myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
-->

Friday, November 28, 2008

Rindu...




Dan janganlah engkau panjangkan angan-anganmu, kelak engkau merasa malas berbuat ibadat. Katakan di dalam hatimu setiap hari... 
 
“Bersabarlah engkau hari ini, 
mungkin engkau akan mati pada malam nanti... 
dan bersabarlah malam ini, 
mungkin engkau akan mati pada esok pagi 
kerana mati tidak datang pada masa yang tertentu 
dan dalam keadaan yang tertentu 
dan ataupun pada umur yang tertentu. 

Kematian pasti akan datang. 

Oleh itu, bersiap-siap untuk menghadapinya 
adalah lebih utama 
daripada bersiap-siap untuk mendapatkan kebahagiaan dunia 

Bukankah engkau memang sudah mengetahui
 bahawa engkau tidak akan lama hidup di dunia ini? 
Barangkali umurmu hanya tinggal satu hari 
atau hanya sekali bernafas sahaja lagi” 


Cebisan tulisan Imam Al-Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah


Teringat diri yang suka berangan-angan. Akal panjang melayang kepada yang bukan-bukan. Pekerjaan yang sia-sia. Astaghfirullah...


Wednesday, November 26, 2008

Al-fatihah buat yang telah pergi


Itiraf - Raihan Feat Mega Utami


Hari ini, aku merancang. Mata meliar jauh-jauh menatap peta dunia. Meneliti sempadan-sempadan negara yang ingin dilangkaui. Otak berserabut memikir mahu pulang ke Malaysia atau tidak. Bukan tidak rindu, bukan tidak mahu. Tapi, hati ini berat sekali. Takut tersalah memilih strategi. Akhirnya, entah kenapa sekonyong-konyong elektrik 'balik kampung' merenjat diri. Seketika itu juga aku menyetujui, dan tiket sudahpun ditempah.

 

"Status: Confirmed".

 

Tak sampai 5minit keriangan tadi hilang. Entah kenapa, terasa kekurangan di hati ini. Rasa kosong. Rasa tidak tahu, betulkah apa yang aku perbuat? Takut langkah yang telah diambil tidak bijak. Takut akan kerugian. Tamak. Manusia ini tamak. Manusia seperti aku sungguh tamak. Hanya memikirkan kepentingan diri sendiri. Takut dengan kerugian duniawi…

 

Kenapalah manusia ini sungguh tamak. Sudah tamak, tidak sedar diri. Merancang hidup, langsung lupa mati. Walhal, tiada siapa tahu esok masih bernyawa atau tidak. Masih muda…umur baru nak mula hidup. Kononnya. Semua itu mitos semata-mata.

 

MELAKA- Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan yang tidak disangka-sangka di Ayer Limau.

 

Insiden ini tidak masuk dalam berita, tapi disampaikan kepada aku melalui teknologi Yahoo Messenger. Bunyi seperti sesuatu yang muak didengar. Tidak hairan kalau terselak di akhbar. Tapi, tidak untuk kali ini, sekurang-kurangnya bagi aku. Kerana aku kenal si mati. Aku kenal mangsa nahas. Dan aku tahu tempat kejadian. Laluan yang biasa aku lalui untuk ke MT.

 

Kejadian berlaku di depan rumah batu putih yang begitu cantik tersergam di tepi jalan utama, ketika mangsa membonceng motorsikal yang ditunggang oleh seorang kawannya mengekori sebuah kereta. Dan entah bagaimana, kemalangan berlaku ketika kereta tersebut cuba membelok masuk ke perkarangan rumahnya. Tidak tahu salah siapa. Yang pasti seorang cedera di kepala, tidak pasti sejauh mana keparahannya manakala si pembonceng meninggal dunia di tempat kejadian. Kejadian ini disaksikan oleh abang saya yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke MT.

 

Terkedu mendengar berita. Muda lagi orangnya, pelajar intelek yang bersekolah di SMS Alam Syah. Masih dalam suatu rasa kejutan. Seketika terbayang kelibat dua beradik yang sering berjalan pulang dalam uniform sekolah rendah, memikul beg berat di tengah terik mentari. Menyusur jalan lambat-lambat dengan secangkir kesabaran, demi setitis ilmu. Walau sudah lama tidak bersua secara rasminya mungkin sejak 8 tahun lalu, tapi aku kenal mangsa, junior sekolah rendahku. 


