnya sampai kami ke destinasi. Agh... nasib baik jam-jam terakhir di dalam bas mata ini terjaga untuk menikmati keindahan bukit bukau Killarney..kehijauan yang ditompoki dengan biri-biri, lembu-lembuan...dan kincir angin. Oh, berlatarkan gunung ganang serta sebaran cahaya dari belakang gunung, sungguh cantik, subhanallah! Sayang sekali hanya mampu terakam dalam minda kerana lensa2 temanku tak mampu menembus kaca tingkap bas dengan sesungguhnya. Tapi sempat juga dapat sekeping dua. Subhanallah. Saya suka Killarney!



Urusan check in hostel segera dilakukan. Beruntung, dapat sebilik dengan Kay dan Mimie..dan juga Kak Dayang dari UK. Selesai urusan, kami dijemput makan sementelah masing2 kelaparan. Terima kasih kepada pasukan chef [yang juga seniors kami] yang sudi memasak makanan untuk kami sepanjang program. Almaklum, this hostel is self catering, jadi kena hire tukang masak sukarela. Apepun, alhamdulillah...ramai je yang puji masakan mereka. [tapi di sini tak boleh puji lebih2..=p] 

Kincir-kincir angin ini sungguh menarik...cantik.


Kawasan sekitar hostel yang kehutanan...tapi tetap terpancar keindahan kalau pemerhati pandai melihat.


Killarney International Hostel



Keindahan Killarney yang di'spoil'kan oleh tahi burung...


Program? Hmm..setiap hari akan berulang alik dari hostel ke dewan yang jaraknya lebih kurang 15-20minit perjalanan kaki. Nasib baik laluan kami dihiasi pemandangan yang indah2 belaka. Macam dalam gambar di bawah ni... Satu kepuasan. Kena jalan jauh pun takpe. Kami rela. =) Ada masa, keluar gelap-gelap lagi...dan pulang ke hostel juga hari sudah gelap. Maknanya, semua yang indah itu sudah takde maknanya...haha. Tapi cuma sehari dua. Yang lain kami tetap menikmati.


Seronoknya kalau hari2 pergi kelas pun lalu sini...


Menonton biri-biri meragut... [Kagum, biri-biri di sini buntal2 belaka]


Rumah usang itu tak tahu milik siapa. Mungkin rumah bebiri kat sini...hehe.



Hall inilah yang menyaksikan hampir semua aktiviti yang dilakukan dalam program PUISI. Aktiviti yang dimaksudkan termasuklah mendengar ceramah...ceramah...ceramah...upacara melelapkan mata bagi yang tak terdaya..juga kisah manusia menjadi jam tik tok. Yup, fantastic four! Akidah+ibadah+muamalat+. LDK juga begitu banyak. Menarik, menarik. 



Encik Khamis memberi ucapan...tak sure ni perasmian pembukaan @ penutup. Owh..penutup rupanya. Gambar kanan..LDK sedang berjalan..



Hari kedua terakhir... para peserta dibawa berjalan-jalan di Rings of Kerry. Kawasan yang sangat cantik tanpa perlu apa2 bayaran. Jauh juga berjalan. Malangnya, kena berjalan dalam kumpulan. Apakah itu? Perjalanan pergi memang hambar sebab kumpulan besar daku terpisah dari Leen, Kay, Mimi, Asma, dan segala yang kuharapkan. Geram. Bosan. [Mana tak bosan, langsung tak punya sesuatu untuk merakamkan view yang menarik] Stress melanda diri..nasib baik ku bawa bekal coklat  bar.. selamat ditelan sepanjang perjalanan. Huhh..


Petunjuk arah kata masuk di sini...


Mungkinkah kami akan berjalan sejauh 2km...



Perjalanan ini melibatkan bukit..terpaksa lah mengerah tenaga fizikal demi tempat yang dikatakan begitu cantik itu. 

Dari kejauhan sudah nampak apa yang bakal kami temui... Cantik kan rumput di sini, sebab kawasan ini berpagar, takde siapa boleh pijak.



Yuhh..akhirnya kami sampai. Itu dia Rings of Kerry...Cantiknya tasik.. Sampai di sini. Kumpulan besar tadi telah bertembung, lalu ku tekad lompat kumpulan. [hehee...meninggalkan Tomatoman atas alasan aku tertinggal sewaktu sibuk dalam urusan penggambaran] Tak baik. Lalu bermula dari sini, aku berjalan bersama kawan2ku kembali... maka berlakulah sesi2 yang sepatutnya terjadi. Hasilnya, aku sangat berpuas hati melompat kumpulan. Seronok sangat. Hilang sudah tensi tadi. 

Kami menuruni bukit tadi menuju tepi tasik...wawawahh..perjalanan bertambah menarik.
Kehijauan melanda segenap pandangan mata kami...juga langit serta air tasik yang membiru.


Subhanallah, awan menutup sebentar...menghasilkan belauan cahaya yang sungguh indah...

Turun ke tepi tasik. Masing-masing mengisi lensa kamera.. penuh bergaya. Kalau boleh setiap inci mahu dimuatkan dalam kamera. Lagat-lagat manusia pelbagai rupa...


Termasuklah kami..sesuka hati duduk di atas rumput MAHAL yang tidak boleh dipijak...[taklah..mungkin rumput tu belakang sedikit lagi..] Tapi, sanggup jer ambil risiko..=p


Perjalanan diteruskan, kali ini merentas kawasan padang golf dengan amaran, jangan buat bising. Dikhuatiri para pemain golf tak dapat concentrate untuk menolak bola golfnya ke dalam lubang...hahaha. Tapi tak nampak pula sesiapa sedang main kat situ...Krismas lah.


Penat jalan..duduk sebentar. Kali ni atas rumput murah jer..



Rings of Kerry benar2 memukau mata...


Tumpang jugak duduk atas Anna's seat nih..sekadar untuk bergambar..


Akhirnya mereka suruh pulang....tapi kami tak mahu..tu yang menyorok belakang pokok tu.. [bohong jer..mesti la nak balik...lapar..huhu]

Kaki2 yang telah banyak berjasa. Tanpanya tak mungkin kami di sini..

Tambah, ramai juga di antara kami yang jatuh sakit waktu ni..demam. Alhamdulillah, Allah sihatkan sebahagian besar peserta.


Maka kami terpaksa meninggalkan Rings of Kerry selaku kawasan terindah di Killarney dengan langkah yang berat.. [sebab dah tak larat. bahana asyik berlari bila bergambar dan ketinggalan di belakang] Tapi, hakikatnya memang kami rela berlari, sebab suhu begitu dingin sekali...sangat sejuk di Killarney. 

Esoknya PUISI berakhir...dan tanpa disangka-sangka, group TOMATOMAN dinobatkan sebagai group terbaik! Hahaha..ini mesti berkat kehadiran Kak Izzi dari Soton, UK...Kak Izzi yang banyak pengalaman...banyak pengetahuan.. pelajar PHD. Masakan...huhhuhu. Best datang PUISI, belajar pasal muamalat...faham apa itu riba..dll. Best2x..tapi mungkin tahun depan tak nak datang lagi..nak cuba program lain lah pulak..hehee. Maaflah yea..AJK2 PUISI semua.. Terima kasih banyak2..Jazakallahukhairankathiran.



Secebis Renungan...

Islamik Testimonial