Suatu perasaan yang sukar dimengertikan, apabila hari ini aku menghirup udara, merantau jauh, sedang seorang insan yang masih jauh perjalanan hidupnya pada mata manusia, telahpun menghembuskan nafas terakhir, terkujur di dalam longkang hanya atas sebab kemalangan 2hari yang lalu. Siapa sangka kemalangan pada hari itu terus meragut nyawa adik itu. Arwah sendiri pasti tidak menjangka, apatah lagi ahli keluarganya.


Siapa sangka laluan yang sering kutempuh dengan kenderaan yang sama jenis, hari ini telah menyaksikan satu kematian… 


Siapa sangka kalau esok, lusa, atau mungkin dalam beberapa saat lagi Allah akan menarik nyawa aku, tanpa aku bersedia... 


Tidak bersedia kerana aku lupa. Lupa bahawa aku tidak memiliki nyawa. Lupa bahawa Pemiliknya berhak mengambilnya bila-bila masa. Aku leka. Leka mencari hiburan dunia. Movie, city, chat, dan berbagai-bagai lagi hiburan alam siber. Malah sibuk merancang jalan mana mahu ditempuh, lurah mana yang ingin diteroka, seolah-olah begitu pasti aku akan menemui saatnya. Aku antara manusia-manusia yang terkabur dengan duniawi. Mengakui kematian itu pasti, tapi tidak bersiap sedia untuknya.

 

Kepada kalian yang membacanya, hanya secebis peringatan untuk diri ini dan anda semua.. Hidup kita tidak lama. Memang, pasti tiada siapa yang ingin menafikannya. Tapi, sejauh mana kita mengakuinya dengan seluruh hati kita, "bahawa hidupku dan matiku hanya untuk Allah.. bahawa apa yang kulakukan adalah untuk mencari keredhaan Allah..". Kita terkadang terlalu cintakan dunia, penyakit wahan menular di hati kita... Hingga terkadang tidak segan silu mencemar keindahan keIslaman lahiriyah dengan sesuatu yang selayaknya digelar dosa. Hingga kecantikan hati tercalar sedikit demi sedikit, meninggalkan luka hitam yang kita sering merintih akan kekosongannya. Kita selalu memandang kematian sebagai sesuatu yang menyedihkan, tetapi terlupa bahawa dosa-dosa kita yang menjadikan kesudahan kita sebagai sesuatu yang menyedihkan..


 

"Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. Dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah"- Ibnul Qayyim- 



Bersama menyedekahkan sekalung al-Fatihah untuk adik Ridhuan bin Abdullah yang telah kembali ke rahmatullah..(maaf kalau tersalah ejaan nama) Semoga Allah meletakkan ruhnya di kalangan golongan mukmin yang dijanjikan syurga.


Tuesday, November 25, 2008

Dedikasi embun pagi




Di kala pagi yang memecah rekodku kerana masih bertahan menongkat kelopak mata ini.. ingin sekali diri ini mendedikasikan sebuah lagu untuk insan-insan yang bergelar teman a.k.a. kawan a.k.a. sahabat... 

Owh, hari ini punya nilai senti mental sedikit.. ayuh kita bertenang sejenak dengan dedikasi embun pagi. Tak lama, cuma 4minit kurang 3 saat.

Dialunkan khas untuk kawan-kawan di Malaysia..kawan-kawan di Republika Czech... kawan-kawan di United Kingdom, kawan-kawan di France, US, Canada, Indonesia, India dan...dan...dan...etc. Banyak sekali..maaf, bagi yang tak tersenarai. Tak lupa untuk kawan-kawan yang kini berpijak sebumi denganku.. buat budak2 RCSI yang telah berjaya mengalahkan UCD sekadar beberapa mata dalam Girls Talent Time baru-baru ini...dan juga mereka  yang berjaya dikalahkan oleh UCD. Heehehe ^^

Cuma harus diingatkan di sini, kekalahan UCD hanyalah satu simbolik keadilan di kalangan juri yang mungkin telah mengambil kira keterlebihan minit kami, mungkin juga kelemahan diri ini yang telah mencacatkan persembahan. Sungguhpun begitu semangat yang tersemat di hati-hati kami tetap menjulang baranya. Dan semestinya kami tetap nombor satu di hati senior-senior UCD ^,~

Buat leen, asma, mimie, kay selaku rival ana tempoh hari, kejayaan kalian sesungguhnya tidak dicemburui. Tahniah seadanya buat kome. (anggaplah pernyataan ini sebahagian daripada promosi amal saya untuk anda =p)

Disebabkan lagu ini menyebut 2 benua, maka secara langsungnya mereka yang berada di seberang sana (tak kira kiri, kanan, utara, selatan) adalah lebih diutamakan yea. Hmm, ape lagi yerk. All the best for your future. May Allah bless you all.

Wassalamualaikum warahmatullah...



m06f suatu masa dahulu...



just before the final strive..



looking forward for a bright future^^
except aiman (dreaming may be..hehe)

Friday, November 21, 2008

Pernyataan-pernyataan hari ini...


Hmm.. hari ini..di kala Zulkaedah telah melepasi garis pertengahannya, aku telah kehilangan satu lagi minggu yang seperti kekosongan. Tiba lagi satu Jumaat, sebelum 2 lagi Jumaat yang bakal menemukan aku dengan exam! HUhuhuu...

Hari ini juga, alhamdulillah~ berlalu sudah exam Basic First Aid yang sentiasa menghantui minggu-minggu ku yang lalu. Sket punye sampoi... (owh, kala ini kamu berlagak pula yea). Yeah, walau persembahan ku tidak seperfect mane..tapi alhamdulillah, Tuhan permudahkan...

Hari ini juga sekuntum dari gerangan berlima kuntuman ros oren pemberian kak mimah tempoh hari sudah mula melayukan diri.. Salah aku kah? Kenapa secepat itu ia kalah... 

Hari ini juga, aku seolah baru menemui fokus diri... baru memahami erti aku bertapak di bumi asing ini. Baru kenal keringanan tanggungjawab yang digalas oleh seorang yang bergelar pelajar di perantauan. Tiada tanggungjawab secara langsung terhadap keluarga yang membesarkan, lantaran jarak yang memisahkan... Maka, aku hanya punya diri, pelajaran dan kawan-kawan. Bukankah itu hidup yang begitu mudah? Tapi, mengapa masih hati ini merasa ia sesuatu yang membebankan...

Dan kala ini, aku menggigit secebis demi secebis roti enak berintikan keju, beralaskan jem strawberi di bawah, dan Irish butter di atas. Nikmat manakah lagi yang aku mahu menafikan. Walau hanya sekeping roti, tetap mengenyangkan...betapa pemurahnya Allah..

Hidup ini hakikatnya satu perjuangan. Yang lemah akan kalah. Hanya yang terhebat akan menyerlah. Tapi sejauh mana kebenaran erti sebuah 'kehebatan' yang menghiasi mata kita selama ini. Hebat pada kita belum tentu hebat pada Allah. Melimpah-ruahnya harta kita belum tentu mendapat keberkatan Allah. Setinggi manapun kita pergi, belum tentu dalam keredhaan Allah. 

Kalau benar, diri ini hatinya masih kukuh pautannya pada tali Allah, masakan hidup semudah itu aku sudah merasa lemah. Bukan cantik pakaian imanku, kalau sekeping roti itu ku rasakan sesuatu yang sekadar untuk dimamah...

Pulang tadi, aku melalui Reception Centre, mata menyorot jauh-jauh ke dalam. Hati berbisik, "Aku mahu masuk, aku mahu ambil bungkusanku.. Bilakah mahu sampai...".

Harapan yang entah bila akan kesampaian, menanti buku-buku selamat berlayar nun jauh dari Malaysia. Menghitung hari demi hari yang mula menyatakan; sudah hampir 3 bulan tempoh pelayarannya.. 

Tapi tadi sebelum melangkah keluar menuju Belgrove, ku terpandang sehelai notis...



Alhamdulillah.. parcel ku akhirnya selamat sampai! Yuk, tidak sabar mahu mengambilnya. Begitu Tuhan cepat sekali memakbulkan hajat... Yeay! kini ku punya Netter's Anatomy + Vander's Phisiology + Biochemistry + Wheater's Functional Histology! Masya Allah...

 


Ini dia bungkusan yang tiba di Ireland tepat pada 18Nov



"Dan janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka ketahuilah mereka pun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu rasakan, sedang kamu masih dapat mengharapkan dari ALLAH apa yang tidak dapat mereka harapkan. Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.." [4:104]




Wednesday, November 19, 2008

Twentiy: Impak maksima!



Ibu..!!!!!!!!!!!!! Aku sudah masuk 20 kini..hhh…apekah aku teruja, suka atau sedih. Teruja mungkin kerana  diri sudah diterima secara rasminya ke dalam club twentiy! Suka, sebab hari yang sungguh bermakna. Sedih, sebab sudah tua...

Hari ini sungguh seronok. Sungguh gembira. Sebab aku mendapat ucapan tulus-tulus dari teman2.. Tak sangka, jauh-jauh begini, tambah dalam kekalutan hidup yang baru belajar erti merantau, masih wujud sahabat-sahabat yang begitu membahagiakan..


Hampir sepanjang siang yang tidak begitu panjang itu, ucapan teman2 mengunjungi robok hati. Terima kasih, terima kasih dan hapi bufday kembali..haha. Seronok, ade yang jauh didatangkan khas dari Malaysia. Malah ade yang terlebih awal seminggu..bagi yang suka hati jer meneka aku lahir bile, malang untuk dinyatakan..ia darah dagingku sendiri..huhu. That's my sis... Takpelah..tak kisah. Memang tak kisah..


Awalnya, memang dalam perancangan, sengaja didiamkan. Biarlah, sekadar untuk memberi ucapan…Apalah yang ada pada ucapan. Rasa seperti tak berkepentingan. Kalau sudah tiada kepentingan,mengapa perlu diheboh2kan. Begitulah mindset aku. Mungkin ada yang akan berkata, "bosan.." Huhhu.. tidak mengapa, aku memang membosankan. Tiada apa yang menarik pada diri ini.


Tapi tahun ini, sangat berbeza. Sangat dirasai kehadirannya. Jauh-jauh masuk message ke dalam inboxku.. Ucapan mesra daripada Prague, Czech. Terima kasih roomate. Tak kurang, terbang dari Cork, menyapa aku yang bertapa di Dublin ini. Tapi, ada kurang. Di manakah Leen dan kawan2nya, yang bermukim Cuma setengah jam perjalanan menaiki bas dari UCD. Haha, Leen, kamu masuk perangkapku. Takpe, aku masih menunggu Leen, kalau kamu sudi…hee. 


Hmm, gembira kerana ucapan2 yang diterima, datang atas kesedaran pemberi2nya sendiri, semestinya tulus dari hati mereka. Gembira, memang gembira. Tapi masih memikirkan, jawapan untuk mereka yang bertanyakan soalan, "Apakah perasaan kamu setelah bergelar Twentiy"


Buat aku termenung panjang, cuba mencari dalam-dalam, apa bezanya memiliku umur bernombor 19 dan 20 ini. Hmm..Cuma beza setahun, ape yang perlu dikisahkan. Digit doesn’t matter. 


Aha~ tak. Aku dapat rasakan perbezaannya. Seolah wujud 'gap' yang begitu besar antara 19 dan 20. Yup, apabila menyatakan "Saya berumur 19" dan "Saya berumur 20". Ia tak sama. 19, angka belasan..yang selalunya dikaitkan dengan ketidakmatangan. Tapi 20, sesuatu yang genap. Satu titik permulaan menuju kedewasaan. Permulaan peringkat di mana pemikiran memainkan peranan. Untuk menyelongkar erti tanggungjawab yang dilakonkan setiap watak utama dalam pentas kehidupan. 


Tanggungjawab? Tiba-tiba teringat soalan seorang teman tempoh hari,


"Apakah yang anda tahu tentang ilmu tauhid?"


Gulp, telan air liur mendengar soalan. Pantas otak menyemak senarai jawapan skema soalan bertaraf SPM, ops.. mungkin PMR. Haih, mana satu pilihan jawapan.

"Tauhid bererti mengesakan Tuhan." 

Konsep mudah yang dipelajari di sekolah dulu-dulu. Lagi? Mati akal untuk penghuraian. Nampaknya Thesis statement ku tak ber'isi'. No supporting details. Uhh. Dangkalnya ilmuku tentang erti ketuhanan. Maka layakkah aku untuk mengakui aku seorang Muslim yang berjaya. Walau terbang merata, konon mencari ilmu untuk dipenuhkan di dada. Tapi, hanya itu konsep ketuhanan yang aku ada. Rubbubiyah, Uluhiyyat, semua melekat dalam ingatan, tapi hanya pada nama.


Aku dihuraikan lagi dengan empat elemen utama dalam Islam, agama yang telah dipakaikan padaku semenjak lahir lagi.

"tauhid", "syariat", "tariqat", "hakikat"

3 elemen tadi wajib diseimbangkan oleh setiap yang bergelar muslim untuk menjadi mukmin yang berjaya, membentuk elemen yang keempat, iaitu "hakikat".


Aku termenung sejenak. Elemen pertama sahaja, aku sudah kebuntuan mencari jawapan untuk menjelaskannya. Apatah yang lagi tiga. Memang, empat konsep ini bukan boleh difaham serta-merta hanya dengan satu penjelasan, jelas temanku. Malah, sebenarnya menuntut kita untuk bergerak mencarinya.


Bergerak. Yup. Kita kini berada tak jauh, dan boleh kata memang berada di zaman jahiliyyah. Sila perhatikan betul2 graf peralihan umat Muhammad yang boleh didapati di blog fadzlinashukri dalam entry s.e.j.a.r.a.h. Selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah hinggalah saat-saat paling rasmi hasil pembonekaan Kamal al-Tartuk pada 1924, umat Islam tidak bangkit-bangkit lagi. Lihat betul-betul. Kita jatuh terus, sama taraf dengan zaman sebelum dakwah tersebar di Makkah dahulu. Saat itu, bilangan yang memeluk Islam teramat lah sedikit, hanya 300 daripada 10000 (3%).  Tapi lihat, bagaimana umat yang 3% ini boleh membawa kepada umat Islam yang lebih dari berjuta-juta kini. Bagaimana Islam disebarkan?? GERAKAN. Bayangkan, jika umat yang 3% ini hanya duduk berdiam diri, sekadar berlumba meningkatkan ibadah dalam rumah masing-masing, akan dapatkah kita mewarisi nikmat Islam sepertimana yang kita peroleh pada hari ni?

 

Huh~ tajuk mula terasa berat..itukah yang aku rasa? Pastikan betul-betul, begitukah yang aku rasa saat ini…


Tak. Aku dapat sesuatu di sini.

Disabdakan oleh Rasulullah s.a.w menerusi riwayat Imam Ahmad bahawa: Islam bermula asing dan ia akan kembali asing seperti permulaannya, maka bahagialah golongan ghuraba. Sahabat-sahabat bertanya kepada baginda: Siapakah golongan ghuraba ya Rasulullah? Baginda bersabda: Mereka adalah golongan yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan manusia.


Islam kembali asing… dan kita? Kita lah yang sepatutnya menjadi 'umat 3%' itu. Kita lah yang perlu memulakan 'gerakan' itu semula. Yup, harus menjadi umat yang bergerak.

 

Dan aku, kalau hanya sebaris "mengesakan Tuhan" yang tersemat di otak. Bukankah menjadi tanggungjawab aku untuk bergerak mencari 'baris-baris' yang seterusnya?

 

Renungkan dan sila ambil tindakan bersama; Mengapa umat Islam manjadi lemah??

  1. Tidak tahu sejarah (@sebenarnya tidak mahu ambil tahu sejarah)
  2. Malas (dalam erti kata lain, tidak mahu bergerak)
  3. Tidak ada strategi (andai kita dkurniakan Tuhan otak yang bijak pandai, seharusnya kite bijak bertindak,   mulakan dengan diri sendiri!)


Hmm, sekarang aku lebih jelas. Bagaimana perasaannya menjejak 20. Tanggungjawab terhadap diri sendiri, terlebih utama. Tanggungjawab seorang yang mengaku Islam. Tanggungjawab seorang hamba kepada Tuhannya.


Aku yang akan membina diriku sendiri. Memutuskan hidup matiku kerana siapa. Memilih untuk mengikut atau diikut. Dan siapa yang mengikut dan diikut. Akulah. Menentukan jatuh bangunnya genetik Islam di awangan akhir zaman. Dan kamu juga!


Subhanallah... peningkatan umur dan pemendekan usia kali ini ditemani rakan-rakan yang berjiwa pemurah. Alhamdulillah... pertama kali merasa sebuah sambutan yang diperindahkan dengan bacaan Yassin secara berjemaah.  JAZAKALLAHU KHAIRAN semua...



I've got a bunch of swEet orange roses.. thanx kak mimah^^



gift..gift..gift

Sunday, November 16, 2008

Mengharapkan 'sweet memories'..

1048am, jam laptop aku.. detik demi detik, aku kini berada di ambang zulhijjah, sudah hampir mencecah kemuncak ibadah haji di Makkah al-Mukarramah. Semalam aku pergi mengambil laptop yang telah diservis, mujur masih dalam 'warranty'. Alhamdulillah, cepat siap. Ya ALLAH, semoga lepas ini tidak berlaku sebarang kerumitan lagi, peliharalah laptop ini ya ALLAH.. engkaulah sebaik-baik sandaran bagi kami insan yang lemah.

Sepanjang-panjang berada di dalam Persona itu, otak ini tidak henti-henti memikirkan itu dan ini, aku menyedari hakikat itu. Sememangnya otak manusia tidak pernah berehat dengan rehat yang sebetul-betulnya. 24 jam ligat memutar pengalaman, mengadun perancangan bersama harapan-harapan yang tersusun rapi di celah-celah serebrum.

Ya, "harapan-harapan yang tersusun rapi"...

Cukup untuk menggambarkan betapa banyak keinginan manusia di dunia ini. Apatah lagi bagi diri ini, harapan-harapan itu aku lipat kemas-kemas dan susun serapi mungkin di celah lipatan hati ini... menyediakan ruang yang cukup untuk harapan-harapan kemudian yang bakal bertandang. 

Oh, ya.. mengapa begitu banyak ruang diperlukan?? Harapan yang sudah bertukar menjadi kenyataan tidak menjadi harapan lagi.. sebaliknya menjadi kenangan indah yang sewajarnya membahagiakan. Dan untuk itu, aku akan memindahkannya ke dalam robok ingatan, yang dari semasa ke semasa akan memutar semula merentas masa. Maka, akan wujud lebih banyak ruang untuk harapan yang baru.. 

Ya, sepatutnya tidak wujud masalah dalam hal ini. Tetapi, bagaimana sekiranya harapanku hanya tinggal harapan? Sudahnya harapanku akan menggunung tinggi... Dan semua orang, tidak kira famili, teman-teman mahupun  orang luar akan mendongak tinggi padaku bersama harapan-harapan itu. Tetapi apalah ertinya jika ia hanyalah segunung harapan... =(

La'(tidak)!!!! Aku tidak mahu mengecewakan mereka. Aku tidak mahu menghadiahkan kehampaan untuk hati-hati yang telah ALLAH ciptakan untuk membakar semangat dalam diriku.. Sebab itu aku mesti berusaha keras untuk mencapai matlamatku, menukarkan segala impian menjadi kenyataan yang membanggakan. Dan membantu hati ini mengendalikan harapan yang bertali arus ini. Ya, aku harus berusaha. Harapan memang tidak akan berhenti mengetuk pintu hati ini. Aku harus bijak memujuk mereka supaya singgah di ingatan sebagai kenangan... ya, "sweet memories".00020114.gif


I am no one. But with Allah, I can do everything. Allah is my strength


Cebisan tulisan yang di'post' sekadar untuk tafsiran bersama..

Secebis Renungan...

Islamik Testimonial